Diam tak diam, dah seminggu Bonda dan Abah di SP. Orangtua ni (lebih-lebih Abah) bukan boleh lama duduk lama kat rumah anak-anak. Sebelum mereka ber2 tiba, dah pesan kat 2 Abdul, jangan tunjuk perangai depan Atok dan Nenek. Pesan kat cleaner yang mai rumah 3 kali seminggu, mai awal sikit, tak mau bagi Bonda buat kerja-kerja rumah, almaklum..tangan dia tak boleh duduk diam. Kalau Bonda nak ke dapur jugak (tak mau lauk tapau), bawang merah dan putih sudah berkupas, cili kering sudah bergunting. Abah pula, sediakan satu motor untuk memudahkan dia bersolat jemaah di surau. Dalam usia 72 tahun, dia tak minat dah nak ronda-ronda atau window shopping.
Satu cara lagi, bawa dia p kuliah maghrib, kuliah subuh di area SP. Kat SP ni, boleh kata setiap malam dan setiap masjid, penuh dengan majlis ilmu. Hendak dengan tak nak saja..
Nampak tertarik Abah tu...ada chance mai SP lama sikit lain kali..
Tambah-tambah malam Sabtu lalu, kuliah oleh Ulama' Arab, Sheikh Yusuf b. Muhyiddin di Surau Perwaja, Gurun yang ditranslate oleh Ustaz Zaini.
Jemaah pun ikut sebak waktu Ustaz Zaini terdiam beberapa minit kerana sebak nak translate apa yang Sheikh perkatakan tentang Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. Sheikh Yusuf dok usap-usap belakang Ustaz.
Kunjungan Bonda ke SP kali ni pula berkesempatan bertalaqi bersama Ustaz Lah yang mengajar kami setiap pagi Jumaat. Tak segan Bonda minta Ustaz Lah dengar dia membaca surah Al Waqiah. Bonda kata, lain kali dia nak mai lama sikit. Nak ikut bertalaqi dengan Ustaz. Dulu dia belajar dengan arwah Tok saja. Takde sapa betulkan bacaannya selepas itu. Tapi Ustaz kata, bacaan Bonda tak banyak salah, baca macam orang Arab. Alhamdulillah, pahala berterusan buat arwah Tok.
Sabtu lepas dari Terengganu, Sabtu ni bertolak balik ke Kajang (rumah adik) dulu sebelum bertolak balik Johor. Tengahari tadi kami menghantarnya ke bus station SP .
Hanya si Abdul kecil saja dapat ikut menghantar. Si Abdul sulung menyertai pertandingan Tilawah Al Quran peringkat Kuala Muda (dia join nasyid) di SK Sidam. Bye Atok, Bye Nenek....nanti mai lagi..
P/S Bagi kami yang berjauhan dari ibu bapa, sering mengingatkan diri setiap kali pulang menemui mereka atau mereka menjengok kami, layanlah orangtua kita seolah-olah itulah pertemuan akhir kita bersama mereka. Sama ada kita takkan bertemu mereka lagi atau mereka yang takkan menemui kita lagi. Itulah juga pesan untuk 2 Abdul bila besar nanti...
Orang tua mana nak duduk rumah anak2 lama2.. Tapi mak & ayah Anim mesti seronok tu sebab dapt pi dengaq ceramah dan bertalaqi tu..
BalasPadamadakala dulu makchaq, baru tiba hari ni..esok dah suruh carikan tiket. sekarang ni dah pandai. "umpan" dengan macam2 aktiviti...heee
Padamseronok tgk Ayah Dan ibu kak anim. Setuju dgn akak.hargailah mereka selagi ada.
BalasPadambetul...tanyalah orang yang tak punya ibu@ayah lagi. masing2 akan minta kita hargai, jengok dan layan sebaik mungkin. masa mereka masih ada...
PadamSheikh Yusuf mai Laguna jugak..
BalasPadamSeronok bawak ibubapa jalan2 tinjau S.P..
suasana berbeza dengan di kampung saya. majlis ilmu di masjid kurang. tu yg depa seronok mai SP
PadamTerima kasih berkongsi tips pasal orang tua...
BalasPadamMasih sihat n orang tua Anim....okje dua dua tak larat dah..mertua ka, emak sendiri.....tulah ....besaq dugaannya...risau tak termampu!...
Buat yg mana bolehlahkan...
Past ....pasai autopublished tu gi new entri mcm biasa tu...pas tu jenguk belah kanan, tang schedule...godehlah apa yg patut....hehe...selamat mencuba!
kalau depa tak larat, kenalah kita menjengoknya kan okje. kalau jauh, dapat jengok di telefonlah jawabnya. dengar suara pun dah terubat rindu si ibu.
Padamp/s tqvm, nanti kak try no...
assalamualaikum ... selagi mereka ada , buatlah yg terbaik n gembirakanlah hati mrk ... muhasabah utk diri sendiri ...
BalasPadambetul...apa yg kita nak buat, nak beri kat depa..masa inilah, masa mereka masih ada. bila depa dah tak ada, duit setinggi gunung pun tak de nilainya...
PadamKak Anim...
BalasPadamMak abah saya pun mcmtu, tak nak lama2 kalo datang..mmg kbanyakkan org tua mcmtu rasanya...
Ramainya ahli surau ..Alhamdulillah..=))
mesti aktifkan surau tu....
banyak majlis ilmu di situ. yg datang pun merata. sp ke gurun pun dekat sejam jugaklah...
PadamMemang bagus-bagus "umpan" yang Anim dan suami Anim hidangkan. Yang penting diaorang tak boring masa duduk kat rumah dan seronok bila berjalan kat luar...
BalasPadam"umpan" untuk orang veteran ni kena yg umphhh..ikut usia,ikut keadaan..
BalasPadam