Jumaat, 14 Disember 2012

Misi sudah terlaksana..tunggu di SP

M i s i  12.12.12 yang pertama di Idaman Suri (permintaan biras). Nak mencari set pinggan Arcopal untuknya . Pinggan mangkuk di Idaman Suri banyak jenama sendiri (depa ada kilang sendiri) . Ada juga Correlle, Opal dan beberapa jenama buatan China. Arcopal buatan France tu tak ada pulak. Kat Idaman Suri dilarang ambil gambar. Call dia, di Idaman Suri set dinner Correlle (4) 20 biji ada sale.  Sudahnya, set Correlle pula yang dipinta. Eloklah, jadi pinggan basahan (istilah Jawa untuk kegunaan harian) depa 4 beranak.

Note: Hasil tinjauan sebelum balik tadi, di RAM (berdekatan Baron) set Correlle (6) tanpa cawan dan piring. Ditambah mangkuk besar. Di Hj Ismail Group, set Correlle tak banyak choice.

Misi ke 2, ke Hj Ismail Group pulak. Mencari pinggan mangkuk untuk diri sendiri. NORITAKE?? Nampaknya bukan taraf saya! Tak gamak nak letak ikan pekasam goreng dan sambal belacan dalam set pinggan ribu raban nih...

Vantage new arrival yang ringan ini? Di Hj Ismail Group memang pusat Vantage. Di RAM Store ada Vantage gak tak sebanyak HIG. Tempat lain, pinggan ala-ala Vantage. Puas membelek dan bersoaljawab dengan pelayan, akhirnya yang dirak atas dan rak bawah kasi angkut semua

Misi ke 3? Kesian Kak Rumlah...puas pusing Idaman Suri, Hj Ismail Group, RAM Store, Langkawi Saga...pinggan bujur Rosseta tak nampak bayang. Nak buat camna?

P/S Barang dah masuk kenderaan, resit dah tinggal kat driver, depa kata kenderaan keluar tanah besar minggu depan. Tak kisahlah..minggu ni ke, minggu depan ... janji takde sapa tarik muka angkut pinggan petang tadi..

6 ulasan:

  1. terlaksana sudah yerk... moga semuanya selamat sampai... penat gak nak cari barang ginikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu hari boleh cari kalau terdesak, huhu...

      Padam
  2. salam kenal, tq follow KA . dah dtg baca & follow balik ye 114

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah masukkan KA dalam bloglist :D))

      Padam
  3. cantikkan pinggan mangkuk dia

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi