Jumaat, 24 Mei 2013

Pengesahan Semula Harga Pakej Haji THTS 1434H/2013M


Mungkin ramai bakal jemaah haji muassasah telah terima surat panggilan untuk menjadi tetamu Allah musim haji 1434H ini. Bonda dan MIL di kampung telefon, Wak sini dapat p haji, Wak situ dapat.

Buat nhhas serta mereka yang bertanya tentang status Anim, surat  yang ditunggu dari TH  tiba petang semalam. Tak sabar nak lihat berapa kenaikan harga pakej TH 1434H/2013M yang telah dimaklumkan sebelum ini.

                       
Harga Pakej Haji TH Travel 1434H/2013 naik dalam RM 3000 seorang berbanding tahun lalu. Bagi yang setuju dengan harga baru yang ditawarkan, fax atau pos borang pada atau sebelum 31 Mei 2013. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, prosedurnya ialah wang perlu dicukupkan dalam akaun TH  menjelang 1 Ramadan 1434H. Bagaimanapun, pemergian masih tertakluk kepada kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

P/S Prosedur tetap dilakukan namun apa-apa pun, redha dengan perancangan Allah.



Khamis, 23 Mei 2013

Batal Puasa Sunat Demi Doa Seorang Muslim


Suatu hari, Sheikh Ma'ruf al-Karkhi berjalan melepasi seorang lelaki yang sedang memberikan minuman air percuma.

Sambil memberi minuman, lelaki tersebut tidak putus-putus mengungkapkan doa, "Semoga Allah merahmati orang yang sudi meminum airku ini."

Mendengar doa orang tersebut, tanpa berlengah-lengah lagi Sheikh Ma'ruf al-Karkhi segera mengambil segelas air dan meminumnya.

Pada ketika itu, seseorang bertanya kepadanya,

"Bukankah engkau sedang berpuasa? Kenapa engkau membatalkan puasamu?"

"Benar aku berpuasa, tetapi doanya lebih aku harapkan daripada puasa sunatku ini, " jawab Sheikh Ma'ruf al-Karkhi.

~ Sumber: Keajaiban Firasat : 63 Kisah Pengubat Jiwa oleh Muhadir Haji Joll~

P/S  Mungkin kita pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama. Kita berpuasa sunat, ada pula yang menjemput kita makan kenduri doa selamat. Menunaikan hajat orang juga besar pahalanya. Serba salah kan dibuatnya. Mudah-mudahan cerita ini dapat membantu kita membuat keputusan.


Rabu, 22 Mei 2013

# Rabu Yang Senyap 29 : Hanya 10% yang terlihat


90% lagi tersembunyi oleh pandangan mata kita.


P/S Jangan menilai seseorang dari luaran. Jalan terbaik, seringlah BERBAIK SANGKA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi