Bila
Kak Jun, turunkan komen pada salah satu entry Anim last year, perasaan gembira berbaur terharu kerana tak sangka blog serba kekurangan ini dikunjungi The 1st Editor of Cosmopolitan Malaysia dan Former Assistant Editor Jelita ni. Terus jadi follower dia. Jadi silent reader dia dan sekali sekala saja tinggalkan komen. Kak Jun juga ada buka kelas bunga gum paste dan pandai menjahit. Suka tengok kek hasil tangan Kak June yang cukup halus dan berseni.
Namun lain pula perasaan ini bila seseorang yang Anim kenali memberitahu DIA turut mengikuti blog Anim. Anim pun tak tahu sebab DIA tak jadi follower. tak pernah tinggalkan komen. Sempat beritahu hal ini kepada Encik Suami yang memandu di sebelah, diketawakan kita pulak.
Alkisah pagi semalam Anim menghubunginya bertanya khabar. Anim tahu dalam sehari dua ini, DIA akan turun KL kerana salah seorang anaknya nak berpindah rumah. Anim ambil kesempatan memberitahu yang Anim dan 2 Abdul juga akan ke Selangor, insya-Allah, mengikut Encik Suami yang ada kerja di Kuala Selangor. Sudah pasti Anim mengharapkan kesempatan yang ada nanti membolehkan kami semua bersua wajah.
Lepas satu topik, ke satu topik, akhirnya bila tiba masa untuk menamatkan perbualan, DIA memberitahu DIA tidur lewat malam tadi. Bila ditanya kenapa, "buka blog Anim" jawabnya. Tiba-tiba hati Anim jadi tak keruan. Tak tau nak gambarkan perasaan tika itu. Malu ada, takut ada...dalam hati tertanya-tanya mana DIA tau, pandai pulak DIA cari. Sejak ada laptop sendiri, sejak dirumahnya ada line streamyx (DIA suka dengar ceramah agama di Youtube), terror sungguh DIA melayari internet.
Perasaan malu, takut Anim tu bertukar serta merta bila di akhir bicaranya DIA berkata,
" Eloklah. Teruskanlah menulis yang baik-baik". DIA yang Anim maksudkan ialah my bonda tersayang. Tak sangka betul....blog yang "tersembunyi" dari kaum keluarga rapat ni DIA dapat cari...waaaaa
P/S Terima kasih juga kepada anda yang menjadi silent readers blog Anim.
wah da ada peminat silent yer..hehehe
BalasPadampandai bonda akk godeh2 tenet yer...
Rasa2, bonda kak dpt dari history. Kak pernah guna laptop bonda utk update entry di kampung, hahaha...
Padamteettttt kahkahkah..good kak anim dapat sokongan tuh..
BalasPadamp/s: kita ni bukan silent reader dahhh
Aduh faiz, satu perasaan laim macam, heee.. Cuba bayangkan "perbuatan" kita ada emak yang memerhati..mau jadi anak baik tau, tak leh ganas2 punya bahasa..kwang..kwang
Padambuat masa ini ibu_suri lansung tak tahu IM ada blog. kalau dia tahu dan baca... matilah IM.
BalasPadamMak IM lagi la..... IT bukan zaman dia lagi!
Camna gamaknha IM update blog di rumah senyap2...haaaa
PadamP/s bonda saya suka belajar benda baru. Umut 64 thn dan ada acc FB, adik ipar perempuan saya punya kerjalah, heee...senang katanya nak tahu perkembangan anak cucu yg dok jauh..
memang istimewa DIA itu..
BalasPadambaguihler tau blog kitapun bertambah lebih baik kan...
ada yang memerhati.....
"parential guide" dah pulak cho zila, heeee
Padamsalam anim
BalasPadamSeronokkan kan ada silent readr
Dah saya sendiri kdg2 jadi silent reader blog ternama, haaahaha...
Padamterima kasih sudi dtg juah2 ke tempat ta..
BalasPadamTak jauh mana, hujung jari saja:D))
Padambestnya kak ada silent reader camtu..tp lucu plak mak akak blh cari dan ikuti blog akak..
BalasPadamgelihati bila ingat balik. malu pun ada, heee.
PadamSejak awal menulis blog... dah beritau kat Abah & Mak. Sekurang-kurangnya dapatlah diaorang tau perkembangan anak dan cucu-cucunya yang jauh.
BalasPadamhuda duduk jauh, jarang dpt berkomunikasi..blog jadi penghubung, eloklah..
Padam