Seawal jam 8.30 pagi, semua dah ready nak p breakfast. Olehkerana dalam pakej kami breakfast not included, p le cari sendiri. Tapi stay kat Hotel First World tak de masalah tempat makan. $$$ je kena tebal. Terjumpa restoran Curry House halal. We all berkongsi mee hun dan kuey teow goreng ( 2 pinggan) bersama telur mata lembu 2 keping plus 2 teh tarik dan 2 milo ais...RM40. Gulp...
And then p beli pakej family untuk 1 hari pas permainan tanpa had (all park). All park ni bermaksud boleh masuk tanpa had Outdoor Theme Park, First World Indoor Theme Park,Rainforest Splash Pool and Flying Coaster. Haaa..puas hati dah anak2..mainle sepuas-puasnya. Luar dalam gitu....
Lepas bye bye to Encik Suami, merayap bersama Ila dan anak-anaknya. Depa dah naik Genting last year so...join dialah bersama 4 orang anaknya. Si Abdul yang sulong nak naik try Flying Coaster tapi yang lain tak berani. Takkan nak menunggu dia seorang...dah le pengunjung dah mula beratur.
Warming up dululah...kita naik Antique Car. Bukan senang dapat pegang stereng dan pijak brek.
Sukanya depa. Kita pun tumpang seronok bila dapat menggembirakan mereka.
Terdengar jeritan manusia...masing-masing berkejar ke sini....Pirate Ship
Gambar candid yang depa ambil (RM15). Hanya Anim, Syawal, dan 2 anak gadis Ila yang berani naik. Si Mira yang dok hujung tu cool saja. Anim ni dah gelabah..cukuple sekali. Gadis di belakang kami tu menangis nak turun...hehehe...
Kemudian kami ke Dinasourland. Aduh...jenuh beratur. Cuti sekolahle katakan....
Dibawa menaiki boat...masuk dalam bangsal tu nanti, pintu ditutup. Lepas tu adalah story tentang dinasour dengan 4@5 dinasour dalam tu yang bergerak-gerak. Takla menakutkan. Bebudak tu seronok adalah....
Cuaca dalam jam 12 tengahari ni..Masih berkabus dan sejuk giler.
Si Abdul kecil di atas Flying Jumbo.. Macam-macamlah yang depa naik. Tak larat nak upload gambar. Pendekata sampai pukul 2 petang..sampai depa mengadu lapar.
On the way balik, si abang request nak wax tangan. Si adik tak leh kata apalah. Dia dah dapat topi dan penutup telinga Angry Bird . Si abang belum dapat bahagiannya lagi. Camnile bebudak, kalau sorang dapat...yang sorang lagi mesti nak bahagiannya jugak.
Inilah rupanya.....RM40 jugakle terbang...
Encik Suami suakan 4 tiket bila selesai training dalam 3 petang. "Malam ni jam 8, kena tunggu di lobby. Ada shuttle bas naik Genting Hotel. Kita p tengok Ice Magic Show"
Encik Suami pulak nak try outdoor theme park. Nampaknya tak ada rezeki dia petang ni....hujan turun selebat-lebatnya. Terus menuju ke 4D Movie Motion Master. Cerita yang ditayangkan "Haunted Mine". Masya-Allah...ramainya orang beratur. Bayangkanlah..dari mula kami masuk (lorong berliku tempat menunggu) hingga ke satu point yang tertulis "45 minutes from this point". Kami beratur dah lebih 15 minit. Penat berdiri...duduk atas lantai. Nak keluar pun tak boleh..nak tak nak beraturle lagi. Lagipun kat luar sana hujan...BUT...BERBALOI menunggu (walaupun movie tu 20 minit saja). Puas rasanya menikmati pengembaraan movie 4D ni. Real....si Abdul sulong siap menangis ketakutan.
Sempat lagi p buat Chair Massage tempat semalam. Si rambut pendek ni Ah Soo. Fuhh...tangan macam orang lelaki. 1st time try Chair Massage, terus jatuh cinta. Anim pun kebetulan sakit bahu, sakit pinggang...Chair Massage ni RM78 untuk 30 minit. Head, shoulder, pinggang....lebih mahal, lebih umpph, lebih segar dari Foot Reflexology ...
Gambar google
Jam 8.30 dah ada di Genting International Showroom di Genting Hotel. Show start jam 9 malam sharp.
Rasanya group kami je ada muka Melayu malam itu.
Gambar google
Seats kami hak kuning sebelah kanan (atas) tu. Punyalah jauh dari stage. Dah orang bagi tiket free, syukur ajalah. Bukan senang dapat tengok live. Selalu tengok Ice Magic Show dalam TV je. Harga tiket tingkat paling atas tu dalam RM55 (adult) dan RM30 (children).
Dikejauhan....no camera and video allowed
Nilah rupa sesetengah karakter Freeze show malam itu yang dipinjam dari google.
P/S Konon-konon nak sambung aktiviti outdoor game (pass valid sampai 1 pagi)..tapi dek disapu kedinginan Genting..mulalah menguap nak tidur. Kipas pun tak berani bukak. Sejukssssss...
Lain-Lain Artikel:
saya baru 2 kali naik ke genting...huhu tak mau dah rasanya...igt nak release tensen...lg tambah tensen...
BalasPadamkamsiah_anak2le paling gumbira...
BalasPadam