Sabtu, 23 Julai 2011

Tips Beli Al-Quran Digital Pen Reader

Keinginan untuk memiliki Al-Quran Digital Pen Reader bercambah di Kota Mekah tempohari. Kebetulan rakan jemaah yang telah membeli "berkempen" kepada rakan-rakan jemaah yang lain, "Murah...RM350 je. Kat Malaysia, saya tengok di pameran buku di PWTC, RM500," ujarnya.

Buat diri Anim ...inilah new tool (guru disebelah) yang diharapkan dapat membantu Anim memperbaiki kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran, mukjizat yang kekal hingga ke hari ini.

Malah Anim panjatkan doa dan berazam di hadapan Encik Suami di Masjidil Haram, Anim akan membaca Al-Quran setiap hari dan khatam bila pulang ke tanahair...insya-Allah

Namun bila diajukan tentang Al-Quran Pen Reader ini kepada Encik Suami, "Payah nanti...kalau ada problem macamana...kita nak hantar kat siapa? Senang beli kat Malaysia ajalah "
---------------------------------------------------------------------------
Pulang ke tanahair.....payah juga nak mencari Al-Quran Pintar ini di Sg.Petani. Anim melayari online shop di internet tapi....tak puas kerana tak berpeluang melihat kualiti kertas (Al-Quran) dan kualiti audio (pen). Harga di internet rata-rata dalam RM450.

Pernah berhenti di sebuah gerai ceramah politik yang turut menjual Al-Quran Pen Reader ni...harga??RM150 saja. Tapi....macam dah kata tadi...tiada jaminan selepas pembelian. Al-Quran Digital Pen Reader ni kebanyakkannya diperolehi dari China.

Anim pernah juga hampir-hampir nak membeli Al-Quran Pen Reader ni disebuah kedai di Tesco. Harga offer dalam RM350 sahaja tetapi....mushaf (Al-Quran) dalam bentuk tulisan hitam yang biasa. Anim yang serba jahil ni....mengaji kena guna Al-Quran colour-coded bertajwid, senang mengenal berapa harakat, idgham dan sebagainya.
---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...penantian 4 bulan berakhir di Kedai Buku Alim Harmony di malam Nisfu Syaaban tempohari. Menepati keinginan dan kemahuan...dapat potongan harga lagi (Di Kedai Buku Hasani, Al-Quran Digital Pen Audio yang sama....no discount).

Di antara kelebihan Al-Quran bertajwid dan Digital Audio Pen (bukan dapat percent tau....nak kongsi kelebihannya saja) oleh syarikat yang beribu pejabat di Malaysia ini (ada service after sales@customer care centre):

  • Kertas berkualiti ~ dari Jepun serta disadur emas
  • Panduan tajwid berwarna ~ senang nak kenalpasti tempat wujudnya hukum tajwid dan cara bacanya
  • 4 kad menu
  • No.muka surat dalam Arab dan Rumi
  • Daftar surah dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris
  • Bacaan oleh qari-qari mashyur
  • Terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris (audio)
  • Doa Khatam Quran dalam bahasa Arab, Melayu (Jawi dan Rumi) dan Inggeris dan lain-lain

Kedua-dua Al-Quran dan Pen Digital Audio telah disahkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Malaysia (ni yang paling penting)

    P/S Semoga Allah SWT memberkati usaha hamba-hambaNya mempelajari dan memahami kitab suciNya. Amin.......



    58 ulasan:

    1. Salam..sy tertarik dgn Al Quran Pen Digital spt mana yg telah diceritakan oleh saudari Anim..Boleh x detailkan lagi produk tersebut spt jenama..kalo kat penang agak2 taw x kat mane boleh dpt??

      BalasPadam
      Balasan
      1. hubungi saya SMSWhatsApp : 013-36123 50 (Karim) untuk maklumat lanjut.
        Harga terbaik saya berikan.( RM200 berserta postage) percuma tasbih digital.

        Padam
    2. Al-Musaafir(version 3.0).tak pasti pulak kat penang. Call Al-Tasneem Sdn Bhd 03 4107 2999 @ http://www.altasneem.com.my/

      BalasPadam
    3. Assalamu'alaikum Anim!

      Saya Maznah Jahaya dari Al-Tasneem sdn bhd, mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha anda memberi info kepada masyarakat Islam yang ingin membeli Al-Quran Digital Pen supaya berhati-hati memilih produk yang betul dan sah supaya apa yang kita baca dan pelajari itu betul dan semoga ianya memberi keberkatan olehNya. Niat murni anda saya hargai dan anda boleh menghubungi saya 03 41072999 HP 016 2214469

      BalasPadam
    4. Assalamualaikum Anim...Saya tinggal kat Sg.Petani jugak, Kedai Buku Alim Harmony tu kat mana yer?
      Saya berminat nak beli tp kalau boleh nak pegang dan test sendiri Quran digital tu...

      Thanks in advance.

      BalasPadam
      Balasan
      1. berdekatan radix oriental cuisine di lagenda heights.

        Padam
    5. katt tesco sg petani ada made in egypt

      BalasPadam
      Balasan
      1. beli made in malaysia lah..senang servis after sale

        Padam
    6. Dekat House of Egypt Sg Petani ada jual jugak,Made in Egpt,bacaan 8 imam satu quran,ada tajwid n dictionary bercolor,pakai charger,harga boleh tawar antara 300 ke 350,jumpa skekh Majeed, teman tangkap satu buat kenangan sempena dapat kenaikan gaji baru...Alhamdulillah..dah survey lama dah akhirnya dapat seperti yg dihajati

      BalasPadam
      Balasan
      1. sekarang dh banyak di pasaran..
        tepuk dada tanya selera..
        mana yg berkenan dihati..

        Padam
    7. Sy dealer al quran nie..no phone 0125427824

      BalasPadam
    8. 0125427824....kiteorg satu2nye dealer bergerak bwh al tasneem..call jer kiteorg ade cawangan seluruh malaysia sy sideq

      BalasPadam
    9. Tuan blog tlg post gmbr surat pengesahan dlm al quran muka surat blkg skali yg ade senarai name ahli yg semak

      BalasPadam
      Balasan
      1. insya-Allah, kalau ada kesempatan nanti

        Padam
    10. Versi MyQalam ni bersaiz sederhana dan mudah dibawa ke pejabat, surau atau bermusafir. Info ada di http://myqalam.edaransalindah.com

      BalasPadam
      Balasan
      1. MyQalam buatan Malaysia edisi terkini sesuai sebagai alatbantu belajar dan mengajar bersama beg kulit: http://www.edaransalindah.com/myorder/index.php/digital/myqalam-quran-read-pen.html

        Padam
    11. Salam,
      Saya baru beli sebuah Al Quran ini tadi. Dihadapan Maybank dekat Wangsa Walk. Hargnya RM 899. kerana saya beli terus tanpa kos penghantaran, harga RM 799...Saya keliru ttg harga. Al Quran tersebut Model AT-04. Andai saya kena tipu, since jauh beza dr yg anda beritahu, saya halalkan.

      BalasPadam
      Balasan
      1. mungkin faizah punya ada lebih banyak penggunaannya. mungkin tak de kes tipu menipu di sini. saya pernah jumpa yg RM1000/=. pen reader tu boleh baca lambat, sederhana atau laju.
        wallahu'alam

        Padam
    12. kat ipoh kawan saya baru tipon harga after less rm300. Nak beli utk hadiah saya naik pangkat.

      BalasPadam
      Balasan
      1. anon_makin lama makin murah agaknya..dah bermacam jenis di pasaran

        Padam
    13. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Quran Pen Digital Model Primium harganya hanya RM250. untuk mengetahui lebih lanjut boleh juga lawati laman web : www.wanfathiyah.weebly.com
      segala gambar dan kelebihan Model Primium ada dilaman web.
      hadiah tasbih digital juga di sediakan sebagai promosi bulanan.
      untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi terus ke 0192005478

      kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar di daerah atau di negeri boleh hantarkan detail ke email : eelzam72@gmail.com
      saya sediakan harga packages dan dijamin terendah di pasaran.

      BalasPadam
    14. salam sy pnh jual yang boleh baca serhana perlahan atau laju hanya dgn harga RM290...

      BalasPadam
    15. Ada jual x dkt skitar klang,shah alam?

      BalasPadam
      Balasan
      1. cuba contact, ada no.tel tertera di ruangan komentar

        Padam
    16. slm.. kalau saye nak beli e-pen tu je ade jual tak?

      BalasPadam
      Balasan
      1. rasa macam tak ada jual pen saja sebab pen itu membaca ikut mushaf(Quran). sebab tu kalau guna quran pun biasa tak buleh..kena beli pen bersama mushaf (al quran)

        Padam
    17. Yang terbaru di pasaran benar buatan malaysia dengan bacaan oleh 2 Qari Akademi Al-Quran berserta buku praktis tajwid contoh beraudio dengan harga yang amat berpatutan serta berkelulusan KDN https://www.facebook.com/QuranSyaqira?ref=ts&fref=ts

      BalasPadam
    18. Keluaran terbaru dengan 2 Qari Tempatan , 100% buatan Muslim Malaysia dengan kelulusan KDN , Harga promosi RM200.00 Sekarang https://www.facebook.com/QuranSyaqira?ref=ts&fref=ts

      BalasPadam
    19. kan yg mn satu bagus ni...wa

      BalasPadam
      Balasan
      1. La ni dah banyak pilihan. Pada pndpt saya, cari yg bertajwid colour coded dan ada servis after sales. Selamat memilih!

        Padam
    20. salam, sape2 yg berminat untuk mendapatkan quran pen reader dgn hanya rm160, boleh sms saye 0123026773 atau lawati blog saya quranandthenewtechnology.blogspot.com

      BalasPadam
    21. firdaus empayar tasneem distributor9 November 2012 12:01 PG

      As salam buat sahabat2 semua,sesiapa yg belum memilikiquran digital yg d terjemah oleh bngsa melayu kite iaitu datok mahmud abdul merangkp pengasas bhasa arab mlaysia boleh hbungi sy utk info selanjutnya..lengkap dgn tajwid,rkaman bacaan dan kualiti sgt d titik berat utk kte mewariskn pula pd generasi dan servis slpas pembelian pn d sertakn tanpa caj..bpusat d kuala lumpur dan yg pnting bkn buatan china,n penghntran percuma seluruh malaysia..berminat hbungi firdaus 010 2561025 sms d terima..harga tetap rm699..wassalam

      BalasPadam
    22. boleh cas pakai kabel usb dak?

      BalasPadam
      Balasan
      1. Salam berminat utk dptkn quran pen reader trsvel beg hnya rm170. Kdn approved m sde free gift poket size sejadah betkompas.maklumat lnjut boleh hubungi saye 0123026773 atau view blog saye www.quranandthenewtechnology.blogspot.com atau www.facebook.com/quranandthenewtechnology.tq

        Padam
    23. bagaimana nak dapatkan pen digital

      BalasPadam
      Balasan
      1. cuba hubungi pihak berkenaan. Al-Tasneem Sdn Bhd 03 4107 2999 @ http://www.altasneem.com.my/
        p/s kalau boleh p kat wakil penjual, trylah dulu

        Padam
    24. jamal dari puchong25 November 2012 11:21 PG

      Aslmkum anim dn semua.....terima kasih yang x terhingga atas semua tulisan atau pun komen mengenai alquran pen reader.ternyata barangan daripada altasneem jadi pilihan saya.terima kasih sekali lagi dan semoga allah panjatkan rahmat kepada anim dan semua...

      BalasPadam
      Balasan
      1. alhamdulillah..syukran bila Al Quran menjadi pendamping kita..
        utk pengetahuan jamal, saya hanya mengesyorkan apa yg terbaik pada pendapat saya..1) kelulusan KDN 2)panel penyemak mushaf dan pen 3)bahasa penterjermah... saya rasa itu yg paling penting, mahal atau murah, kalau niat kerana Allah Taala, kita tak rasa rugi.

        Padam
    25. Salam berminat utk dptkn quran pen reader trsvel beg hnya rm170. Kdn approved m sde free gift poket size sejadah betkompas.maklumat lnjut boleh hubungi saye 0123026773 atau view blog saye www.quranandthenewtechnology.blogspot.com atau www.facebook.com/quranandthenewtechnology.tq

      BalasPadam
    26. Assalamualaikum mudah2an dengan adanya produk yang memudahkan ini dapat memberi manafaat kepada semua.

      BalasPadam
      Balasan
      1. itulah yg diharapkan. tak ada alasan kata tak ada masa nak p mengaji

        Padam
    27. saye tengah cari al quran digital nie..tpi area seremban...kalau blh tlg info kedai mne yg jual al quran digital...sye nk bli...

      BalasPadam
      Balasan
      1. cuba contact at tasneem 03 41072999 @ maznah jahaya HP 016 2214469. saya bukan penjual..jauh sekali pengedar

        Padam
    28. byk al quran digital ni bila pen sentuh ayat, dia baca whole ayat..
      saya tengah cari yang jenis baca ikut pergerakan pen,kalau pen tu berhenti tengah2 ayat, suara pun berhenti... saya mahu jenis mcm ni ada tak?? tolong jasa baik tuan rekemen pada saya
      nuralidd@yahoo.com..

      BalasPadam
      Balasan
      1. tak pastilah pulak mana nak contact tapi tau ada kerana suami saya pernah didatangi peniaga al quran yg TN maksudkan. kalau tak silap harganya dekat ribu juga.

        Padam
    29. Slm kami kini menawarkan pakej quran pen reader basic dgn hnya rm150. Maklumat lanjut boleh didapati di blog www.quranandthenewtechnology.blogspot.com atau www.facebook.com/quranandthenewtechnology atau hubungi terus 012-3026773.terima kasih

      BalasPadam
    30. assalam nak tnya alquran ni ada lagi x kat kedai buku alim harmony? n boleh x beli guna baucer buku?

      BalasPadam
      Balasan
      1. Tak pastilah pulak. Rasa macam tak nampak pulak. Cuba contact maznah (komen ke3 dari atas) dan tanya personally kat mana ada jualdi SP ni. Semoga ini membantu

        Padam
    31. As salam semua. Sy adalah pengedar al quran audio 100% buatan Malaysia oleh syarikat Malaysia, Syaqira tech group. Produk terbaru syarikat kami adalah al quran audio bacaan oleh 3 org Qori Malaysia dan 1 qori luar negara. Qori Malaysia adalah:
      1) ust khairul anuar al hafiz(wakil tahfiz Malaysia)
      2) ust fakhrul radhi (johan akademi al quran)
      3) ust ahmad tarmizi (qori tv al hijrah)
      4) syeikh abdullah basfar (imam masjid suhaybi, jeddah)
      Produk ini akan dilancarkan pada bulan 6 ini. In shaa Allah.
      Harga promosi adalah rm220. Harga selepas pelancaran rm250.
      Belian secara carton (10 naskah) juga dialu alukan.
      Boleh email sy untuk keterangan lebih lanjut untuk harga belian borong.
      Lokasi selangor, kuala lumpur dan melaka.
      Email sy: mohdnajib87@gmail.com
      Terima kasih tuan blog. In shaa Allah beroleh pahala sebarkan AlQuran.

      BalasPadam
    32. Assalamualaikum wbt...

      kak anim... yang made in malaysia pun dah ada...
      guru saya Qari nya... alah, 1 malaya pun kenai dia kot...Ustaz Tarmizi Abdul Rahman (AQ dan pembaca Quran Halaqah)...
      tapi guru saya di USIM..

      nnt cek kat belog ya... warranty 5 tahun lagi....

      BalasPadam
    33. saya baru ini order melalui kawan satu office nih dgn harga RM175.00.....memula keluar mahalnya bukan main kat RM 500/- gitu....dalam lama nak sangat asyik dok tangguh,tangguh,tangguh punya tangguh .....beli jugak akhirnya .........yg jenis pakai pen ini lagi bagus sebab kita yg pegang pen tuh ikut suka hati kita nak berhenti kat mana-mana kannn ????.......jenis yg baca merangkak2 macam sya nih kena sabar lahhhh ....

      BalasPadam
    34. slm anim berapa ya harga alquran digital yang anim beli td kak tanya dlm 400

      BalasPadam
      Balasan
      1. dalam rm500 kalau tak silap nor. mungkin sekarang murah kot sebab dah banyak persaingan.

        Padam
      2. salam mana nak cari doa umrah mp3 digital. puas saya cari dikedai sekitar ipoh x jumpa sy nak guna alat ni untuk umrah akhir febuari ni insyallah. tolong ya siapa tau mana nak dapat

        Padam
    35. boleh tanya...audio dia ok tak?ada bunyi tak jelas ke?atau berdesir?? ada tambahan buku laim ke selain al quran cntohnya di sertakan buku tajwid ke buku doa ke etc...terima kasih

      BalasPadam
      Balasan
      1. audio dia cukup jelas. buku tajwid ke buku doa tak de masa saya beli dulu (2 tahun lalu).tak taule sekarang

        Padam

    Komen anda amat dihargai

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright @ Anim : Inilah Ceritaku 2012 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi