Sebelum ni, Anim minta maaf kerana tak dapat nak BW blog kawan-kawan. Line WIFI dari hp Anim ni semput sangat. Nak WIFI dari bilik The Summit Hotel ni kena caj. Kita nak free aja. Insya-Allah, nanti Anim ziarah rumah kawan-kawan dalam sehari dua ni.
Aktiviti bersama 2 Abdul bermula selepas Encik Suami keluar bertraining.
Pagi-pagi dah bawa depa turun kolam. Lewat nanti..takut panas pulak. Camnapun..hanya si abang seorang berendam. Dia sorang je pun....mana ada budak lain lagi.
Si adik demam dah 2 hari. Dia mahu ikut berendam. Beriya-iya mengatakan sudah okay. Ubat pun dah nak habis katanya. Tapi sekilas ikan di air...(betul ke peribahasa ni)..Ummi dia tahu dia "kuatkan semangat". Anim tahu dia belum 100% sihat. Lagipun batuk dan selsemanya masih ada.
Muka pun dah sememeh nak menangis. Merajuklah tu. Marah bila gambarnya diambil. Disuakan dahi dan lehernya sambil mengatakan "Ummi, rasa, sejukkan..sejukkan. Tak panas lagi kan?" Masam mencuka bila keputusan Ummi tetap NO..
Petang tadi, sebaik Encik Suami balik, kami ronda-ronda ke The Summit. Satu bangunan dengan The Summit Hotel. Lengang saja shopping mall tu. Sewaktu menuju ke Popular Books Clearance Sale..eeeehhh.....macam kenal saja si dia berkulit putih tu!!!
v
v
v
Chef Ammar berserta keluarganya. Anak gadis comelnya ni berusia 8 tahun. Sempat Anim beritahu dia, "Baru jumpa Chef di
Sg.Petani tempohari, tak sangka jumpa lagi di sini". Chef Ammar yang berbangsa Palestine dan Jordan ni memang peramah dan tak sombong. Sudi pulak dia bertanya bagaimana kami dari SP boleh berada di Subang. Bila ditanya, "Boleh ke anak Chef ni cakap Melayu". Chef Ammar kata "Anak saya ni made in Malaysia".
P/S Plan malam ni, dinner di Shah Alam dan kemudian ke i-City. Tapi nampaknya si abang pula menunjukkan tanda-tanda mahu demam. Berserah pada Allah akan urusan kami malam ini.
peramah jugak la chef ammar ni..
BalasPadamcomel ank dia..
Jalan-jalan ye kak... ^_^
BalasPadambestnya dpt peluang berjalan2 ye kak.. wah chef ammar lg..
BalasPadamselamat bercuti ye....i - city tak jauh dari rumah yan nie.....
BalasPadamAnim, kalau dah shah alam tu tak jauh dari rumah akak...selamat bercuti.
BalasPadamwah seronok jumpa chef ammar yer
BalasPadambudak kalau jumpa pool memang nak berenang sajalah...hehe... sian adik tak dapat berenang....mesti hati meronta2 tu...hehe
BalasPadam