Lama tak cerita fasal salah "seekor" anak angkat Anim iaitu Si Bisu. Dia masih setia bersama kami. Sekarang ni dia dah berteman. Teman-temannya yang kami gelar "The 3 Stooges" jauh lebih muda dan kecil saiz badannya. Kesian juga tengok Si Bisu ni. Mentang-mentanglah bisu, bila mendengus marah takde bunyi..The 3 Stooges langsung tak takut.
Si kelabu dan hitam tu kepunyaan jiran sebelah. Si oren tu pulak jiran depan. Time beri Si Bisu makan, sepantas kilat The 3 Stooges tu muncul. Macam tau-tau aja. Kita pun berilah sedikit kat depa. Campak tempat lain, kesiankan Si Bisu sebab dia ni makan slow. Makan sikit, toleh kiri, toleh kanan. Sambung makan, berhenti lagi.
Sudahnya...makanan Si Bisu dirembat sama. Tapi, kami pujilah Si Bisu ni, langsung tak marah. Biaq p lah macamana.....Ada sekali, bekas makanan tu pun dibawa lari salah seekor "The 3 Stooges".
Baru nak rehat-rehat, pun kena kacau...kesian..kesian..
P/S Kucing ni bila kita beri makan...dia bertandang sajalah kat rumah kita. Suruh balik tak nak balik.
Bnyknya kcng...kt rumah saya pn ada bnyk kucing,,,
BalasPadamkucing kak seekor aja, Si Bisu. The 3 Stooges tu kucing jiran.
Padamcomelll plak bila dipnggil 3 stooges :)
BalasPadamhaha..senang nak kenal. bila datang..tiga2 sekali datang...
PadamSalam,
BalasPadamBetullah...kucing ni bila time bagi mkn, ramai jer yg lain bertandang. Kadang2 tu kucing sendiri dpt skit jer. Puas menghalau.. Mula2 tu Ok le, bagi juga...tp dah hari2, setiap kali...mulalah rasa geram. Hehe...
bercakap dari pengalaman kan bin. saya pun adakala hot tempered jugak bila bekas makanan kucing saya dibawa lari. tuannya beri makan tak habis, hak kucing kita dibawa lari, heee..
Padam