Pengalaman pertama berada di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi@LIMA '13 Langkawi cukup mengujakan dan menarik untuk dikongsi. Hari Jumaat dan Sabtu (terakhir), pameran dibuka untuk pengunjung awam.
Petang Khamis, kami dah survey kawasan pameran . Maka mula rangka plan untuk pagi Jumaat. Plan cikgu cam saya, redah ajalah dan bertawakal. Plan orang otak engineering ni lain, dia biasa "predict" dan ambil langkah tertentu sebelum melakukan sesuatu. So...takleh main redah.
Dek kerana kawasan parking kenderaan di Awana Porto Malai agak sempit berbanding di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, maka Encik Suami bercadang ke Awana Porto Malai dulu.
Selepas breakfast, ke Jetty Kuah dulu untuk beli tiket ferry jam 6 petang. Actually kami tak sewa kenderaan tapi guna khidmat pemandu. Itulah cara terbaik elak susah cari parking, jauh nak jalan kaki dan tak tahu jalan "shortcut" bila berhadapan dengan jammed. Jam 9 pagi kami dah ke Jeti Awana Porto Malai untuk menyaksikan Pameran Maritim di sana.
Kapal selam SCORPENE 1 atau dinamakan Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman buatan Perancis yang "terkenal" itu. Camna pun belum dibuka untuk pengunjung awam semasa kami tiba. Note: SCORPENE 2 dikenali dengan nama Kapal Diraja Tun Razak.
Semangat berkobar-kobar nak meninjau KD Jebat tentera laut kita tapi belum dibuka untuk pengunjung awam (gambar atas). Kami ke kapal H.T.M.S Phuket milik Thailand dulu.
2 Abdul dan Abdul Besar enjoyed dengan pengalaman baru ini. Encik Suami pesan dah, "nak tahu kena tanya". Kita datang bukan setakat nak ambil gambar situ, ambil gambar sini, katanya.
Masa Si Abdul kecil ni cuba weapon yang ada, someone dengan pass (NSTP katanya) captured gambar dia. Hahaha...layan..
Apa yang my 3 Abduls tunggu sampai tak larat berdiri?
Apalagi kalau bukan nak ke KD Jebat. Siren polis berbunyi. Rupanya Tun Dr.Mahathir dan Tun Dr. Hasmah melawat KD Jebat ni. Tun Mahathir drive sendiri kereta coklat tu tau. Kami tak dayalah nak tunggu kebenaran masuk. Panas jangan cakaplah. Tak boleh tunggu. Nak kejar masa. Ada 2 tempat lagi nak pergi.
Then, decided ke BNS Dhaleshwari F36 milik Bangladesh Navy yang dinamakan sempena nama sebatang sungai yang terkenal di Bangladesh iaitu Dhaleshwari. Di kapal perang Bangladesh ni pengunjung boleh explore banyak tempat.
Boleh berangan-angan jadi Captain lagi. Pandai tentera laut Bangladesh ni. Siap menjual barangan dari negara mereka.
Ok, ambil keputusan keluar dari Jeti Awana Porto Malai dan bergerak ke Pameran Aeroangkasa pula. Tak boleh tunggu demonstrasi maritim di Awana Porto Malai . Hmmm...kita tengok jet pejuanglah pulak. Berpusu-pusu kenderaan masuk ke Awana Porto Malai. Jammed teruk. Syukurlah..kami dah nak keluar. On the way..kami berhenti sekejap melihat pameran helikopter tentera kita.
Helikopter ni baru selesai menjalankan tugasnya di Lahad Datu..Tanya lagi..tanya lagi..
Pameran Maritim/TLDM yang diletakkan dalam kawasan khemah bertutup dan berairconditioned (berasingan). Dapatlah sejukkan badan buat seketika. Dapat juga lihat demonstrasi bot maritim di Awana Porto Malai tadi secara LIVE dari skrin TV yang disediakan. Of course, Anim dok menempek dan pasang telinga bila Encik Suami tanya itu dan ini. Anim sebenarnya nak tahu tapi tak tau camna nak bertanya sesuatu diluar bidang kita. So, cara terbaik "cari ilmu baru" ialah memasang telinga!!
Berpeluang membeli barangan istimewa yang dijual Armada. Untuk 3 Abdul saja pun, manalah Anim pakai t-shirt. Dibelikan payung pun jadilah. Ooopss..ada cerita istimewa tentang cap S630 (gambar submarine) yang dibeli si Abdul kecil di Jeti Awana Porto Malai tu. Next entry okay...esok dah naik sekolah..huhu..
P/S Satu yang pasti, perlu ada ketahanan fizikal berjalan dan berdiri, sedia tahan dengan panas dan of course..makan apa yang ada dan tak memilih (siap bawa dalam beg sandang) . Tau ajalah..bila pameran begini..bukan ada "pesta jualan makanan" seperti mana-mana karnival dan pesta.
seingat saya selalunya LIMA ni buat bulan december kan..atau mungkin saya yg pelupa..
BalasPadamkena kumpul duit untuk next LIMA lagi 2 tahun..almaklumlah semuanya naik harga masa tu..duit mesti mau cukup baru seronok kan..
zu p kenduri kat taman ria..
Betullah tu. Thn2 sebelum ni LiMA buat bln december. Cuti pjg sikit. Taj tahulah kenapa tahun ni buat awal.
PadamP/S tmn ria tu tak jauh dr rumh saya
Agak-agak LIMA akan datang ada lagi tak?
BalasPadamWait and see...
Padamsalam aneem
BalasPadamDpt tgok kt telifon member je.dia yg pegi.ta x dpt ke sana
P/s ada soalam pada post ta'kertas soalan bahasa jawa 4' menawarkan hadiah yg sg lumayan.ameem cubalah jawap.mana tau ada rezeki. Selamat mencuba.
Selama ni saya tengok dlm paper jugak. Bila dapat pergi dan lihat sendiri, amazing...
PadamP/s nantinsaya jengah
seronoknya Anim jalan2 Langkawi. Tapi selalunya time LIMA ni barang2 mahal sikit..pergi Idaman Suri tak..hahah knah lari tajuk dari LIMA
BalasPadamKalau kena gayanya..tak jugalah kak. Entahlah, sama saja harga masa p langkawi di lain masa. Hotel dan sewa kenderaan tu biasalah, kena pandai cari
PadamP/ s saya tak shopping la kak. Tak sempat. Lagipun suami sebulan kadang2 2,3 kali p langkawi. Selasa ni pun kena p lagi. Kirim kat dia jelah..
ada hajat nak pi LIMA tapi tak pernah kesampaian sebab asyik dok memikir ramainya org waktu tu kat Langkawi..he he
BalasPadambtw, akak dok kat lorong mana eh kat perdana tu? kot2 la saya nak pi ronda2..he he
Dulu pun fikir cm tu gak. Bila dah merasai pengalaman ini, ada rezeki nak pergi lagi. Best. Orang memang ramai. Pasar malam pun ramai org, norh. Heee...
PadamP/s lengkok perdana 8/2. Cari norh...rumah paling sempoi, original without renovation. Rumah orangle katakan.
Saya pernah masuk dalam kapal KD Jebat ke tuah lupa dh nama nya. Tapi masa sekolah menengah dulu. Besar kapal nya. sistem pun canggih.
BalasPadamKempunan betul 3 Abduls kak.nak lawat KD Jebat..huhu...
PadamSalam Anim,
BalasPadamTidak pernah berkesempatan utk kesini...Tengok di sini sajalah. Seronok dan meriahnya...bila balik mesti gelap ni, hehe.
Seronok tak dinafikan. 2 tahun lagi, kalau ada nkp lagi insya-Allah. Sunburn jangan cakaplah...berjemur tengah panad...heee
Padamwow..bestnya dapat pi LIMA. Saya pernah pi sekali dulu...
BalasPadamni pengalaman pertama saya. memang mengujakan dan jika dizinkan..2 tahun lagi, nak p lagi, hahaha..
Padamsaya x penah sampailg langkawi Kak Anim...
BalasPadamseronoknya, jumpa Tun lagi ye...=)
gigih jugak die drive sendiri ye...