Dinner time, kami ber14 ke cawangan
Restoran Mohd Chan bin Abdullah di Seksyen 15, Shah Alam (ada 8 cawangan). Of course, sesuai sangat untuk orang BERPANTANG . Seafood saja noo...
As usual....I'm always the only rose among the thorns. Kata Encik Suami, kalau malu, lapar. So, belasah ajalah, heee......
Shark's fin soup yang marvellous. Jujurnya..tak pernah rasa di SP. Bukan tak nak..tapi tak ada, huhu... Butter prawn tu ada ceritanya. Dok meratah "serdak"nya, my
Masterchef cilik berbisik perlahan, "Itu kan telur Ummi". Haaaah??? Hahaha....sudah segenggam masuk ke mulut Anim. Sudah..sudah..... Terlupalah Ummi berpantang telur nak oii...
Menu terbaru yang dirasa...salted squid. Dah nama salted..mestilah ada rasa masin-masin sikit.
Alkisah, semasa dinner, hujan di luar restoran. Nampaknya tak de rezeki nak ke i-City. Alhamdulillah, berhenti pulak lepas makan. For the 1st time, 2 Abdul dan Anim jejak i-City . Nak tengok apa yang best sangat yang diceritakan sepupu-sepupu depa yang dah berkunjung di sini...
Pengunjung lain, tak taulah pulak. Anim pun tak tau apa sebenarnya yang menarik untuk dilihat di sini selain lampu-lampu di pokok, haiwan-haiwan batu yang dihiasi lampu (2 Abdul enggan diambil gambar bersama "patung" binatang) dan permainan yang disediakan. 2 Abdul request untuk masuk Snow Walk tetapi kerana si adik sudah demam dan si abang ada tanda-tanda demam (badan sejuk2) menyebabkan Encik Suami tidak membenarkan. Lagipun dah lewat malam..dekat jam 12 malam.
Ada tak ada, permintaan si Abdul untuk naik cable car (RM20) ni sajalah yang dipenuhi. Nampaknya terpaksalah Anim menemankan si abang kerana Encik Suami dan si adik membatalkan hajat di saat-saat akhir gara-gara gayat. Gambar yang dibeli ni pun boleh tahan mahal. RM20 sekeping. (
Genting pun baru RM15 sekeping).
P/S Kalau datang jauh begini, semata-mata kerana "mundar mandir "..tak berbaloi rasanya. Tapi dek kerana "sambil menyelam minum air"...bolehlah mengangguk pernah bila ditanya pernah ke sampai ke situ. Huhu....
Lain-Lain Artikel:
memang mahal kan kak? sebelum ni ada org yang dah tulis komen berjela pasal i city ni.. komen yg tak sedap dengar.. terus terbantut rasa nak pergi..
BalasPadamhahaha...kak..yg termakan tu buat UBAT..
assalamualaikum ... anim dah memulakan cuti2 m'sia lah nih ... dah nama school break la kan . Restoran Chan tu saya dah pi mkn . Saya pi sana pun beramai2 . Ok la bagi org yg x pernah rasa masakan chinese . Kami ada order wantan sbg side dish . Baru sampai jer dah habis . dah mcm biskut lak ... jap ada jap x de ... heheheee
BalasPadamzu teringin nak makan masakan ala cina..last makan masa bujang dulu..masa mengandung anak sulung teringin nak makan shark fin soup tetapi sampai lepas beranak baru dapat..meleleh ayaq liuq baby sekejap...
BalasPadamicity pun tak sampai sampai lagi...
makan sup sirip ikan yu dikatakan baik untuk kesihatan dalaman, ye ke?
BalasPadamlya x pnh lg merasa makanan dr kedai cina muslim.. kt sini xde pom...
BalasPadamPernah tgk restoran ni dalm TV, mmg terliur nk pergi mencuba makanan kat sana. tq share. comel akak naik cable car. hehe
BalasPadamMeriah...
BalasPadam:)
pergi sekali je ..rasanya tak mau pergi lagi dah..letih berjalan je...
BalasPadamseronok budak2 yer
BalasPadamohhh.... berjalan sakanlah ni ye...diaorang kata memang mahal...okje tak pernah try...cuma masuk snow je...
BalasPadam