Selepas breakfast, bawa Bonda ke Karnival Halal Kedah di perkarangan Amanjaya Mall, SP. Alkisah, Bonda bertanya "tempat karnival Halal tu dekat ke dari rumah Anim?". Abah pula tak mahu ikut. Mengantuk katanya sebab malam tadi dibawa Encik Suami mengikuti Kuliah Perdana Ulama' Arab di Surau Perwaja di Gurun dan pulang lewat malam.
Upacara perasmian oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Hj Baharom (B). Duduk sekejap dengar dia berucap.
Semalam 10,000? Pagi ni taklah ramai mana. Agaknya lepas solat Jumaat kot nanti depa pakat serbu. Esok dah last day.
Rasa-rasa anak perempuan dia ni mewarisi perangai Bonda. Banyak tanya..akhirnya banyak yang jadi "saudara" dia. Masa ke booth Radio IKIM ni, terjumpa ngan Man, orang Batu Pahat (Minyak Beku). Then, jumpa sorang lagi staff IKIM, orang Jawa Teluk Intan. Waaa..speaking Jawalah kat SP. Ooppss.. kat belakang tu DJ Shafiq yang sibuk "live" ngan Radio IKIM.
DJ Shafiq, Radio IKIM..biasa dengar suara dan tahu nama, baru ni nampak muka, muda lagi orangnya.
Pengacara perempuan TV Al Hijrah ni, lupa lak namanya.
Chef Ammarlah tu..sedang berceloteh bersama pengacara yang selalu kendalikan rancangan Halal TV Al Hijrah, Muniff kalau tak silap.
Hari ni Chef Ammar demo apa ke benda ha? Lupalah nama..ada serupa masalodeh. Pedas sikit rasanya. Kata Chef Ammar, petang nanti ada resepi. Encik Suami pun rembat satu..
Tengok tu Bonda. Ayat popular dia, "Mak main belasah aja". Muniff sibuk tanya Chef Amar tentang bahan-bahan yang digunakan, boleh Bonda menyelit, "Ni apa nama kuih ni?"..Heeee...gelihati.
Siap berposing lagi waktu Muniff sibuk tanya Chef Ammar...hahaha
Ehem...kita pun tak nak lepas peluang. Dah minta izin ngan Encik Suami untuk letak pic ni tau dalam entry. Masa bersama
Pak Long dulu, dia tak izinkan. Bukan apa...gambar bersama Chef Ammar ni blurrr sikit...
P/S Suka dapat bawa Bonda jalan-jalan dan beli macam-macam makanan yang payah nak jumpa kat supermarket. Bonda kata, "berjalan-jalan" macam ni pun buat dia tenang dan bahagia. Kalau kita dengar ayat tu keluar dari mulut ibu kita, tak ke kita pun ikut gembira? Syukurlah, dia sihat, boleh ke sana sini dan tak kisahlah dibawa ke mana-mana. Sebagai anak...dapat menunaikan hasrat dan hajatnya...satu kepuasan tak terhingga.
Best nye. Ada chef Ammar lagi.
BalasPadamseronok tengok dia bercakap..
Padamwah ada chef ammar lagi mesti best
BalasPadamselalu tengok dia berceloteh dalam tv, ini depan mata..
Padambertuah jumpa chef terkenal orang putih lagi kan...
BalasPadamorang maghribi kot tapi kulitnya lebih putih dari saya, haha..
Padamseronok bawak mak jalan jalan apa lagi kalau mak pun suka sekali...banyak pahala melayan ibu bapa yang dah tua...Semuga Anim di beri rezeki halah dan di permudah kan segala urusan di dunia dan akhirat..l
BalasPadamamin kak ezza..aminnnnn....
PadamSiap sempat selit tu...hahaha..
BalasPadammacam dia katalah..."main belasah aja"..haaa, kalau tak tak berpeluang
PadamAlahai naper chef ammar tak singgah setapak dulu..jauh ke kedah lak dia..takper esok malam leh.jimpa dia kol 8.30 mlm...Anim. ...dia tak kirim kambing panggang ke kat nekcik..hihi
BalasPadamMemang bahagia kalau anak anak suka melayan ibu bapa nii
haha...seronok dengar dia bercakap. chef ammar tu peramah, rajin layan pertanyaan kita
Padamalhamdulillah, mengembirakan org tua adalah satu kepuasan pada diri kite kan...
BalasPadambetul..betul
PadamWah..seronoknya..hehe.
BalasPadamseronok jumpa selebriti kat SP..org KL tak heran kot..
Padamsalam cikgu...saya sempat pi hari Khamis jer..
BalasPadamooo...shaiful termasuk dalam 10,000 orang tu la ya. kalau p siang, orang tak ramai. cuaca panas kot..
PadamNampak bonds je...teringin jugak nak tengok anak bonda ....macamanlah orgnya..
BalasPadamSelalu duk melatan komen je hehe
anak bonda ni malu2 kucing..dan jinak2 merpati..heeee
Padamsaya minat chef ni kak.. kalau dulu anak siap ingatkan lagi..ummi taknak tengok orang yang ummi suka masak2 tu..hihi..
BalasPadamkak anim.. masa arwah mak saya sakit dulu pun dia nak berjalan... katanya dok rumah lagi tension.. kami mmg suka bawa arwah mak jalan2...
BalasPadambestnya karnival ni...