Jam 9 pagi, kami semua dah berkumpul di jetty. Ketiga-tiga anak Ida pun lelaki...jadi hanya Anim dan Ida berdua saja bunga dikelilingi 21 kumbang (dari sekecil 4 tahun hingga 55 tahun!)
Rumah bot ni boleh disewa. Tapi tak de partition bilik. Siap dapur dan tukang masak sekali. Sewa semalam RM1000 juga katanya.
Perjalanan dengan 4 boat menyelusuri Tasik Banding menuju ke Hutan Belum, mata terpukau memerhatikan kehijauan hutan hujan yang berusia lebih 130 juta tahun dan jauh dari pencemaran.
Hampir 15 minit perjalanan, boat semakin perlahan menghampiri hulu. Banyak pucuk-pucuk pokok yang telah mati dikawasan ini. Bahaya kepada boat..
Menjejaki bunga rafflesia ni,ikut rezeki. Kadangkala tak ada langsung, adakala 2,3 bunga sekali kembang.
Peace! At last..hilang mengah mendaki bila terpandang si cantik Rafflesia yang berukuran 1 1/2 kaki. Kat Hutan Belum (Temenggor) ni, saiz Rafflesianya kecil sedikit berbanding di Royal Belum (nak masuk sini kena daftar). Rezeki group kami hari ni dapat lihat dan bergambar bersama Rafflesia yang sudah kembang sempurna. Bukan dekat
nak mari sini....
Tersengih tu sebab apa tau...bila diusik Encik Suami "bunga mana paling cantik"..heee
Ihsan gambar Rafflesia dari boatman kami. Inilah proses kembang Rafflesia di Royal Belum.
Akar Rafflesia dipanggil "Liana". Tengoklah besarnya akar Rafflesia ni (dipegang boatman berbaju biru). Hayat Rafflesia sekitar 7 hari. Kalau musim hujan...6 hari dah mati.
Seperti ibu mengandung 9 bulan, Rafflesia juga mengambil masa 9 bulan untuk berkembang..
P/S Bergerak lagi ke next destination...
Lain-Lain Artikel:
Kalau tengok rafflesia tu bagaikan tumbuh begitu saja tanpa akar, pokok dan daun, kan?
BalasPadamIndahnya negeri kelahiran kakcik. :)
betul kakcik..bunga tu macam terletak je di situ. dia kan parasit, keras kelopaknya,,tengok akar besar pulak, taiko betul bunga ni..hee
Padamp/s perak kan cantik negerinya
Ala... banyaklah sikit cerita dan gambar Anim. Tak puas kakak macam tetiba habis. Sambung Isnin tau - kakak ahad tak buka blog hihi...
BalasPadamRumah boat itu nampak fantasticlah Anim.
saya ni kalau update lewat..alamat banyak fakta terlupa.. tak pe kakzakie boleh tengok older post..hee
Padamrumah bot tu sesuai utk group suka memancing atau santai2 rasanya kak. sebab pergerakannya slow sikit tak macam bot biasa..ala-ala kapal mewah gitu. semua aktiviti buat dalam bot..
bestnya dapat menjejak bunga Rafflesia...
BalasPadamberbaloi rasanya masuk hutan hari tu. hilang penat bila terpandang rafflesia sedang kembang sempurna, perfect gitu!
PadamKak, trip ni pakai pakej ke?
BalasPadamyup norh. by group. siap makan 3x sehari, boatman/juru pandu
Padambertuahnya anim dapat tengok rafflesia .. busuk tak? hehehe
BalasPadamtulah..kalau ikut fakta dia berbau busuk..dok cium2 gak, tapi tak bau apa, heee...pelik gak!
Padam9 bulan nak membesar... tapi seminggu kembang dah layu... alahai...
BalasPadamTu yang menjadi tarikan pelancong ke mari...
PadamWah...baru tau 9 bulan baru dia kembang...bestnya dapt tengok raflesia secara life
BalasPadamtulah..kak ingat rafflesia macam bunga biasa..tau2 dah kembang. rupa2nya dari sebiji "bola"...berkembang cantik dalam tempoh 9 bulan
Padambestnyer dapat travel, melawat meredah hutan dan sungai...pengalaman yg tak semua blh lakukan...syabas !
BalasPadamkita travel ikut orang jantan kak..memang kena uji kekuatan mental dan fizikal, hee
Padambestnya kak dpt tgk bunga rafflesia..bukan senang kita nk tgk idup2 camni..kuat fizikal & mental akak..
BalasPadamrezeki org sg petani..masuk hutan, cukup oksigen, jauh dari hiruk pikuk manusia, insya-Allah KS, jadi sihat dan bertenaga!
Padamakak, boleh saya dapatkan no contact penyewa rumah bot tu tak? teringin la nak pergi
BalasPadamalamak, thousand maaflah dik. cubalah google..kak takde no tel rumah bot tu
Padamsalam, kak
BalasPadamboleh x saye nk mtk emel akak..nk tnya bbrp info berkenaan trip akak nie..berminat nk pegi tp no clue regarding that place..
ni emel saye
norfadilah@ikram.com.my
tq =)