Si Abdul ni tak takut dan "tak malu" orangnya. Like mother like son (or like grandma also?) Heee..."Main belasah aja". Buktinya, dia terpilih sewaktu ujibakat mencari instructor senamrobik di sekolah. Dan hanya dia seorang je instructor lelaki.
Pengajian bulan ini (15hb setiap bulan) membawa tajuk "Serban Rasulullah". Bulan lalu, semasa pengajian kitab
"Syamail Muhammadiyah" di Masjid Taman Keladi, Ustaz Shahul Hamid ada beritahu, pada pengajian bulan Mac, sesiapa yang mahu diijazahkan serban, bawa kain serban. Nanti Ustaz beri ijazah serban kepada jemaah yang berhajat. Sejak itu, si Abdul kecil dah war warkan hasratnya. Kain serban yang dibeli Encik Suami di Mekah dah "dicop" kepunyaannya.
Jabir melaporkan:
"Pada hari penaklukan Kota Mekah, Rasulullah masuk
kota itu dengan memakai serban di kepala beliau". (Direkodkan oleh
Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Dia sorang yang beriya-iya di rumah. Si Abdul sulung mahupun Encik Suami diam tak bersuara. Malam Ahad lalu, si Abdul kecik ni antara 2 jemaah cilik yang menunggu giliran dipakaikan serban.Yang lain, jemaah dewasa.
Ibnu Umar berkata :
"Apabila memakai serban, Rasulullah menjulurkan hujung serban itu di antara dua bahu beliau." (Direkodkan oleh Tirmizi)
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat si Abdul kecil ni
Ibnu Abbas berkata :
"Rasulullah menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dan beliau memakai serban berwarna hitam." (Direkodkan oleh Tirmizi dan Bukhari)
Ada jemaah dewasa minta dia tolong jadi "jurugambar" . Ada 2 saf jemaah menunggu giliran. Dek kerana si Abdul dan Encik Suami berada di saf depan, tak lamalah menunggu. Si abang? Tak mahu!
Encik Suami yang asalnya mahu menemankan si Abdul kecik....akhirnya ambil keputusan menurut jejak si anak. Sunnah Nabi tu bah. Tak pakai selalu, sekali sekala apa salahnya. Ini baru permulaan. Sebagai isteri dan ibu...Anim menyokong mana yang baik.
P/S Nak memulakan sesuatu yang tak biasa tu memang payah tapi...bila sekali kita berjaya mengatasi perasaan malu dan tak endah "apa orang kata"..perkara tu dah alah bisa tegal biasa.
Ustaz Shahul Hamid pernah berceramah di UiTM...seronok juga ^_^
BalasPadamDia memang terkena, di utara kan?
PadamAlhamdulillah..Tahniah!
BalasPadamDia memang suka pakai serban dan jubah, heee
Padamalhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung...semoga membesar sbg anak yg soleh..
BalasPadamMudah2an...nak dia jadi pejuang
PadamAlhamdulillah..si adik suka pakai serban...
BalasPadamDulu kat rumah saya ni pun ada 3 Abdul..tapi dah tinggal 2 jer..sebab abdul yang ke 3 dah pulang ke alam bazrah..
Redha kak ezza..dia dah tunggu kak di "sana"...
PadamAlhamdulillah... benda baru memang payah..kadang2 segan pun ada..
BalasPadamBetul makchaq...nak berubah dalam apa jua situasi perlukan keberanian dan muka tebal
PadamAssalam, Bapa ikut anak pula...hehe.
BalasPadamMasa kecil2 dah peramah dan tidak segan untuk ke depan, sikap yg positif. Ada bakat pemimpin ni...Insyaallah
Bin..jangan tak tau ada ibu@ayah yg boleh berubah kerana anak....bukan ayah dan ibu ja boleh jadi contoh
Padamassalamualaikum ... alhamdulillah , dapat pahala hidupkan sunnah rasulullah ...
BalasPadamTak dapaf buat semua..jangan tinggal semua...
Padamalhamdulillah....dan tahniah....buat abdul
BalasPadamAbdul yang "makn belasah" je
PadamAlhamdulilah..sejuk perut ibu..itulah saham akhirat kita Anim!!!
BalasPadamMufah2an minat dan azamnya berterusan hingga dewasa
PadamAlhamdulillah, sgt berinspirasi...
BalasPadamYeke? Alhamdulillah
PadamAlhamdulillah..sejuk perut ibu.knah xde anak lelaki =)
BalasPadamSaya pulak takde gegerl di rumah, hihi
PadamALHAMDULLILAH... i love to see boys pakai serban.. ALHAMDULLILAH my kids love to do that to.. but now depa suka pakai kopiah je ke sekolah...
BalasPadamHati biasa, kopiah hitam je azian..
PadamSaya yang teruja!
BalasPadam! Kalo en.somi sy n anak saya disitu lagila teruja...benda yang baikkan=)
Kak pun tersenyum sampai ke telinga....
PadamAllahamdulillah......hidupkan sunah....amalan yang mulia tak perlu malu dan segan cuma perlu malu dan segan bila nak buat benda yang berdosa......
BalasPadamKalau kak pun "main belasah" aja..
PadamOklah tu...bukan salah pun malah dapat pahala....kita isteri dan mak ni sokong dari belakang je hehe
BalasPadamTak dapat ikut semua, jangan tinggal semua. Ikut mana yg mampu...
Padamalhamdulillah sejuk hati tengok anak2 sukakan perkara keagamaan ni kan kak..
BalasPadamKat utara ni memang "meriah" masjidnya ita. Senang nak ajak anak2..boleh tukar2 masjid mana nak p...Sampai bingung nak p mana, semua bawa topik best dan ustaz best jugak
Padamtq sudi share
BalasPadambagus kecik2 dah pakai serban. saya lum pernah pakai lg.
BalasPadambaguslah kalau kecik2 dh dididik begini
BalasPadam