Perjalanan malam ditemani hujan rintik-rintik. Pemanduan dilakukan dengan berhati-hati kerana bila hujan begini, orang nak memecut saja. Kalau lebat selalunya depa bawa slow sikit. Ahad malam, kenderaan banyak dihighway arah Selatan. Baru balik dari Langkawi ke depa ni? Nak bercuti arah Selatan ke? Nak shopping di KL? Atau sama tujuan macam kami...Selepas mengambilalih pemanduan kali ke 2 dari Behrang ( 1st dari Bukit Merah ke Taiping), sunyi dah penumpang2 di seat belakang. Dipanggil nama tak menyahut. Sudah lena agaknya.
Menoleh ke penumpang di sebelah. Sekejap dengar dia bersuara, sekejap dengar dia berdengkur. Biar betul...malam ni wei, bukan siang hari. Dengar cerita kawan, kalau si isteri memandu, mata yang mengantuk jadi bulat semula. Sebaliknya pulak pengalaman Anim. Melayan diri sorang2 memandu dah perkara biasa, harap2 tahan je mata ni. Maklumlah..tak pernah kerja ikut shift, walaupun siang puas membuta, tiba malam, mata mesti layu punya.
Radio saja tak bunyikan. Biarlah orang sebelah tidur lena. Lama sungguh dia tak ambil cuti panjang lagi...last cuti masa p umrah bulan 6 lalu. Hujung minggu Jumaat dan Sabtu pun ada saja aktiviti yang diisi. Rakan2 seusia kami, dah tak jadi pemandu bila ke mana-mana, jadi penumpang belakang. Anak2 ambilalih memandu. Dah kita dapat anak usia lewat, nak kata apakan. Semangat mudalah. Tadi kita bersuara juga, dah tahu esok ( hari ni) ada meeting kat HQ, kenapa tak bertolak pagi je. Ni jam 11 malam masih kat highway. "Ada meeting lain pagi tadi kat ofis, nak buat macamana?".
Nak kata jadi Menteri tu, daklah tapi lebihkuranglah bunyi...MP ( Menurut Perintah). Minggu lalu dengar dia nak bercuti mulai Krismas sampai hujung tahun ( tak kisahlah walau tak sampai seminggu...kita nak dia rehat). Terdiam sekejap bila dia pesan, " Packing baju untuk 2 malam saja, tak jadi 4 malam. *** yang nak ditest tu depa tak siap repair, 26 hb nanti kena mai KL semula". Kalau 26 hb masih bekerja, cutinya bila?
12 malam turun tol Jalan Duta. Bertambah segar mata tengok bangunan tinggi. Bergerak pula ke laluan Lebuhraya Duke. Nampak gelap je Menara KL, lampu limpah ditutup jam 12 agaknya. Adalah dalam 10 biji kereta di lebuhraya. Kat SP asyik perlahankan kenderaan kerana banyaknya traffic light, kat sini sebab banyak tol. Orang sebelah dah betulkan duduk. "Takpelah...tak payah tukar driver"
Daftar masuk hotel dah 1 pagi. Masing-masing dah longlai mengheret beg. Masuk bilik, dah tak ingat apa. Mau cari bantal...mau cari bantal. Pagi tadi sebelum Encik Suami turun p kerja, sambil menjengok ke luar tingkap, sempat ditunjukkan pada Anim..
Tengok tu Ummi, KLCC ditutup awan...tak nampak sepenuhnya...
Nanti, kalau anak2 bosan, lapar, jalan kaki je bangunan depan ni.
Nampak tak apartment atas bukit sana..tulah Bukit Antarabangsa! Alamak bah...sorrylah, mata tak pandang apa yang abah tunjuk tulah tapi terpandang iklan besar yang ada di bawah sana...heeeee....
P/S Suara hati yang hanya Anim dan pembaca je tahu. Adakala tak mampu diluahkan pada pasangan..
Lain-Lain Artikel:
hahaha suka jugak pi yg last tu
BalasPadamkat sp. habib baru buat jualan cuci gudang, kali ni end sale pulak,heee
Padamku dengar dan fahami kata hati mu... hahaha..
BalasPadamhaha...tak berani nak luah. dah p jualan cuci gudang disp tempohari..
Padammacam tau je kat mana kak anim ni..ni hotel biasa tu la ye?
BalasPadamHaah, iyalah tu, mana lagi....heeee
PadamP/s faiz ni memang pembaca setia, tqvm
mestillah..i peminat blog u tawww hahaha
Padam*pengalaman/coretan kak anim, nasihat utk saya
terbaekkkk...haha
Padam