MAJLIS 1
Pesilat-pesilat yang membuat persembahan ini menggunakan parang betul..
betul-betul punya ya, bukan olok-olok.. Kita yang jadi penonton naik teruja menontonnya. Tak taulah perasaan kedua mempelai yang duduk di depan.
Tengah seronok "bergasak", tiba-tiba parang yang digunakan terlepas dari genggamannya dan terpelanting ke arah penonton. Nasib baiklah jatuh ke lantai dan tak de sapa yang cedera. Kalau terpacak kat kepala penonton, tertusuk perut penonton..mahu masuk Berita TV3 atau Harian Metro.
MAJLIS 2
Majlis nampak suram walaupun ada lebihkurang 6@7 khemah yang disediakan tuan rumah. Maklumlah, majlis anak sulung lah katakan. Tuan rumah sibuk melayan tetamu. Kemudian Anim diperkenalkan kepada seseorang. "Cikgu, itu mak saya, wakil perempuan". Sayu wajah si ibu. Di sebelahnya ialah anak bongsu tuan rumah yang berusia 7 tahun. Matanya merah tanda menangis. Tetamu wanita yang datang memeluk si ibu tua dan cucunya yang masih setia di kerusi ( kakinya belum sembuh sepenuhnya akibat kemalangan kereta sebelum ini)
Kita yang memandangnya sambil menikmati makanan di khemah, terasa sayu hati. Sewaktu membelek kad undangan majlis ini untuk
confirm address sebelum ini pun dah rasa sedih. Sedih kerana nama yang tertera di kad undangan tersebut masih nama isteri tuan rumah...yang baru sahaja meninggal dunia 28 hari yang lalu.
P/S Muhasabah diri...sempatkah kita menyaksikan pernikahan anak kita, sempatkah kita menimang cucu pertama kita..kadang-kadang terleka, seolah-olah nyawa itu milik kita. Walhal bila-bila masa Allah akan mengambilnya semula. Dah bersediakah kita?
Kakcik dah sempat menyambut menantu sulung. Cucu belum pasti lagi. Semuanya dalam tangan Allah juga...
BalasPadamkalau umur panjang, ada kesempatan..alhamdulillah,
PadamSedih pulak bila mengenangkan suasana majlis 2..kita jarang terfikir benda macam tu terjadi..
BalasPadamyg sedih, bila ada tetamu yg baru tahu...tertanya2 mana isteri tuan rumah
Padamalahai..sedihnya kak anim..memang kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang menentukan kan kak?
BalasPadambetullah, semuanya dah ditakdirkan..
PadamSalam kenal...memang betul kematian menjemput tanpa di jangka...sekali sekala menjengah belog seorang hamba Allah ni bercerita mengenai kebahagiaannya
BalasPadammenimang cahaya mata dan baru membeli rumah impian...baru2 ni dapat tau suaminya meninggal secara mengejut...berhari2 saya memikirkannya walaupun bukan keluarga terdekat tapi simpati yang amat sangat...kalaulah terjadi pada diri sendiri bagaimana harus saya harungi?
kalau itu dah takdirNya, redho sajalah. anak, suami, keluarga ni Allah pinjamkan sat saja di dunia..sampai masa dia ambil balik.
Padamsedih pula rasanya kak anim.... munna pun sering juga terbayang semua tu... harap2 kita semua sempat
BalasPadampokok pangkalnya...bersediakah kita?
PadamMeremang dan sedih kakak baca kisah ke dua Anim. Tak terbayang bagaimana perasaan suami, anak-anak, saudara-mara dan sahabat rakan taulan.. Itulah siapa dan apa juga milik kita tak ada yg kekal lama.
BalasPadambila ada tetamu yg baru tahu apa yg berlaku, itulah yang jadi sedih...maklumlah kad dah cetak lama, tak bolehlah nak print lain.
PadamHanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya...
BalasPadambetullah huda. alhamdulillah, si ayah masih meneruskan majlis perkahwinan anak gadis sulungnya seperti yg dirancang. yg pergi tetap pergi..yang hidup teruskan penghidupan
Padamitulah..ajal maut ditangan tuhan.. apa2 pon berdoalah..smoga hidup kita dilanjutkan..sekurangnyer blh melihat hari bahagia ank2 kita
BalasPadamLife goes on, lya. Yang penting, kena bersedia...
Padamsalam anim
BalasPadamAlhamdulillah tirana aduka sentiasa mengingati lima sblm lima...........moga berpanjangan untuk diri ini ain..,.
Memang selalu kena ingat 5 perkara sebelum datangnya 5...
Padamsalam kak anim, sedihnya baca n3 ni..terasa takut pun ada dgn soalan kak anim tu, bersediakah kita untuk ke sana..
BalasPadamKak pun bertanya pd diri sendiri, sudah sediakah aku?
Padam