Khamis lalu, jam 2 petang lunch di Wan Thai di Pekan Kuah. Kalau dah rezeki, tak dapat p hari pertama sampai, berkesempatan pulak ke sini hari nak balik (ferry jam 5 petang).
Bila disuakan menu kad ni..orderlah apa yang hangpa nak makan, Anim cuma nak ketam lembut goreng!
Keistimewaan Wan Thai yang tiada di restoran lain. Pengunjung datang ke sini kerana menu istimewa ini. Cuma rasanya ketam lembut hari ni besar sikit saiznya berbanding
sebelum ini.
Meja lain sudah bersih dan lengang. Tinggal meja kami. Jam di tangan tunjuk pukul 2.45 petang. Ada beberapa pelanggan baru mai tapi diberitahu pelayan, sudah ditutup tengahari ini (officially jam 3). Agaknya pelayan yang nak mengemas ni tertunggu-tunggu bila kami nak blah...heeee.
Dapur pun sudah lengang. Kelibat tukang masak bertopi tinggi putih dah tak nampak bayang. Mulut ni mulalah sibuk bertanya. Kenapa pukul 3 sudah ditutup? Pelanggan baru kan ramai nak makan? Jawapnya, jam 6.30 petang nanti kami buka semula. Bagi Tukang Masak rehat. Nak jaga kualiti makanan bagi tetap sama!! Hebatnya pengurusan Wan Thai ni. Sanggup tutup restoran walaupun tau ramai yang menunggu nak masuk! Depa bagi Tukang Masak rehat, tidur dulu. Bila dah rehat, barulah Tukang Masak dapat memasak dengan badan yang segar. Barulah rasa tetap sama setiap kali datang berkunjung sini. Rupa-rupanya depa jaga TUKANG MASAK depa!
P/S Alamak...tiba-tiba teringat
d i n n e r s u a t u h a r i di sebuah restoran di Sg.Petani
Lain-Lain Artikel:
bagusnye majikan dia...menjaga kebajikan pekerja dia...bagus..bagusss
BalasPadamRasanya tak pernah lari dari dulu, tu gaknya rahsia restoran inj
PadamIM pun teringin nak makan ketam lembut ini...
BalasPadamKalau ada terjumpa di tempat lain, jgn lupa beritahu. Tak perlulah " seberang laut" pi cari
Padamkat kuala kedah ye kak..nak try la nanti..bagusnya pengurusan restoren camni..
BalasPadamkat langkawi lah dik..
Padam