Dalam Al Islam, edisi Disember 2012 ada rencana mengenai terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang dimuatnaik di facebook atau apa sahaja aplikasi sosial sebagai bahan perkongsian maklumat berguna dengan anggapan dengan berkongsi maklumat, ia salah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Apatah lagi, dikalangan mereka mempunyai kesedaran untuk mengajak dan berdakwah kepada rakan-rakan maya untuk bersama-sama menjadi insan yang lebih baik. Namun ada yang tidak sedar tentang sumber dan kesahihan sesuatu hadis yang dipaparkan. Apabila tidak semua hadis yang disampaikan itu benar dan berautoriti sumbernya, ditakuti ia boleh membawa kepada fenomena hadis palsu.
Masyarakat sekarang seharusnya sudah menggunakan pelbagai sumber carian untuk mengesahkan hadis-hadis yang ingin dikongsi. Antara inisiatif yang dilakukan oleh cendekiawan Malaysia dalam menangani isu ini adalah melalui laman sesawang mutiara hadis yang dibangunkan oleh penyelidik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM di
http://sigir.uitm.edu.my/ webhadis. Laman web ini serba sedikit dapat membantu mengenal pasti status hadis yang dicari.
Riyadus Solihin karya agung Imam Nawawi (edisi terjemahan) yang sudah 2 bulan dalam simpanan ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik khusus berkaitan akidah, ibadah dan akhlak. Semua topik berkaitan dikupas berdasarkan al-Quran dan sunah.
Kitab yang mempunyai 372 bab (1047 m.s) keluaran PTS Islamika ini berharga RM120 ( dapat 15% diskaun kerana ada member card Hasani Bookstore, SP) boleh menjadi rujukan berharga buat kita dalam menjelajah
lautan ilmu yang penting. Keistimewaan Kitab ini ialah siraman kerohanian untuk membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta.
Lain-Lain Artikel:
menarik...tq for sharing...
BalasPadamSama2 lah kita share..
Padamakak tengok sekarang macam2 der kat fbkan.. tuler takut tersalahjer... tu yang tak berani nak share... maalumler kitani bukanlah pakar...
BalasPadamDah kita bukan ahlinya kan..
Padamdalam library ni banyak buku-buku hadis..tapi saya belum sempat belek lagi huhu
BalasPadamSukanya hiduo dikelilingi buku. Mau ralit akak tak p makan...
PadamKakak pun pernah terpublished dalam blog kakak ini hadis yg tak sohih. Mujur kakak tersedar cepat. Kakak dah delete semuanya Anim. Itulah memang betul kena berhati-hati apa lagi kalau kita menggoogle macam-macam yg boleh kita perolehi tapi tak pasti ianya betul ataupun tidak.
BalasPadamBetulkah kak. Saya pun tengah check balik mana2 hadis yang saya share dlm blog ini. Takut kita jadi penyebar hadis palsu...dosa berterusan hingga ke liang lahad! Naudzubillah
PadamSalam Anim..itulah kekadang tu terlalu bnyak hadis dimuatturunkan dalam Fb..mmg ada yang kekadang tu mnengkonfiuskan terutama yang kurang asas!!
BalasPadamNEkcik, niat tu baik tapi cara kita tu yg tak betul. Tak cari kesahihan sesuatu yg kita terima.
Padam