Ada dua tempat untuk menyaksikan kelip-kelip di Kuala Selangor. Satu di Kg Kuantan (Majlis punya) dan satu lagi di Bukit Belimbing (pengusaha Cina). Kat Kg Kuantan, satu sampan penambang RM50 ini diisi 5 orang (termasuk pendayung). Kat Bukit Belimbing pulak katanya, naik bot berenjin 18 orang.
Waktu Maghrib dah beratur pengunjung tunggu giliran. Betul-betul sebelah Kg Kuantan Firefly Park ni ada masjid. Boleh jalan kaki saja.
Kami pulak bertolak dari hotel lepas Maghrib. Ramai yang berjalan bertentang arah dengan kami. Depa nak bertolak balik.
Ramai pelancong Korea malam tu. Depa kata, pelancong Korea cukup suka tengok kelip-kelip ni. Ada yang tiap-tiap tahun datang kerana kelip-kelip ni. Diikuti pelancong Jepun dan Mat Salleh.
Kami ber4 cukup satu sampan. Seterusnya...takde gambar. Maklumlah...takde kamera sesuai untuk capture suasana gelap di Sungai Selangor ni. Nampak gelap saja guna kamera sedia ada. Namun seperti yang Anim katakan pada 2 Abdul, kenangan ini kita simpan di ingatan. Anim dan Encik Suami orang kampung, biasalah tengok kelip-kelip ni. Generasi anak kita...tengok kelip-kelip di pokok macam pokok krismas sambil menyelusuri sungai.
Nilah rupa kelip-kelip yang digoogle. Kecil sedikit dari kunang-kunang yang lebih bercahaya. Awas, anda akan didenda kalau menangkap kelip-kelip yang merupakan haiwan yang dilindungi ini.
P/S Dah 30 tahun pelancongan kelip-kelip di Kg Kuantan, si pendayung pun
dah generasi ke 2 (anak). Dah duduk jauh,baru dapat tengok...huhu...
Lain-Lain Artikel:
Kat kampung dulu, kakcik biasa tengok kelip2. Tapi kelip2 dalam kuantiti yang banyak kakcik belum pernah tengok. :)
BalasPadamKalau banyak kakcik, macam pokok krismas yg dihiasi lampu....cantikkkkk
PadamIngat masa kakak kecik-kecik dulu Anim kami masukkan botol kunang-kunang ni. Mula-mula takut bila ada abang-kakak kata kuku cina mati. Bila ingat kelakarlah pulak.
BalasPadamAaaah, dulu saya dengar jugak. Tapi saiz kelip2 ni lebih kecil kakzakie. Menariknya bila banyak...wow....mcm pokok krismas
Padamaha... ni destinasi pilihan akak juga.. suami akak kata tunggu anak besar.. so dah besarni rasanya bolehler diajukan lagi pergi ke sini.. akak dah pergi.. memang bestler...
BalasPadamkitani orang malaysia tak pergi rugi orang datang dari jauh nak tengok bendanikan...
Nipun dah pupus banyak. Jangan nanti langsung tak ada, anak2 pun tak tahu the real fireflies ni...
Padamwah..mcm bess jer...terasa cam gi jer
BalasPadamBila dia berkumpul kat pokok, tu yg menarik. Depa kata ini antara yang ajaib di dunia...
Padamdulu2 mse kecik sy suke main kelip kelip tapi skang susah betul nak dpt kelip kelip....
BalasPadamSekarang dah jadi haiwan yg dilindungi...kena denda kalau tangkap!
Padamsyoknya dpt pi kg tu tgk kelip2...lum berkesempatan pi sana lg.
BalasPadamSaya cadang p kg.kuantan sebab pendayung tu orang kita, banyak boleh kita tanya. Lagipun lebih seronok dok atas sampan dalam gelap gelita menyekusuri sg selangor
PadamAnim duduk kat hotel mana.. kitarang duk kat hotel situ gak.. best kann.. i suka ke situ.. tapi hotel dia je g tak terurus..
BalasPadamHotel mana lagi yg besar kat k.selangor ni yan, kalau bukan yg itu...the last ayat yan tu, betul...betul
Padamnampak cam best je kat sini ye
BalasPadamDepa kata ini antara benda ajaib di dunia...bayangkanlah....bukan semua tempat ada!
PadamWah, nak tgk kelip2. Romantik :D
BalasPadam-> ❤ TechKini.com
Kalau nak romantik, mintalah 2 orang satu bot dan bayar harga penuh rm50/=. tak bergondola di venice, bergondola di sg selangor..
Padamselalu ke kuantan.. tp x pnh tgk lagi kelip2 ni..sbnarnya takut naik bot.. hehe...
BalasPadamtp aritu dah naik kat kuantan river cruise..dia bwk pusing kat sungai kuantan tu.. siang2 hari la
Ni bukan kat kuantan, lya. Kelip2 ni kt Kg.Kuantan di Kuala Selangor, heeee
Padamlama dah tak nampak kelip2 nih..lupa dah pun..kak anim buat entry baru teringat balik kewujudan makhluk ni
BalasPadamsib baik kak duduk jauh,boleh juga bawa 2 Abdul tengok keajaiban di malaysia ni. kalau duduk dekat, sure tak tengok punya, heee. (itu kata pendayunglah sebab anak bini dia pun tak teringin nak tengok!)
PadamRasa nak pergi bawak adik2x.. Salam kenal. JOm join Giveaway bella. Senang je.
BalasPadamhttp://isabellaidura.blogspot.com/2013/12/havoc-giveway.html