Malam tadi, selepas solat Isyak, 2 Abdul mengadu lapar. Alkisah, balik kerja, Encik Suami dah membeli jagung bakar, apam balik dan martabak di pasar malam so Mem taklah ke dapur. Bebudak lelaki sedang membesar, makan begitu tak kenyang katanya. Bawa depa ke restoran tomyam tak jauh dari kediaman. Yang pelik, Ummi dan Abah depa yang pada awalnya sudah kenyang, rasa lapar pulak bila tiba situ. Heeee...
Waktu menunggu makanan diserved, blackout!!!! Ada lampu kecemasan samar- samar dalam restoran, tapi kami sudah kepanasan. Pelanggan sedia ada cepat-cepat makan dan berlalu. Pelanggan baru sure tak singgah. Kami ni apa cerita?
Beralih ke meja di luar restoran. Kata toke, makanan dah siap. Tinggal nak serve. Haha...sib baik. Kalau dak, risau juga tukang masak salah sudu garam, salah sudu gula...
Si Abdul kata, hari ni makan macam dalam gua. Toke restoran kemudian keluar cari lilin. Kedai-kedai bersebelahan, masing-masing mula tutup kedai.
Si ayah, juga si suami yang sanggup "berkorban" menyuluh spotlight dari hp Samsungnya untuk memudahkan anak dan isteri menyuap nasi masuk mulut. Secara kebetulan, hari ni takde order ikan. Macam tau-tau je. Ngeri tau nak makan ikan dalam cahaya samar. Dalam cahaya terang pun Abdul besar pernah tercekik tulang!
Depa kata bukan area kami saja, tapi satu bandar SP bergelap dalam 30 minit.Ada kata ini gara-gara Tok Najib umum TNB kekal syarikat pembekal eletrik unggul, so TNB tak cekaplah. Hmmm..ikut depalah. Kami ni dok risau, kat rumah tu takde simpan lilin. Torchlight pun entah mana p. Si toke restoran yang sibuk cari lilin balik beritahu, semua kedai kehabisan lilin. Dah semua orang SP keluar cari benda yang sama. Dia pun dapat 2 batang saja diberi pelanggan lain yang membeli sekotak. Dia pun kena tutup restoran awal. Sudahnya...satu batang lilin lagi, diberikan kat kami. Selamat..selamat. Sempatlah lilin tu terpasang untuk beberapa minit sebelum keadaan kembali pulih seperti biasa.
UPDATE: Bukan seluruh bandar SP bergelap. Hanya beberapa kawasan sahaja termasuk area kami tinggal.
P/S Berbual dengan 2 Abdul dalam kereta on the way pulang dari restoran. Depa ber2 melihat sendiri banyak kenderaan di jalanraya. Bila lampu jalan tak ada, lampu traffik tak berfungsi, keadaan menjadi agak kelam kabut. Orangramai nak isi minyak kat petrol kiosk pun kelam kabut. Kepada 2 Abdul kami katakan, kalau beginilah keadaan bila bekalan eletrik tak ada untuk satu tempoh masa, bagaimana pula nanti bila matahari sudah tidak menjalankan tugasnya. Matahari sudah tidak terbit seperti biasa. Dunia sudah menghampiri kiamat. Dunia akan bergelap untuk satu waktu yang kita sendiri tak boleh bayangkan. Bayangkanlah keadaan kelam kabut, cemas dan takutnya manusia waktu itu apatah bagi yang belum sempat bertaubat. Kerana waktu itu...taubat kita sudah tidak diterima Allah lagi. Naudzubillahi minzalik...takutnya.
Tak pasal2 cndle light dinner. hehe
BalasPadamNi spotlight dinner, heeee
PadamSalam dik, baru bergelap sekejap dah kecoh satu dunia ya.. serba serbi tak kena, baru sedar betapa bergantungnya kita kpd elektrik..
BalasPadamBetul che mid....masing2 kelam kabut keluar rumah. Dahlah musim panas, tak boleh duduk dlm rumah...
Padamtuler yerk kita baru sekejap dah kecoh yerk... rumah akakni ha memang banyak lilin.. ngan torch light yang banyak... dasar penakut gelap...
BalasPadamLama dh tak blackout, tak menyimpanlah zila. Manusia, mudah lupa....heee
Padamwah romantik lak jadinyer
BalasPadamRomantik???kena makan dgn berhati2...heee
Padamsib baik anak da besr jugak..kalau baby, mau terkejut meraung..hehhehehehe
BalasPadamIyalah nazeef, boleh gelak2 lagi...
PadamMacam itulah 1 : Mula-mula taknak makan tapi bila dah duduk dekat-dekat dengan makanan... tiba-tiba rasa lapar dan nak makan la pulak...
BalasPadamMacam itulah 2 : Ambik kesempatan beri tazkirah yang menepati keadaan yang sedang dialami kat budak-budak...
Macam itulah 3 : Lilin free tu, rezeki dari langit jugak... hehe...
Heee... Mana tak obes kita dibuatnya. Otak ni kena ligat fikir nak bagi nasihat kat anak ala2 ustazah. Biar kejadian depan mata yg berlaku dan nasihat mak ayahnya lekat terus difikirannya masa itu..
PadamTang lilin, baik hati awe siam tu..agaknya bila kami balik, letrik ada semula, tak jadilah tutup restoran.
meremang baca ayat last akak tu... kalau saya bungkus bawak balik kak.. hihi..
BalasPadamNak tapau menda...kat rumah takde lilin sebatang. Silap2 mkn kat porch berlampukan spotlight kereta..heee
PadamSalam,
BalasPadamNikmat yg diberi jarang disyukuri...bila di timpa ujian barulah kita ingat padaNya. Bersyukur kerana diberi ujian krn itulah tanda Allah sayangkan kita...
Sama2lah kita saling mengingati.
p/s: sesekali makan guna lilin jer pun menarik juge :)
Manusia mudah lupa.....
PadamP/S guna spotlight tu...
semua orang takutkan gelap...bila gelap masing-masing jadi kelam kabutkan...kesian makan dalam keadaan bergelap...bagusnya mengingatkan anak-anak tentang kegelapan yang bakal kita hadapi kelak...
BalasPadamsalam kenal, jadi hari bumi terawal skit, tadi dgr kat radio kata 23 mac ni..earth day :)
BalasPadamhish seram pulak baca cerita anim yg last tu....huhu
BalasPadambercandle light dinnerlah gamaknya! haha
alahai....mujur la takde ikan...
BalasPadamyela...hikmahnya, kalo takda air, baru kita tau pentingnya airkan, kalo x asik membazir je..kalo ade api, baru tau, susahnya bergelap..erm...saya sendiri selalu la x sedar...
Syok syok baca...tida tiba jadi takut bila baca ayat yg last tuh....subhanallah!
BalasPadambaca nota yang akhir tu.... takutnya... Ya Allah...
BalasPadam