Akhirnya kami tiba ke destinasi ke 3 setelah menempuh perjalanan 45 minit dengan bot dari Perkampungan Orang Asli . Masing-masing sudah lapar nasi! Kami kemudian diberitahu boatman merangkap jurupandu supaya berjalan lagi sejauh 15 minit untuk makan tengahari di sebuah camp. Nasi bungkus kami tengahari ini disediakan oleh pihak hotel. My 2 Abduls dan 5 anak-anak lain (4-14 tahun) tak tunggu lagi manakala 2 group lelaki veteran tak mau turun bot, nak duduk memancing saja dalam bot.
Tak tau nak gambarkan perasaan waktu melangkah kaki meredah Belum Rainforest ni sambil ditemani bunyi-bunyian hutan. Sempat bergurau lagi..boleh jumpa Anaconda! Actually sebelum datang ke Grik, Anim demam, kebah, demam, kebah dan sakit sendi selama 3 hari (berbotol2 minum 100 Plus takut denggi!) hinggakan berbelah bagi nak join ke tidak. Kuatkan semangat, gagahkan juga. Dan alhamdulillah. rasa segar dan sihat kembali bila masuk hutan!
Tak terasa penat berjalan dikelilingi pemandangan begini. Tiba-tiba terdengar jeritan mereka di depan. "Wow..Wow"..
Subhanallah, 4 words yang dapat digambarkan....HIJAU, DAMAI, SEJUK, BERSIH...
Nasi Goreng Cina bersama ayam goreng ini begitu berselera sekali dinikmati di 1st stop. Bagaimanapun ini bukanlah target kami.
Kami berada di anak panah putih. Kami perlu bergerak lagi ke 2nd stop (anak panah merah)..Nak naik sampai atas tak pasti lagi..katanya dalam 40 minit. Aduhai...mendaki ni, bukan laluan rata.
Bergerak lagi selepas itu. Seronok juga berjalan masuk hutan dan sesekali berhenti melihat info berlaminate yang dipacakkan di setiap pokok dan laluan. Hutan Belum sumber ilmu flora dan fauna. Semoga kekal terpelihara dan bebas dari pencemaran.
Yellow ginger dan jejari hantu (bawah)
Cendawan dan Kacip Fatimah..
Ada kemudahan tandas, tempat berehat, tempat makan, dapur, tempat solat, nak tumpang tidur pun boleh. ada pangkin disediakan.
Anak-anak dah tak sabar nak terjun mandi.... sukanya depa!
Yang dewasa, ada aktiviti sendiri. Rasa macam tak daya dah nak memanjat lagi hingga ke Waterfall atas sana tu. Kesian kat anak-anak (ke kesian kat diri sendiri?). Cukuplah sampai di bawah ni, 2nd stop...huhu...
Pondok kayu tu ada penghuninya. Kata boatman kami, sepasang couple Mat Salleh duduk situ. Berani tul depa ni kan...
Gambar Waterfall di Royal Belum, ihsan dari boatman. Kata dia lagi, Waterfall di Belum Temenggor (yang kami tak sanggup daki) ada kawasan (batuan) mandi dibawah waterfallnya berbanding Waterfall di Royal Belum ni yang sedikit bahaya. Tak de rezeki nak naik atas nu!
Jomlah balik....depa nak p memancing pulak...
P/S Hutan Belum ni cukup bersih..Nak jumpa sampah daun gugur pun payah. Ada yang membersihkannya.
Lain-Lain Artikel:
Subahanallah..sungguh2 cantik ciptaan Allah. Benar2 menakjubkan..
BalasPadamo ya ..Anim datang lagi ke laman Pesona jika ada kelapangan ya...
insya-Allah...
Padamwahh bestnya kak anim..tapi sapa yg bersihkan hutan tuh?
BalasPadamkalau tak silap pekerja resort (yang buat pakej camping dsbnya). mat salleh 2 org tu pun ada yg menjaganya (masak, jurupandu).
PadamTak terkata kakak Anim. Nampak sungguh dia punya greeny dan nyaman. Patut pun Anim kebah bila masuk hutan ini sebab banyak oksigen - bersih..
BalasPadambetullah kak..saya rasa cukup oksigen di sini, tu terus jadi sihat segar bugar.
PadamSeronoknya...lama tak berhiking...last geng library gi Pantai Kerachut di Penang dan hiking balik melalui jalan darat....
BalasPadamanak masih kecil, mak makin tua..gagahkan jugak. zaman kolej dulu kak tak aktif berhiking, bercamping, dah tua baru nak mula, huhu...
Padamwow wow ... dapat bayangkan penat yg hilang bila nmpk air terjun.
BalasPadamkalau tak fikirkan badan baru baik demam, mak budak pun dah terjun sama...
Padamantara tempat impian dulu2.. tapi dah ada anak2ni kena tungguler diaorang besar sikit.. Insyaallah ada rezeki akan datang sini lagi..
BalasPadamkerajaan perak kena kerja kuat untuk mempromosikan belum yang indah ini...
harap2 jangan ada pembangunan rancak di situ, biar dalam keadaan asal, semulajadi....
Padamsalam kak anim..cantiknya tmpt ni..kalo blk ganu lalu kat Grik tu..
BalasPadamselama ni kalau ke pantai timur asyik lalu je jambatan tasik banding ni...lama mengidam nak tengok apa ada di hutan belum, baru ni terlaksana hajat
PadamMenariknya catatan perjalanan ni.. mesti seronok kan.. segaq, nyaman sejuk mata memandang..
BalasPadamHarap2 depa tak tambah resort dalam ni.. bila ada pembangunan takut rosak tempat2 natural beauty macam ni..
dah usia senja2 ni kak, suka tengok yg semulajadi, tak boleh p tempat hiruk pikuk...
Padamharap2 begitulah..kalau banyak pembangunan rancak, dah tercemar, dah tak seronok
cantiknya view
BalasPadamnatural, jernih air..hijau dedaunannya...sunyi...
Padamwow,, tempatnya bagus sekali ya
BalasPadamsilalah, boleh explore hutan belum kalau ke m'sia
Padamsalam saya biasa lalu ja kat situ..tasik banding..tp tak pernah menerokai hutannya...
BalasPadamsalam kenal dan follow anim..:)
selama ni pun saya lalu saja kalau nak ke pantai timur, rupanya ada yg menarik tersembunyi di situ
Padamp.s tq...lama dah saya follow kamsiah dan komen n3 kamsiah..
SUBHANALLAHHHH..Frankly speaking now i dont think i cud do like u did.. mau fengsan separuh jalan.. nak bawak back pack yg borat2 tu mau katam dibuatnya.. heee.. MASYALLAHHH.. bumi ALLAH ni kan.. asyik dengar je cerita Belum ni.. i yg belum sampai.. malah fikir tak mungkin sampai wt my condition..
BalasPadamyan, bukan berat sangat pun back pack tu, isi makanan dan minuman saja. tak taulah, kesihatan kaki, bekalan oksigen sangat2 memuaskan...tu yg ok je. seronok gak ke tempat yg sunyi sepi jauh dari hiruk pikuk manusia ni...
PadamIM juga masa masih ganteng dulu suka perkhemahan dan merentas hutan!
BalasPadamIM, dlm grup kami ni ada yg berusia 53 & 55 tahun. Ada sakit darah tinggi, ada kencing manis teruk, ada sakit kaki...Tapi bersemangat juga, heee
Padamperjalanan penh advanture ni... agak myeronokkan ...
BalasPadamLya, adventure tapi penuh ketenangan bukan mencemaskan...
Padamwah!... adventure sungguh percutian akak sekeluarga
BalasPadamDah pergi pun dengan ramai orang jantan, heee...
Padamstamina kena tinggi ni! Kalau jarang2 mau tertinggal kt belakang.hehe
BalasPadamMalu saya tertinggal blkg anak2 tapi bangga kerana dapat naik ke 2nd stop berbanding mereka yg tak larat berjalan, heee
Padam