Assalamualaikum wbt...
Malam tadi kuliah bulanan Ustaz Shahul Hamid menggunakan kitab Syamail Muhammadiyah di Masjid Taman Keladi. Sejak tahun lepas kami ikut kuliah Ustaz Shahul ini (minggu ke2 setiap bulan) namun adakala tertuang juga dek aktiviti merayap. Entah apa kena, 2 Abdul minta excuse malam tadi, dengan alasan depa nak duduk ber2 di rumah. Amboi...amboi...No excuse, hangpa ber2 kena ikut!
Kitab yang "dibeli" jemaah masjid di awal pengajian dengan harga RM10 tapi tak dibawa balik ke rumah. Dijadikan wakaf di Masjid Taman Keladi, so...sapa-sapa boleh guna kalau ada kuliah bulanan.
Kitab ni dah setahun lebih digunakan dalam pengajian mengenali Rasulullah
Sollallahu Alaihi Wassalam di Masjid Taman Keladi . Bila "mengaji" dengan guru...lama nak habis. Baca satu hadis, panjang penerangannya. Baca satu hadis, penerangannya kadangkala berkait dengan keadaan semasa. Hari ni baru habis Bab 7 iaitu bab celak mata Rasulullah
Sollallahu Alaihi Wassalam . Walhal kalau Anim baca sendiri, tak payah tunggu 1 hari tapi 1 jam dah khatam...tapi tak tahulah faham ke dak dan of course,ikut tafsiran kepala otak kita sendiri.
Malam ini malam 1 Safar 1434H yang bermakna. Belum pernah sebelum ni Ustaz Shahul panggil anak-anak yang ada di masjid duduk di depan berdekatan dengannya. Alkisah, selepas habis sesi soalan, para jemaah membaca "Asma Ul Husna" beramai-ramai. Ada suara budak-budak lelaki dok gelak2 di luar kawasan majlis ilmu (masih dalam masjid). Dah nama budak, ada mai masjid bukan nak solat atau ikut majlis ilmu tapi nak main dengan kawan-kawan.
Ustaz Shahul dengan lembut memanggil semua anak-anak lelaki ( termasuk 2 Abdul) datang ke depan dan duduk berdekatan dengannya untuk berzikir bersama- sama jemaah. Kejadian itu ada hikmahnya. Anim "berterima kasih" kat anak-anak yang buat bising tadi. Kerana mereka, semua anak-anak yang berada di masjid mendapat sesuatu yang bermakna malam tadi.
Ustaz usap kepala dan pegang dada anak-anak ini sambil membacakan doa. Sebagai ibu, doa Anim semoga malam penuh bermakna ini menjadi titik perubahan hidup mereka dengan mudah menerima nasihat dan didikan, mudah melakukan kebaikan sepanjang masa, terhindar dari akhlak buruk, taat perintah Allah dan Rasul serta mengikut sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam kehidupan mereka seterusnya.
P/S Kita mengimpikan mimpi bertemu Baginda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, kita mengharapkan syafaat Baginda di Padang Mahsyar tapi kita tak pernah belajar mengenali dirinya dengan lebih dekat apatah lagi mengikut sunnahnya.
seronokknya pergi majlis ilmu macam nih...bertambah ilmu di dada buat bekal di sana nti
BalasPadamdah berusia ni baru dapat join majlis ilmu di masjid
Padamamin..bekalan ke akhirat
BalasPadamentah cukup entah tidak, lya
PadamPendekatan yang amat cantik dibuat oleh ustaz itu Anim. Lihatlah macam mana dia buat pada anak-anak yg hadir itu Anim - pangil dekat padanya dan usap kepala dan dada. Selain al-insyirah pasti ada doa lain dibacakan. Bertuah moga anak-anak didoakan itu semuanya jadi anak soleh/solehah.
BalasPadamkakzakie, kadang2 bukan salah anak-anak itu tetapi pendekatan salah kita yang dewasa ni..
Padamdulu tok akak memang kalau jumpa budak kecik suka usap kepala budak2.. semoga anak2 kita menjadi insan berguna..
BalasPadamRasulullah pun sayangkan budak2 kan..
Padambagsu sgt2 ni
BalasPadambanyak dapat benda baru bila majlis ilmu ni
Padamjarang dapat ke majlis ilmu macam ni..teringin pergi tapi ada saja halangan..siri2 agama ditv jadi pengganti..
BalasPadam"kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua.".biasa kita dengatkan zan
Padamsalam kak..bagusnya ada majlis ilmu camni..
BalasPadamlagi banyak kita belajar, lagi banyak benda baru kita tak tahu..
Padam