Pemergian ke Langkawi memang tak plan awal. Alkisah, waktu membelek paper di The Summit Hotel, ternampak gambar- gambar perasmian LIMA '13. Lebih 4 tahun menetap di Utara,tak pernah berpeluang menyaksikan LIMA yang berlangsung 2 tahun sekali di depan mata. Betullah, kadang-kadang benda unplanned ni senang saja "jalannya".
Dah suntuk begini, sure hotel fully booked. Encik Suami kata balik hari sajalah. Aduhai, dapat tidur semalam pun jadilah. Anim minta bantuan geng bas sekolah. Tak sampai 24jam, dapat called dari someone di Langkawi. Hotel, homestay penuh. Dia offer sewa bilik. Itupun RM100 semalam. Jadilah....
Pagi-pagi sudah membasuh baju menimbun. Plan nak bertolak ke Kuala Kedah lepas Zuhor. 10.30 pagi,Encik Suami called, dan minta bersiap kerana jam 12 tengah hari nak berangkat. Macam lipas kudung lah. Eerkkk...baju pun belum kering dijemuran.
Kami minta tolong seorang kawan yang kebetulan ada urusan di Alor Setar belikan tiket ferry. Dia called balik, tiket 1.45 p.m sudah habis. Kami akan naik ferry jam 3.00 p.m. Oklah tu. tak rushing. Perut pun belum diisi. Pagi tadi hanya makan sekeping roti canai...huhu...
Kami kemudiannya bertemu janji dengan kawan tersebut untuk mengambil tiket di sebuah restoran. Nak tahu mana dibawanya kami makan???
Subhanallah. Dijamu Nasi Arab lagi. Kali ni di Mergong, Alor Setar. Restoran Nasi Arab Mekah (tapi orang kita lah, bukan orang Arab). Restoran baru ni opposite Tesco Mergong.
Rezeki budak baik demam. Chicken Mandy, Lamb Mandy..alhamdulillah
Anim pula, dek kerana ada satu hari lagi tempoh
berpantang. I makan nasi kosong saja bersama acar you . Tak cukup satu, rembat 2 Abdul punya. Tengah lapar.... nasi kosong pun kosonglah.
Sebaik tiba Langkawi, tuan punya bilik dah jemput kami di jetty. Lepas mandi , kami ronda kawasan pameran. Bagi 2 Abdul teruja. Senang nak bangun pagi esok. Kerana esok mungkin kami bakal berasak, berpanas, bersesak..Mudah2an Allah permudahkan.
P/S Orang kata masa LIMA semua naik harga. Memang betul. Kereta sewa dari RM100 jadi RM300. Rate hotel pun naik 3x ganda. Tapi...jangan ingat bajet ciput takleh p. Contohnya, kamilah..heee..
zu baru 2 kali sampai langkawi..tapi bukan p waktu lima...rasa teringin nak pergi lagi...bila? tatau.....hehe
BalasPadamsaya ni kebtulan duduk Sp..sejam ke kuala kedah, sejam setengah pula ke langkawi dari kuala kedah..
PadamHeheh bersambung jalan lagi eh.....2 abdul tu dah sihat ke Mama? hehe
BalasPadamUmmi dia pulak ambil alih..huhu...
Padamsampai juga ya kak...rumah kami di sini dah dekat ngan TUDM...minggu lepas hari2 diorang buat latihan LIMA...so tak payah gi LIMA hehehe
BalasPadamsaja nak bersesak, berasak...1st time lah katakan
Padambestnyer weh... kalau diizinkan nak gak merasakan... memang plan last minute lagi best kadang2... terujanyer lain macam...
BalasPadamsekali merasai..2 tahun lagi rasa nak pergi lagi, insya-Allah. memang pengalaman yg mengujakan
Padamalamak lupa nak komen pasal nasi arab...
BalasPadamsekarangni kedai nasi arab banyak sesangatkan... kalau dapat yang sedaptu memang ulang banyak kali..
haha...siap atas bawah komen zila. tapi saya suka makan nasi arab yg diusahakan orang arab sendiri, huhu..kat utara ni tak jumpa.
PadamHamboi..sedap nya!!
BalasPadamnasi arab kan tengah fofular
Padamx pernah gi langkawi lagi kak... bestnya tengok LIMA... kak..dalam pantang boleh makan acar ke?
BalasPadaminsya-Allah, one fine day. erkkk..ustaz tak cakap pun. yg dia suruh pantang, ayam, kambing, lembu (haiwan disembelih), telur dan susu. akak pun pantang bersalin dik ooii..
Padamassalamualaikum ... aduhai , bila la dapat pi langkawi . Cian dia , masih pantang ya ... tak pe la , amik bau jer ... heheheee
BalasPadaminsya-Allah...satu hari nanti.
Padamp/s dah merdeka hari ni...yahoooo
Sy tak pernah g langkawi masa lima ni...tp sy pun ada dgr org ckp sumer rege naik...wah...bercoti sakan ye...jeles tauuu..hehehe...hapi holiday kak..
BalasPadamtunggu 2 tahun lagi. jangan dengar cakap orang..kena rasai sendiri pengalaman hebat ini...
Padam