Sewaktu singgah transit di rumah adik di Rawang, dibawanya kami anak beranak ke sebuah restoran Cina Muslim yang baru dibuka.
"Mak Ngah, malam ni kita makan kat Restoran Macan" bisik anak saudara Anim .
"Laa...Macan pun ada orang ambil nama untuk restoran ke? Nak masuk pun takut!
(macan = harimau dalam bahasa Jawa)
Bila tiba depan restoran, kihkihkih. Mak Ngah sound trouble. Rupa-rupanya Restoran Mohd Chan b. Abdullah
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tempoh bertamu adalah 3 hari dan jamuannya satu hari satu malam.Seseorang tidak boleh berada di rumah saudaranya sampai membuatnya berdosa"
Kemudian Rasulullah SAW ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana tetamu yang membuat tuan rumah berdosa?"
Rasulullah SAW menjawab, "Iaitu tetamu yang tinggal di rumah seseorang yang tidak memiliki sesuatu untuk menjamunya."
( Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Makanan ke"cina"an yang diorder...
Nasi Itik Panggang bersama teh bunga ~ Anim dan Encik Suami je yang sanggup makan!
Tauhu kukus
Sotong dan udang rangup ~ macamana depa leh buat sotong tu rangup ek!
Si Abdul 1 dan 3 anak saudara pilih
Nasi Ayam Barbeque
Menu si Abdul 2 je berbeza ~
Nasi Sotong Sour Sweet
Kuey Teow Daging
Homemade rojak buah (serupa rasa kuah rojak Mak Bee, Alor Setar aje...)
P/S Olehkerana tak ada Chinese Muslim Restoran di Sg.Petani...2 Abdul kata..lain kali nak order itu ini (dalam menu card) bila ke sini lagi. Amboi....lain kali kuar duit sendiri la...hari ni Pakcik Fauzi belanja makan...
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Restoran Mohd Chan @Rawang"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai