25 Disember, cuti Krismas kami di Kuala Selangor. Encik Suami ada urusan kerja di kawasan berdekatan. Walaupun cuti sekolah hampir berakhir, Anim dan 2 Abdul ikut sekali. 13 tahun menetap di Ampang/Klang/Shah Alam tak pernah sekali jejak Kuala Selangor. Tak sangka dapat ke Kuala Selangor bila dah duduk SP. Camtulah kan..
Lewat malam tadi, memandu tanpa arah tujuan yang jelas. De Palma Kuala Selangor sudah fully booked till 30 Disember. Encik Suami ada menyebut satu nama hotel di Kuala Selangor (lupa). Tak kisahlah, janji ada swimming pool. Depa ber2 tu tak boleh duduk diam dalam bilik saja. Macam cacing kepanasan. Anim ni kalau nak bawa depa berjalan-jalan tempat tak biasa ni tanpa Encik Suami, malas. Bantal dan toto turut disumbat dalam kereta. Kalau hotel tersebut tak menepati citarasa, patah balik Shah Alam dan tidur di apartmen kami yang masih kosong (lampu dan jeriji je dah pasang).
Namun, itu plan kita. Lain pula plan diberi Allah. Jam 12 malam tiba Kuala Selangor, mencuba De Palma sekali lagi, ada satu chalet kosong dek pembatalan oleh pelanggan. Alhamdulillah...
Tengah malam semalam dah terkejut lihat 2 Pak Belang menyambut kami di kiri dan kanan luar lobby.
Ada seekor lagi atas pokok. Depa maklumkan Pak Belang ni bertujuan menakutkan kera dan lotong liar yang berkeliaran dalam kawasan hotel. Hotel De Palma ni terletak dalam Kg.Tanjong Keramat, bukan tengah pekan.
Sukalah 2 Abdul dapat mengayuh di sini. RM5 saja sewa satu basikal.
Next aktiviti, berendam. Bukankah ini aktiviti kegemaran semua anak-anak kan?
Ummi 2 Abdul layan iPad bawah pepohon kelapa. Sekor demi sekor tetamu tak diundang menghampiri. Jangan bawa makanan, jangan beri depa makan. Kita tak kacau depa, depa tak kacau kita.
Balik bilik, solat dan ready untuk lunch. "Kasut Ummi tinggal sebelah" jerit si Abdul. Menjengok keluar...waaa...depa dah berkampung depan bilik kami. Anak, adik, baby, emak kera semua ada. Ada sekor kera jantan dok guard depa. Nak suruh 2 Abdul ambil takut pulak. Iyalah...dah dijadikan mainan depa. Direbut dan digigit sesama depa. Yang pelik, 2 pasang selipar 2 Abdul tak diendahkan. Kasut Scholl Anim pulak yang depa berkenan..
Ni bawah pokok, atas pokok pun ada. Tak boleh jadi, telefon pihak hotel untuk hantar bantuan ambil balik kasut. Tak lama kemudian, salah seorang staff mai tinjau keadaan. "Ada sekor yang garang (bapak kera tadi). Dikejarnya kita nanti". Betul juga, tentu bapak kera tu ingat kita nak kacau kawanan yang dijaganya walhal mau ambil kasut saja. Staff itu kemudian berlalu pergi.
Dia datang semula dengan sesuatu di tangannya. Mencicit lari kera dewasa memanjat pokok. Dengan bantuan pekerja yang menyapu tu, dapatlah kasut itu kembali ke tuannya...
Terima kasih ya Pak Belang. Kehadiran kamu membuatkan bertempiaran lari kera-kera itu. Jaga kami sampai esok no....
P/S Encik Suami bercadang nak membawa kami melihat kelip-kelip di Kg.Kuantan malam nanti. Cuaca mendung saja. nanti kelip-kelip tak mahu keluar. Mudah-mudahan ada rezeki kami malam ini.
Lain-Lain Artikel:
cantik hotel ni.. tapi macam bahaya jer banyak kera liar.. nanti tak pasal2 kena gigit pulak..
BalasPadamkita tak kacau depa, depa tak ganggu kita. jangan bagi depa makan, sudahlah..
PadamIM pun dah lama tak tangkap kelip-kelip. nampaknya spesis ini dah jadi klasik!
BalasPadammasih ada lagi cuma tak banyak. nanti saya update entry kelip2
Padamkahkahkah gambar last tu pak belang siap dongak tengok atas lagi
BalasPadamhaha, takut rupanya kera2 ni dengan Pak Belang tak bernyawa ni...
Padam