Assalamualaikum wbt...
Rindunya pada kalian, para readers. Apakandaya...minggu lalu merupakan minggu paling sibuk dan nampaknya kesibukan itu juga akan berterusan hingga ke hujung tahun. Moga-moga masih diberi kelapangan untuk menjengok blog..tempat release tension
Ahad lalu, kamilah super teachers. Pagi, sessi belajar seperti biasa (sehingga jam 1.15 petang), kemudian pada 2.00 petang, ada Majlis Anugerah Cemerlang 2013 (penyampaian hadiah buat tahun ini) dan bersambung pula Mesyuarat Agong PIBG yang bermula jam 4 petang. Memang terlentok lena masa mesyuarat berlangsung...maklum kerja dari seawal 6.50 a.m dan pulang 6.40 petang.
"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tugas yang perlu dibuat, walaupun dia tak suka buat".
Minggu ni dah bermula kelas tambahan Tahun 6 selepas waktu persekolahan. Tahun ni, guru terlibat jadi moderator untuk "guru-guru cilik" yang terdiri dari pelajar cemerlang. Pendekata, sambil mengajar kawan-kawan yang lemah dalam subjek tertentu, mereka juga dapat mengingat ilmu bila "mengajar". Bersemangat betul baik yang belajar, mahupun yang mengajar.
Bukan saja terlibat dengan kelas tambahan waktu siang, kelas tambahan waktu malam di sekolah juga. Al maklum, guru Bahasa Inggeris ada 4 orang sahaja.. Walaupun tanggungjawab utama mengajar Tahap 1, tapi kena juga bantu kelas peperiksaan UPSR .
"Biasanya, kalau kita disibukkan, kita sebenarnya sedang mendaki tangga kecemerlangan dalam kerjaya".
Minggu ini juga, terima tugas baru. Sekolah Anim terpilih untuk Program Penutur Jati (Native Speaker) 2014-2015. Guru BI Tahap 1 (Me and Teacher Fauziah) kena akur. Nantilah Anim cerita tentang Mentor kami yang comel ni.
Dah ternampak-nampak kesibukan yang bakal dihadapi; KPI, laporan, portfolio dan plan yang dirancang pada 2nd meeting yang lalu.Perkara yang paling susah dalam pelaksanaan sesuatu tugas ialah MEMULAKANNYA. "Kerja kalau nak siap; petuanya buat, buat dan buat!"
"Give a task to a busy person, he will know how to do it!". Agar setiap saat dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, kat Ipoh pun kena ada suasana kerja. Tak mahu kerja bertangguh. Walaupun Encik Suami bukan dalam kerjaya yang sama, syukurlah dia memahami dan tak banyak soal. Peralatan yang ada di SP, kena ada juga di Ipoh. Streamyx juga dalam proses untuk memudahkan kerja Anim nanti. Mudah-mudahan tugas yang besar dan berat itu nanti akan kelihatan kecil dan mudah.
Pengalaman....peralatan yang memudahkan kerja kita perlu ada.Guna hak sendiri lebih selamat dari guna hak sekolah. Sebab apa tau..bila hak sekolah rosak dan kita orang terakhir menggunakannya, selalunya nama kita akan "naik"..tak suka tau..
Peminat setia Mendidik Pendidik oleh Dr.Hjh Nik Zaharah Nik Yaacob di majalah Solusi. Tulisannya banyak mendidik diri. Terima kasih Dr.
Eeeh..macam tau-tau saja tugas kerja yang diperolehi. Terkejut bila nama I tersiar dalam kolum Dr.Hjh Nik Zaharah majalah Solusi terbaru (No.65). Kalau nak tahu, mutiara kata yang Anim bold dalam entry ni diambil dari tulisan beliau.
"Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang apabila melakukan kerja akan membuat yang terbaik." (Riwayat al-Baihaqi)
P/S Program Penutur Jati yang bermula pada 2011 tu sepatutnya sudah berakhir tahun lalu (2013). Bagaimanapun apabila program ini disambung semula 2014-2015, banyak penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk tiada lagi workshop selepas sekolah (2-5 petang) setiap minggu. Bagi Anim pula, yang penting, cuti hujung minggu tak diganggu. Kalau tak, pening I tau!!
Banyak juga tanggungjawab guru sekarang ni yek selain mendidik anak bangsa. Macam-macam ada. So tak bolehlah nak complain lagi kata kerja guru ni mudah :)
BalasPadamBetul tu, kalau kita bersungguh buat kerja yang diberi, walaupun kerja yang tak disukai, insya allah pasti tersenyum puas akhirnya!
beza betul kerjaya guru 20 tahun lalu dan sekarang, MD..huhu..
Padamsaya suka yang dulu....kerja saya mengajar, mengajar dan mengajar..
my kakak hampir setiap hari balik lambat ... byk kerja . Kat umah sambung lagi ... nasib baik anak2 pandai doh duk dapur .
BalasPadamkalau tak bawa balik kerja ke rumah, bukan cikgu, namanya...
PadamBetul tu akak. Jika buat kerja. Kena buat yang terbaik. Allah suka.
BalasPadamtak leh mengeluh. habis segalanya macam kena simbah air. tak ada yang tinggal:-))
Padamgood luck kakak...
BalasPadampray for me too... huhuhuhu...
in sha Allah dear..be strong huhu
PadamBerat tugas guru ni. IM awal-awal lagi angkat 2 belah tangan!
BalasPadamsaya yang memilih kerjaya ini...
Padamsemuanya perlu ditempuhi:-))
tahniah pada para2 cikgu dan ucapan terimakasih tak terhingga..atas segala pengorbanan waktu walau sampai bersengkang mata..mendidik anak bangsa..semoga setiap keikhlasan cikgu mengajar mereka Allah balas dengan limpahan rahmat dan kejayan...amin
BalasPadamtouchingle komen roha ni:-))
Padampengorbanan yang sangat bermakna ..
BalasPadammudah2an ada pahala yang diperolehi..
PadamSemakin susah kerja cikgu sekarang kan...dengan PBS lagi, ramai yang pening dalam senyuman. Apa pun guru adalah kerjaya mulia, tanpa guru siapalah kita....
BalasPadamSemakin susah kan kerjaya cikgu sekarang, dengan PBS lagi, ramai cikgu yang pening dalam senyuman. Apa pun guru adalah kerjaya mulia, siapa pun kita tanpa guru siapalah kita, tanpa guru tiada kita di sini....
BalasPadamPBS? ooo..sensitif. saya tak leh sebut apatah lagi tulis tentangnya..huhu
PadamKaka ANim , lama x singgah sini..;)
BalasPadamBila baca n3 ni mcm2 cerita, mcm2 isu pengajaran...;) Suka tau...;)
Mudahan dpermudahkan semuanya Kak Anim..;)
masa irfan sekolah nanti...lagile banyak perubahan..
PadamBukan mudah menggalas tugas sebagai guru masakini dgn kerenah ibubapa dan anak-anak sekarang.
BalasPadamTapi kakak percaya Anim ada cara tersendiri.
Galmerlah dah masuk majalah hihi...
tqvm kakzakie..:-))
Padamp/s glamer? saya terlebih PERASANle kakzakie..hihi
tengok kerja cikgu sekarang nie......ramai anak2 muda takut nak berkerjaya sebagai guru.....
BalasPadamiye ke takut? haha, kalau nakkan cabaran, kenalah mohon jadi cikgu
Padamtugas pendidik sangat besar tanggungjawabnya.. semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kak anim..
BalasPadampada kak...tanggungjawabnya besar kerana produknya ialah manusia, bukan mesin..kan..kan?
PadamSIBUKNYA KAK ANIM... SEMOGA DIPERMUDAHKAN KAK ANIM DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN AMANAH
BalasPadamtak mau stress sangat munna...
Padamhujung minggu mesti balik ipoh punya..hihi
Wah sibuknya kak Anim.. Cikgu sekarang ni semakin sibuk kan..Macam macam kena buat.. Tak pa.. pahala banyak tu kak :)
BalasPadambanyak pahala kalau tak merungut dan mengeluh erin...alahai..
Padamlawa cikgu org putih tu...
BalasPadamtugas cikgu bukan senang sekarang , selain mengajar sistem fail yg berderet juga boleh buat cikgu streesss
lawa nieda...nanti saya cerita..hihi
Padamfaham sgt tugas berat guru, bkn sekadar mendidik kan anim.. moga dipermudahkan semua urusan yer
BalasPadambukan merungut atau mengeluh KA..nak share je ni..
Padamsemoga di permudahkan urusan yer kak.. memang sibuk..adik beradik acik ada cikgu mmg sibuk sekarang nie..
BalasPadambaguslah bila ada dalam kalangan yang rapat yg kitajadi guru..
Padamkita faham keadaan sebenar..
pening juga bila sering orang salah sangka...
Sekolah saya dah tamat program ni Kak Anim. Semoga berjaya ya.
BalasPadamNak tanya Laminator tu berapa harganya ya?
ye ke..legalah cikgu bi sekolah helmi:-))
Padamp/s rm280. boleh laminate kertas A4 dan A3. boleh forward dan boleh reverse
Hehehehe...."lega" ya.
PadamAssalamualaikum
BalasPadamSinggah sini. Selamat bertugas.
tqvm mamawana
PadamTugas dan tanggungjawab...jika dilaksanakan dgn ikhlas pasti terasa nikmatnya.
BalasPadamKak Anim memang popular...titipan akak sentiasa terkesan dihati. Tidak hairan jika dijadikan rujukan dan contoh. (nak minta tandatangan buleh...hehe)
Semoga dipermudahkan segala urusan. :)
kak anim ni PERASAN habis, BM. dr hjh nik tu tak kenal pun cikgu cabuk ni, haha
Padamsemoge semue urusan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.. besar pahale seorang guru.. mendidik.. pahale berjalan selagi ilmu itu digunakan..
BalasPadammudah2an fifi..ada pahala tersisa. tak dapat membayangkan kalau ianya hilang seperti angin lalu dek rungutan mahupun keluhan yang diluahkan
Padamorang cuma nampak tugas guru senang dan banyak cuti...pada hakikatnya hanya mereka bernama guru saja yang lebih mengetahuinya.
BalasPadamyang luar tu tak semestinya menggambarkan yang dalam..
Padamdulu2 bolehlah..kerja separuh hari, banyak cuti..huhu
Salam hujung minggu Anim.. muga dipermudahkan segala urusan.. =)
BalasPadamtqvm kak nah
Padamguru skarang x mcm dulu..
BalasPadamarwah ayah lya dulu pon cikgu... n now kakak lya y 2 org tu pon cikgu.. kdg2 kesian tgk dia.. smpai bawa ke rmh jugak keje2.. hari ct pon sama.. y mat saleh tu cikgu ye?
berat sebenarnya tugas sebagai guru ni kan kak..
BalasPadamibu saya dan arwah bapa jg seorang bekas pendidik..dulu ibu sll kata bukan senang tugas sbg cikgu..
apa lagi skrg ni kn kak..lg lah mencabar..
tugas yang sangat mulia... bapak saya cikgu..
BalasPadamsemoga kerjaya yang mulia ini akan terus disanjung tinggi...
Cikgu anak Aina call pukul 6am utk minta no ic sebab terlupa bawak balik fail ke rumah katanya pagi2 senang nak on line laju...kesian ke cikgu.
BalasPadam