Petang sebelumnya, bawa si Abdul ke klinik di Seksyen 20, Shah Alam. Masa menunggu dipanggil doktor, dapat sms dari
Kak Ezza Muffinbiru. Kak Ezza terbaca cerita Anim di Subang di blog. Niat untuk bertemu juga tak kesampaian. Terima kasih kak Ezza. Sapa sangka dari blog kita jadi kawan walaupun tak pernah bersua muka. Insya-Allah, lain kali kalau ke Lembah Klang, saya calling2 lebih awal ya.
2 Abduls request roti dan donut untuk dinner. Nak maniskan mulut katanya (pahit mulut). Kami pusing2 Seksyen 19 dan terjumpa The Baker's Cottage depan Giant. Anim dan Encik Suami cancelled plan untuk dinner di Shah Alam dan balik ke hotel. Lepas depa masuk tidur di bilik, kami ber2 turun ke bawah. Nak cari tempat makan di shopping mall bersebelahan, tak nampak yang meyakinkan kecuali McD saja. Akhirnya..dinner lewat malam kami ber2 di Leaf Cafe, Hotel The Summit saja. Untuk pengetahuan, Hotel The Summit ni antara hotel yang dapat pengesahan Halal Jakim di Selangor.
Sejak dalam kereta lagi si abang mengatakan teringin nak makan Nasi Arab. Gelihati sebab dah banyak kali makan Nasi Arab tapi dia hanya order Chicken Chop@Fish n Chip saja. Bila ditanya, alasannya "Sejak jumpa
Chef Ammar hari tu, teringin pulak nak makan Nasi Arab". Huhu...tekak orang demam. Mana nak cari Nasi Arab malam2 berdekatan SP ni? Teringat satu restoran di Lagenda Heights tapi tak macam Restoran Nasi Arab yang pernah dikunjungi sebelum ini. Semuanya orang kita, dari tukang masak hingga pelayan.
Takde pilihan ya nak. Tiba pun dah dekat 10 malam. Ummi dan Abah tak makan, masih kenyang makan rojak petang tadi. Order untuk 2 Abdul saja. Sudahnya, Lamb Mandy sudah tukar jadi macam gambar gara-gara sudah habis. jadilah ya nak....rezeki kamu ber2 hari ni. Bersyukurlah kerana hajat nak makan tetap tercapai.
P/S Kami on the way ke satu tempat. Anak2 tetap kata dah sihat...Mak anak suka aja...
Kalau mak suka che mid pun suka gak..hik hik Nasi Arab satooo!
BalasPadammak anak suka merayap che mid, heee...
PadamSemakin comel 2abdul ni... Tekak orang demam, macm orang mengidam...Masa tu mintak lah apa saja akan di usahakan.
BalasPadamzaman kak kecil2 dulu..bila demam, nak makan apa pun..pasti mak masakkan..huhu.
Padambudak sekarang, ajak je la p restoran..huhu
wah...akak tak abis berjalan lagi ke? sedap dapat nasi arab.. di kuantan pun cuma ada 3 restoren nasi arab rasanya..
BalasPadamkat sana, orang melayu punya ke orang arab ? kak suka restoran semua orang arab macam kat ipoh dan batu pahat
PadamKesian nye..demam lah pulak yer. takpe next time bole smbung holiday.
BalasPadamjalan tetap jalan
Padamke mana lagi tu kak? hehee
BalasPadambiasalah..cutilah katakan,ambil peluang
PadamAlhamdulillah, prolifik betul Anim time-time cuti sekolah ni...
BalasPadamApa kabor Si 2 Abdul tu? Dah sihat dah diaorang? Monyok aje muka masing-masing, kesian...
Selamat berpantang ya Anim. Semoga kembali sihat...
prolifik??saya memang bercita-cita menjadi penulis prolifik..huhu..cuma belum kesempatan ikut kelas menulis
PadamAlahai siannya abang demam....
BalasPadamHish...Arjuna suka nasi Arab ni..... Tengok ni dah jadi terliur pulak OKje Anim...
makan nasi je pon sodap kan okje..
PadamSalam Anim..Nasi Arab Hadramaut dan Nasi Arab Rawsha...selalunya Nekcik suka makan kat resto arab Rawsha dekat bulatan Pandan..
BalasPadam