Selain ikan pekasam, ikan bilis Langkawi, minyak gamat dan ole-ole dari Tanjung Dawai dan Pekan Rabu, beg Bonda berat kerana..
Buah mata kucing yang Bonda bawa pulang, sudah diasingkan dari tangkai..sebiji-biji. Satu peket besar beg plastik juga diangkut balik. Adik2 dan anak2 saudara area Lembah Kelang yang menjengok Bonda di rumah adik di Bangi semua dapat rasa Ahad lalu.
Bukan buah beli tau....petik di belakang rumah kami di SP. Rezeki depa juga. Elok berbuah banyak waktu Bonda tiba. Kalau buah beli (Siam mari), sure kena rendam dengan air garam dan basuh bersih untuk hilangkan ubat yang disembur. Yang ini, don't worry...tak de sembur bahan kimia apa pun. (gambar dari entry lama)
Huhu...gara-gara "terpengaruh" tengok botol-botol ready made kat dapur anaknya di SP, Bonda pun angkut sama dalam beg. Anak perempuan dia ni, terlebih "rajin". Encik Suami pula tak suka orang rumahnya berlama-lama masak di dapur. Cepat masak, cepat makan, cepat kemas, cepat rehat...banyak benda lain yang lebih berfaedah dibuat katanya bila usia makin meningkat. Kat SP, senang nak dapat perencah ready made. Pes Mee Udang, Pes Ikan Bakar, Pes Char Kuey Teow, Pes Sup Gear Box dan macam-macam lagi ni buatan Bumiputera dan dijamin sedap.
P/S Ada satu benda istimewa yang tak terangkut depa nak bawa balik. Bagi tau Bonda dan Abah...insya-Allah, cuti sekolah nanti Anim hantar ke KL kot-kot ada adik-adik yang balik Johor nanti kerana kami mungkin bercuti paling jauh setakat KL saja.
alhamdulillah..dapat bagi bonda macam mcam..
BalasPadamseronok tgk pokok mata kucing tu...
rasa nak tanam jgk lah kat umah zu ni..
pokok tuan rumah tu zu...dia tak pernah rasa pun..
Padamkami tukang jaga, tukang makan dan tukang agihkan...
Mesti manis buah mata kucing tu kan. Lebat betul. Mujur ditampung pagar, kalau tak mungkin dahannya dah cecah ke tanah.
BalasPadamSokong pendapat Encik Suami Anim. Tak payah lama-lama kat dapur. Cepat, tangkas, pantas! Hehehe...
haaah...melayut2 mencecah tanah. nak makan, berdiri kat tepi pagar je..hihi...
Padamsapa2 boleh makan kat situ, cleaner cuci rumah, tukang potong rumput malah driver van anak balik ngaji pun nampak dari luar...banyak..kalau makan sekeluarga, tak habis
Rasa macam nak pergi Sg Petani jer beli borong aneka botol2 tu....mata kucing tu..sedap nyaa...seronok ada rumah dan tanah sendiri..kami ni bersimen depan belakang..hehehe
BalasPadamkak ezza nak ke? nanti saya pos laju, heee...tak mahal mana dengan pos gdexpress
Padampadan la berat beg hehehehe bestnya tengok perencah tu. mana boleh beli? tesco ada?
BalasPadammala, cari kat pasar taman ria, sg.petani, kedai paling hujung. tu projek bumiputera bersama MOA
Padamsedapnyer .. leh petik sendirikan.. memang SP macam2 der. .dulu mak sedara suami duk kat sana kalau balik KL macam2 dia bawak... memanga tertunggu2ler dia bwk benda,..
BalasPadamkalau cari ole2 dari utara, memang banyak dan macam2.. kalau balik johor, penuh bonet dengan ole2 utara
PadamLama tak makan buah ni Anim...bukan apa takut anak tu batuk tu yg malas beli....
BalasPadamWah... memang berbaloilah emak abah...datang rumah anak dia....dapat bawak balik macam2 haha...
buah masak dipokok dan tak sembur ubat, tak pulak nampak kesan batuknya okje...tak tau lak akak...
PadamAla kak anim, lame xmakan buah mata kucing tu..masa preggy pun x dpat makan...huhu...
BalasPadamPes bumiputra?? Mana nak cari kak? bkn sennag nk dapatt tu...
kat pasar taman ria. kak pun tak pasti ada tak dijual di pasaraya. projek bersama MOA ni..senang sangat kerja2 memasak kak la ni
Padambyk betul tu memborong anim
BalasPadamseronok nak memasak le tu agaknya...
PadamIM pun sejak duduk di Penang ni jarang makan buah mata kucing sebab semuanya kena beli. Khabarnya ia 'bagus' untuk orang yang batuk-batuk, ya!
BalasPadamtak tahu pulak saya. kami makan tepi pokok, alhamdulillah tak batuk pulak. agaknya..masak dipokok dan tak letak ubat kot..
PadamBuah mata kucing hasil kebun sendiri teruja makchaq..
BalasPadamUntung orang kedah ada banyak pes3 segera ni.. makchaq pernah try yg juai kat supermarket tu tapi macam kurang sedap..
pes2 segera ni boleh jamin sedap makchaq...senang sangat kerja memasak saya..heee
PadamWah mata kucing tanam sndri...lebatnye buah dia...mesti manis kan kak...
BalasPadammanis sesangat sebab masak di pokok, huhu
Padambunda pun lama tak makan buah mata kucing...
BalasPadamkat pasar malam, la dah rm8 sekilo tapi kenalah rendam dengan garam bunda
Padamsedapnya nampak buah mata kucing tu... pes-pes yang bawah tu menarik betul!! hehe
BalasPadambuah mata kucing takde ubat disembur..makan dari pokok, insya-Allah tak batuk..heee
Padamassalamualaikum ... tanam sendiri ? mak ai ... cabut pokok tu tanam sini boleh ker ... heheheee
BalasPadamhaha...kak bagi tip nak tanam ajalah...biarlah dia berbakti di SP sehingga akhir hayatnya. bukan manusia je makan, ayam dan burung pun ikut makan sama...
Padamteringat pokok mata kucing en abang munna ada tanam kat rumah mak munna... dah besar dan nak berbuah tapi sayang kena tebang sebab tambah tempat parking kat kawasan tu....
BalasPadamsayangnya kan?
Padam