Selepas ambil baju di laundry, Anim ajak Encik Suami singgah pekena mee udang otw balik rumah. Lama tak makan mee udang banjir di restoran ini. Nak menikmati Mee Udang Pulau Sayak@Sg.Dua, jauh pula rasanya. Banyak kerja nak disiapkan di rumah. Cerita fasal keenakan mee udang banjir ini ada Anim publish sebelum ini.
Ramai dah pelanggan memenuhi meja-meja di luar dan dalam restoran. Atas meja pelanggan masih banyak kosong, belum makan lagi. "Tak pe..kita order dulu. Selalunya taklah lama menunggu".Air minuman kami tiba lebih 20 minit.Ok lagi..Tetapi keadaan makin lama semakin "kelam kabut". Bila pelanggan A tanya order bila nak sampai, kemudian pelanggan B, kemudian pelanggan C.
Si toke mula menjerit memarahi pekerja dan tukang masak yang "lambat" menyiapkan makanan yang diorder. Sekejap menjerit mahukan pinggan, sekejap menjerit memarahi pekerja lambat layan pelanggan, tak bersihkan meja..dan macam2 lagi.Alamak....tak tertelan rasa mengadap rezeki ada orang terjerit-jerit memarahi pekerjanya. Habislah...masakan yang sedap jadi hambar sebab "feel" tukang masak dah lari sebab dimarahi dan ditengking di depan semua pelanggan.(Nasib baik mereka tak buang apron dan cabut dari situ...kalau tak, mengangalah toke.). Anim rasa si toke tak bersikap profesional dalam menghadapi situasi kelam kabut itu.
Toke dia dah serupa Gordon Ramsay, bintang Kitchen Nightmares kat TV (lupa channel berapa).
Gordon kan garang. Dengan chef2 bawahannya..ditengking, dimaki. Wah, ada pengikut lak kat SP.Toke restoran malam tadi...bintang Restoran tepi traffic light Nightmare. Dia ikut masak jugak, bakar ikan dan kerang.Patut toke tak masak, pantau orang, check mana tak kena..bukan dok kipas api, belek ikan dah masak ke lum...
Restoran itu selalunya menyediakan menu mee udang banjir dan masakan panas tomyam...kali ini ada menu baru dipaparkan..kerang bakar dan ikan bakar power.
Hmmmm...pekerja bertambah tak? Menu dah bertambah, sekurang2 ada pekerja xtra ditempatkan ke bahagian membakar ikan dan kerang. Taklah terkial2 yang lain menyiapkan menu diorder. Sudahnya mee udang dan kuey teow banjir yang Anim order tak tiba2 setelah 1 jam menunggu.Tak boleh jadi...jom...CHA ALIF BUT.Anim ke kaunter untuk membuat pembayaran air.
Tiba2 terdengar dia menjerit "Order dah sampai". Anim memberikan isyarat tangan "Bungkus..bungkus. Saya nak balik". Apalagi...terdengar lagilah bebelan dan jeritan dia kepada pekerjanya..
Hmmmm...bila buka bungkusan itu balik rumah, 2 Abdul pulak menjerit....adoooiii...
Mee/kuey teow udang banjir sudah bertukar jadi mee /kuey teow goreng
Nilah bahana kalau si toke sibuk membebel, sibuk memarahi pekerjanya...tukang masak pening dan bingunglah tu, yg berkuah(banjir) dia keringkan..silap2 mee goreng pun jadi berkuah macam sup!!!
P/S Orang tamak selalu rugi..bukan Anim sahaja angkat punggung..ramai rupanya yg menurut jejak Anim. Bukan tak boleh tambah menu..kenalah pastikan dapur , pekerja, tukang masak, tukang bancuh air, tukang kemas, tukang ambik order, cashier...mencukupi @ tidak. Kalau masalah ini tak diselesaikan, alamat sunyi sepilah restoran awak cik abang ooii....macam kami, serik seserik2nya...
Belum ada komen untuk "Cerita makan part 3"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai