Gara-gara "nak tidur sekejap" selepas bye bye dengan Encik Suami..Anim dan si Abdul turun breakfast jam 10.00 a.m. Breakfast buffet di sini biasa saja, tak varieties macam hotel berbintang-bintang yang lain. Alunan muzik yang menenangkan, skrin TV yang menayangkan mutiara hadis, doa di meja makan...tiada perbualan antara kami. Duduk menikmati hidangan di pinggan masing-masing.
Faiz, ada banyak faktor kenapa hotel ini menjadi pilihan walaupun bilik hotelnya pun biasa-biasa aja.
Kat tepi swimming pool ni lah (satu lagi bentuk bulat lebih kecil disebelahnya) ada
Surau Jumaat Nurul Hikmah tu. Kata Ustaz Shahril Long yang kami hadiri kuliah Subuhnya di Masjid Taman Keladi 3 hari lalu, dia juga pernah diundang membaca khutbah Jumaat di hotel ini.
Jam 12.30 tengahari,
LUNCH TIME. 2 Abdul dah mengadu lapar. Nak ke Ampang Point, purse kena berat dengan duit kertas. Sambil makan sambil menyopping. Tengah bulan ni duit syiling je berat. Duit plastik memang tak ada dalam purse. 4 tahun bebas sebaik sahaja mendaftar haji. Ada duit boleh shopping, tak banyak duit duduk diam-diam...haha..
Dalam lif tadi ternampak 3 promosi makan di dinding lif. Promosi set dulang, Lunch Buffet Stall Concept, Promosi ayam kampung..mana satu pilihan hati? Akhirnya promosi Set Dulang yang kami pilih (guna kuasa veto..huhu)
Macam makan kat rumah nenek. Iyalah tu...kalau guna tangan baru sesuai nak oiii! Nampak tak cucur basuh tangan disediakan? Tapi..kurang satu korumlah. Rasanya 4 orang baru sesuai, ngam-ngam nasi dan lauk habis, tak berbaki.
Menu yang disediakan chef bertukar setiap hari. Lauk kami hari ini ialah ayam goreng berlada, pari asam pedas (dah keluar dari dulang), kacang dan tauhu tumis , telur dadar, sambal belacan bersama ulam kacang dan timun. Set Dulang ni RM30 nett.
P/S Ada satu hotel bajet bercirikan islamik di Sg Petani, bila masuk hotel tu berkumandang ayat-ayat suci Al Quran. Dah 2,3 kali lalu tutup saja dan nampak kertas bersepah di depan hotel tersebut. Apa cerita agaknya..
Lain-Lain Artikel:
mmg suka hotel depalma ni ...brapa hari kat kl tu?
BalasPadam2 mlm saja mala...tengah mlm ni sampailah sg petani semula...huhu
Padammmg best kat sini kan
BalasPadamhaah...tak byk buat dosa mata kat sini. Mostly pengunjung Muslim
Padamnampak menarik je kak.... harga pun ok juga
BalasPadamMakanan kampung style mak kita ( style kak juga di rumah)
Padamde Palma? nak google la ^_^
BalasPadamDe palma hotel ampang...heee
Padamsedapnye makanan...terliur sy tgk...
BalasPadamMakan guna tangan di hotel..tu yg syok. Kak memang tak minat guna sudu!
PadamKakak suka suasana yg Anim gambarkan. Kalaulah dekat mesti kakak nak berkunjung tempat ini. Mesti sejuk hati dan makan pun seleranya lain.
BalasPadamMasa tunggu makanan, azan zuhor berkumandang. Ada pengunjung lelaki menuju arah surau. Pastinya pemandangan ni jarang terdapat di hotel lain kan kakzakie?
PadamWah..mengimbau kenangan lalu ketika kekanak memang biasa makan berhidang seperti itu.
BalasPadamKalau p rumah tok kat kampung la ni, pun payah nak jumpa kan?
BalasPadamsy tak pernah pergi otel mcm ni..kena cuba lepas nih!
BalasPadammesti tenang je kat sana kan kak..
makanan pun mcm kite mkn kat rumah je...
seronok la...
Ena, dah usia macam ni, suka cari tempat penginapan yang islamik tapi susah nak cari hotel yang diuruskan oleh orang kita di tengah bandar
Padambagusnya hotel ni kak..lunch tu murah la rm 30nett..
BalasPadamrm30 nett tu set makannya saja KS..minuman order lain, huhu..
Padam