Phua dah bersendirian sekarang. Chee mati last day kami di
Tasik Banding. Jiran kami yang baik hati, pasangan guru Shima dan Nazri menelefon memberitahu mereka ternampak Chee terbaring di tanah. Nazri dengan susah payah memanjat tembok rumah dan membantu menanam bangkai Chee Kami syak kes Chee ni 2x5 dengan
ibu angsa dulu. Frust mengeram telur yang tak menjadi. Tak ada rezeki nak rasa daging Chee. Susahnya nak cari ayam piru dewasa untuk dijadikan pasangan Phua. Kalau tak jumpa juga, Phua bakal dikorbankan...
Burung puyuh yang sebulan dibela dalam reban dah bertelur.Sehari sebiji, tapi tak tahulah puyuh mana yang bertelur. Kutip dan kumpul untuk makan sendiri. Belum berkesempatan hulur kat jiran sebelah untuk rasa. Tunggu sebulan lagi noo.
Terkini, Si Bisu dah dipakaikan loceng oleh 2 Abdul. Kami terperasankan luka dikepala dan kakinya balik dari Tasik Banding tempohari. Angkara kucing mana agaknya..
Kami syak si Boboi ni (kucing jiran) kerana dia asyik mengejar si Bisu kalau mai"jalan-jalan" rumah kami.Saiz badan si Boboi ni 3x saiz badan si Bisu. Dia ni tak kisah masuk rumah kami mengejar si Bisu. Dengan lidi penyapu pun tak takut.
Brutal betul si Boboi ni. Namun bak kata sorang Ustaz, tak baik menuduh
walau haiwan sekalipun! Oh ya..kadang-kadang
hukuman si Bisu terpaksa dilonggarkan kerana kami kesian tengok si Bisu mencicit lari mencari tempat bersembunyi.
P/S Nak bela apa lagi agaknya...
Lain-Lain Artikel:
Kat kampung IM dipanggil ayam belanda. IM pernah pelihara.
BalasPadamPaling best bila mendengar dia melatah!
Memang kelakar dgr dia melatah...walhal adakala kita cuma terbersin,
PadamBanyaknya k aneem bela..
BalasPadamMacam mini zoo pulak kan?
Padam