Assalamualaikum wbt...
Lama dah jejari ni tak menyentuh keyboard. Idea pun tersangkut-sangkut. Maklumlah, sebaik tiba rumah dari berkursus, Jumaat malam lalu, macam-macam perkara nak disettlekan.
Lebih seminggu Bonda berada di SP, menemankan 2 Abdul dan Bapak Abdul. Puas katanya sebab di bawa Encik Suami pergi merata pasar dan pasar malam sekitar SP. Ooo..Bonda memang suka p pasar kat SP . Macam-macam ada...(mak dan bapak je yang tak ada, katanya). Macam-macam yang turut dibawa balik. Jeruk maman, ikan masin, laksa kering (Muslim produk), kuah rojak Mak Bee, pisang Raja muda...dan macam-macam lagi. Waktu Anim balik kursus, semua dah disusun masuk beg.
Selain membawa balik sedikit buah mata kucing (kali ni buah tak banyak) sempat juga carikan buah jentik untuk Bonda bawa balik. Kat Johor takde buah jentik...huhu. (Buah jentik tu dijentik bagi terbuka kulitnya)
Ni cara si Abdul makan buah jentik. Kita plan nak belikan untuk Bonda...depa pun berebut sama (susah nak dapat)..
Kalau dulu, bawa balik
rempah instant...kali ni Anim belikan puri lengkuas, puri serai dan puri bunga kantan. Maklum...kadang-kadang kita nak guna lengkuas, serai dan bunga kantan on the spot, tinggal buka tutup jar saja. Bau dan rasa...takleh nak beza.
Nak tempahkan flight dia tak mahu. Tak nak susahkan sesiapa ambil di Senai katanya. Kalau naik bas ekspress dan turun Kluang, adik di Kluang boleh ambil dan hantar dia balik rumah (setengah jam).
Belikan handbag untuk Bonda masa ronda Sogo (malam takde kelas, so merayaple). Namun semua tu tak boleh dan layak dibandingkan dengan kesediaan Bonda ikut serta ke SP untuk menemankan 2 Abdul dan Bapak Abdul semasa ketiadaan Anim. Bak kata 2 Abdul, kalau nenek tak ada, depa makan kat kedai atau Maggi ajalah, huhu. Walaupun 2 Abdul dah boleh urus diri sendiri, Bibik pun datang kemas, cuci dan gosok baju tapi tang makan tu yang jadi masalah.
Encik Suami pun ada teman berpuasa 6 sepanjang ketiadaan Anim. Ada Bonda di rumah, sukalah dia. Kita pulak naik jealous bila si Abdul wassap gambar Encik Suami berbuka puasa dengan pengat keledek dan pisang, atau karipap atau kuih muih yang Bonda buat sendiri.
Kita kat KL pun puasa jugak tapi time iftar...ikut dan. Kalau keluar petang habis kelas, tak sempat balik ke ISM, beli jelah apa yang ada. Kalau tak, makan nasi campur kat
hotel hostel, berbuka je dengan apa yang dihidangkan.. huhu...
P/S Dapat tahu ada Hari Keluarga sebelah Bonda di Melaka sewaktu Anim nak berangkat ke KL.Rupa-rupanya sebelum ini, dia bercadang nak pergi bersama adik. Bila Anim bertanyakan kenapa tak maklumkan Anim kerana kalau Anim tahu, sudah pasti Anim akan minta Bonda pergi memenuhi undangan tersebut. Tak perlu risaukan 2 Abdul kerana tahulah Encik Suami menjaga mereka semasa ketiadaan Anim. Namun jawapan EMAS yang keluar dari mulut Bonda ialah.."Tak apalah. Yang lebih penting kan keluarga sendiri...".
lamanya tak makan buah jentik2 tu.. dulu kalau balik kg kat kedah.. dapat la jugak makan.. skrg dah xde..
BalasPadammahal sekarang mell..rm8 satu tangkai ..
Padambuah jentik? xpenah tgk n rs...mcm mn ye?
BalasPadampersis buah rambai tapi saiz kecil..comei sangat. terkena yg masam..kerut dahi. tapi kalau dapat yg manis, sedap!
PadamBuah jentik? Tak pernah tahu pulak buah ni wujud atau ada nama lain kot. Tapi bila belek gambar tu pun rasanya tak pernah tengok.
BalasPadamBuah hutan ni izan.
PadamMasa balik Perlis jalan dari Kodiang ke Jitra tu banyakkkk sgt org dok jual macam2 buah tapi buah jentik ni mahal sikitlah sekilo Rm6 berbanding cempedak sekilo Rm2 ja.
BalasPadamTule, mahal rega dia la ni
PadamSalam Anim ..tak pernah pulak nekcik dengar buah jentik...
BalasPadamOh sampai jugak sogo ye...kalau tak leh nekcik lompat situ kejap...
Popular kat kedah nekcik. Alahai, kalu tak, boleh join shopping nekcik kat sogo. Sy pun tak sempat calling2 nekcik
Padamada buah jentik...saya tak tahu pun...ni baru kenal...eloklah share...yang tak kenal boleh kenal...kasihnya bonda menemani 2 abdul...
BalasPadamSaya pun tau bila duduk sini..
PadamSalam..
BalasPadamNak tanya, puri serai semua tu beli kat mana? Mcm best je..
-Ina-
Ina, kak beli di tesco...
PadamOh ye ke. Mmg dok shoping brg dapur kat tesco pun. Tak perasan la pulak. Kena cari la lps ni. Hehe..
PadamSalam kenal. Sy pun dok kat sp jgak. Cikgu jugak. Hehe..
baru dengar nama buah jentik..baru tengok rupanya..tapi belum tahu rasanya...
BalasPadamkalau dah masak ranum..manis. persis buah rambai. tapi kena jentik dulu, barulah kulit boleh terbuka (kupas pun boleh gak) kalau rambai dijentik, alamat sampai kesudah takleh makan, hihi
PadamApa rasa buah jentik2 tu, seumur hidup ni tak pernah makan lagi hihihi
BalasPadamcam buah rambai cuma saiz kecil dan warnanya berbeza
PadamBuah jentik...sedap ye anim...
BalasPadamTak pernah rasa...manis ke masam ke...tetiba nk carik la plk buah tu....tp kat mana yee...
kena masak ranum cam si abdul makan tu, memang manis ain. sekarang tengah banyak dijual kat area sp ni. pasar malam kat sp pun ada. kalau dekat, mau saja saya kirim ke shah alam..heee
Padamakak tak pernah tgk..apa lagi makan buah jentik tu...masam ke..manis ke..??
BalasPadamlengkuas,serai..semuanya instant kan...tak payah pi gali belakang rumah dah kalau nak guna hehe
manis kamsiah kalau kena yang masak ranum....persis rambai
Padamsaya ingatkan buah rambai ... camna agaknya rasa buah jentik ya
BalasPadamcam rambai gak cuma saiz kecil dan warna berbeza. satu lagi, kita jentik je, terkopeklah kulitnya..huhu
PadamAnim..kat mana nak dapat puri2 tu....hishh macam macam ada kat SP ni....
BalasPadamkak ezza, ada di tesco lah. kalau tak jumpa di klang, sms saya ya..heee:D))
Padamsedap nye buah jentik..lama tak makan.
BalasPadamooo...nea pernah rasa ya. sedapkan? tengah banyak dijual di SP la ni
PadamTerpikat dengan buah jentik tu... Pertama kali lihat, bagaimana rasanya? Lain kali nak order dgn jiran yg selalu pulang kekampung nya di Kedah...
BalasPadamGeram tgok Si Abdul pegang terjuntai nak makan!
haha...kalau dekat, mau je kak kirim bagi rasa :D))..
Padamsedap bagi kami anak beranaklah. macam buah rambai..
suka nyer dgn buah jentik tu, lama x pekena hehehe
BalasPadamoo..KA pun pernah makan. sedap kalau dapat yang masak ranum kan?
PadamBetullah Anim kakak memang tak pernah nampak buah jentik tu di sini. Lain kali balik Johor bawa banyak-banyak. Masam ke manis? Kakak tengok macam buah rambai aje tapi warna merahlah pulak hihi... jakun ni:)
BalasPadamaah, cam buah rambai kakzakie. insyaAllah, ada peluang balik johor saya angkut banyak2 ya..haha...
PadamAda rupanya puree pelbagai tu yeh Anim.... memang senang beno zaman sekarangkan Anim....
BalasPadamAnim tak sedih ke bila hantar bonda balik tu?...
iyalah okje..kita ni dok pekan, nak guna on the spot, tak dan nak memetik. puri ni buatan bumiputera, muhazrin holdings dan pusat biotek herba perlis.
Padamp.s takkan tak sedih tapi kita tak boleh mementingkan diri sendirikan (saya ada 11 adik beradik)
Anim anak ke beraps?
PadamAnim.lamanya knah tak makan buah jentik tu..kadang2 rasa teringin nak makan,cari2 kat sini xjumpa pula. balik kedah semalam memang musim buah2an..tapi xnampak pula buah tu bergayut kat gerai2 tepi jalan
BalasPadamtengah musimlah kak nah...sama naik dengan rambai
PadamAkak buah jentik tuh rasa mcm ne? Sy xpnh mkn n dnga pun..first time dnga nih
BalasPadamsesuai dengan namanya, nak kopek kulitnya, kena jentik..heee. cam buah rambaile..
PadamAssalam Kak Anim...
BalasPadamsaya tak penah makan buah jentik tu kak...sungguh...
1st time tgk ada puri segala tu..mana nak dapat kak..
kalo ada sini saya pun nak beli...
seronok la 2 abdul nenek datang...=)
mak kak anim biasa ya naik bus jauh2...
kalo mak n ayah saya...risau ja saya nak suh diorang naik bus...diorang pn tak biasa..lgla abah saya...
kak pun kenal bila dok SP ni..:D))
Padamsegala macam puri tu beli kat tesco. buatan bumiputera Muhazrin Holdings dan pusat herba biotek perlis. dulu kan AA, lengkuas sampai kecut dlm fridge sebab tak guna..huhu. dah ada yg ready to use ni, senang sangat..
bonda kak anim tu, isteri bekas tentera. tu sebab dia berani..heee:D))
aiza pun tak pernah makan buah jentik-jentik tu.. sedap tak buah tu? kat mana boleh beli?
BalasPadammacam rambai aiza, cuma kecil sikit saiz dan warna berbeza. la ni banyaklah kat sp
Padamkitapun tak penah makan buah jentik2tu... mungkin kecik2 dulu der tapi dah tak ingatlerkan...
BalasPadammemang kenalah bawak balik untuk memudahkan keje bonda nantikan.. SP memang macam2 barang leh belikan...
gituler jasa bonda kitakan.. memang tak terbalas langsung2 .. dah tua2 kitani ibu tetap diperlukan apa juga keadaan...
buah jentik tengah musim kat sp la ni..
Padampertama kali dengar & tengok buah jentik tu...... jasa ibu mmg tak terbalas oleh kita....
BalasPadamsedap munna..cam buah rambai cuma saiz comel dan kaler dia tu...oren!!!
Padamtak pernah jumpe buah tu.. macam menarik je.. rase macammane?
BalasPadammacam buah rambai, fifi. kena yg masam, sure masam tapi jumpa yg manis, sedap..
Padamkena cuba hazmin..tengah musim kat sp ni..heee
BalasPadam