|
~Hanya sedar udang galah jadi 2 kg bila tiba di rumah~ |
Kata Encik Suami, dia order sekilo udang galah sungai tu dari rakan sekerja dari Pahang. Ada 9 lagi rakan sekerja yang turut order. Pada hari nak balik SP, Encik Suami meminta seorang staff yang ikut bersamanya tolong ambil bagi pihaknya. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Tak lama kemudian, dia diberitahu kotak berisi udang galah untuknya dah tak ada. Tak tahulah siapa yang angkut bawa balik.
Rakan sekerja yang tolong order diberitahu. Penjual udang galah kemudiannya dihubungi. Si penjual udang beritahu 10 kotak berisi udang galah telah dihantar. Rakan sekerja ni kemudian beritahu, ada rakan dari negeri lain yang lambat order. Agaknya, mungkin kerana nak cepat balik, si hamba Allah tu main rembat je kotak yang ada. Tak lama kemudian, si penjual udang itu datang semula membawa bungkusan plastik sambil mengatakan "Ni untuk En.Mad (Encik Suami) tapi takde kotak. Kotak dah habis" . Nak buat macamana. Bukan salah rakan tukang order, dan bukan juga salah si penjual udang galah. Bermodalkan RM8.50, dia cari kotak sendiri dan isikan dengan ais batu.
Mau tak terkejut bila tiba SP, bila
kotak misteri K.Rompin dibuka, bila 2 plastik merah berisi udang galah itu dikeluarkan, bila orang rumah sibuk timbang bungkusan udang untuk confirmation, sekilo diorder, rupa-rupanya 2 kg yang diberi....
P/S Pengajaran yang diperolehi : KAWAL PERASAAN MARAH
Lain-Lain Artikel:
Lg rezeki dari langit!
BalasPadamlupa saya tentang itu, che mid..
Padamhaaa kan..tapi mcm saya susah betul nak kawal, kena duk diam2, jauh2 last2 klu teruk sangat menangis pujuk diri..tapi bila dah ok, baru rasa mcm 'emm baiklah aku tak marah2 tadi' hakshaks pada satu masa hadapan, ada mcm satu rasa lega bila satu masa lalu yg kita boleh keluarkan rasa marah, tapi kita tak keluarkan
BalasPadameh, k.anim faham dak?..baru perasan byk la satu ngan 's' nya
faham..faham..walaupun mula2 berbelit nak faham. maksudnya faiz pendamkan rasa marah tu kan..
Padamcara orang tua2 cam kak (buka orang2 tua ya)..kalau nak termarah sesuatu atau berdepan dgn sesuatu yg buat kita marah,, selalu ingatkan diri dan pasangan (kalau dia ada bersama) "Allah nak bagi pahala kat aku, Allah nak bagi pahala kat kita". Kita azam nak jihas, nak mati syahid tapi baru suruh jihad lawan marah pun tak boleh.. Bila hati dah terdidik begitu, cool lah faiz. ada masa kita tak boleh nak buat cara, "kalau marah waktu berdiri, kita duduk, tengah duduk kita baring etc..."..kalau dalam kereta, tentu tak boleh buat itu semuakan? so..didik hati...
Alhamdulillah..rezeki sabar tu...
BalasPadam6 tahun tak merasa ida....nikmat makan,hee
Padambesarnya udang galah tu...terliurlah..dah lama tak makan...rezeki betul ni....kawal perasaan marah dan bersabar itu lebih baik kan..
BalasPadamsaya sendiri pun...bertahun2 tak makan..heee...
PadamEn. Mad sabar itulah ganjaran Allah bagi cash...
BalasPadamLagi pula Anim kata nak jamu org datang lagi - makin kita tak lokek makin murah rezeki Allah beri.
betul tu kakzakie..saya setuju sangat
Padambestnya kalau dapat makan lauk udang banyak2 yg org kasi free hakhaks
BalasPadamlagi best kan kalau dapat suakan semangkuk dua yang sudah masak kat jiran sebelah...kak ni faiz, kdg2 M bila part memasak ni...
PadamSalam,
BalasPadamJadilah insan yang sabar....Pasti ganjarannya berganda.
Bukti di depan mata. Allahuakbar!
kak pun dapat pengajaran dari cerita ini...kdg2 jadi orang perempuan ni...kurang sabar...heeee
Padamberkat kesabaran....rezeki pula bertambah kan he heee......
BalasPadamsabar..sabar...
Padamsekilo masak kari..sekilo lagi masak gulai lemak..sedap nya..kat kamunting ni kadang2 trjumpa juga org jual udang galah sungai...
BalasPadamorang utara memang minat gulai..kalau orang Johor, gulai lemak, masak sambal antaranya
Padamwow!..sedapnya dapat masak udang besar2 ni...goreng jer pun sodappp..
BalasPadamsaya ingat pun nak goreng juga sikit nanti..tumbukkan bawang putih dan tambah sedikit serbuk kari kan bunda?
Padamnak masak apa tu nim?
BalasPadamHa tang ni, Ustaz kazem kata apa pulak? Jangan makan udang banyak2 nanti darah naik haha!
dah masak lemak sedikit...yang lain nanti dulu, selang sehari..heee
Padamp/s jangan jadi otak udang, sudahle
IM tak gemar sanat makan udang. Jauh sekali ketam.
BalasPadamalhamdulillah IM, setakat ini tekak saya boleh menerima semua makanan....
PadamSedapnya..nak juga. hehe..Rezeki lagi.
BalasPadamkalaule tak cepat rosak udang masak lemak cili api ni, mau je kak courier kat aini...
PadamMaksudya tersilap bg lebih la ye..?
BalasPadamYela kak, kdg2 kalo marah semuanya lupa..x sedar..sbb tu org kata kalo tgh marah, bila berdiri duduklah..
bukan tersilap rasanya...dah tak dapat, dia main bagi je sebab kotak pun tak de dah...heeee...
PadamHehehe..rezeki tu kak. Rompin tu dalm sejam dr rumah saya kak. tapi jarang jugak kesana. Tengok udang akak ni bt terliur pulak. kena ke rompin lah nmpknya.
BalasPadamsuami kak kata..2 kawannya makan berlauk udang galah sungai seorang seekor kat kedai makan berlauk berdekatan hotel mereka menginap, kena bayar rm80..huhu... baik beli bawa balik nea, sekilo ada lebihkurang 27 ekor!!!
Padamsedap betul nampak udang2 tu.... haih! nak cari udang la plak esok...
BalasPadamudang biasa tu bersepah kat SP..udang galah tak penah jumpa
Padamdah lama xmkan udang galah..:)
BalasPadamsaya pun apa kurangnya
PadamRezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari....hehehe
BalasPadamtul..tul..
Padamrezeki dr Allah. sifat marah dr syaitan....so, mcm ne? ada byk hal yg tk terjangka, belum smpt kita tahu kebenarannya, syaitan dh menghasut dulu
BalasPadambestnya kak.. memang tengah musim skrg ni.. mahal tak kak? yang selalu lalu rompin ni pun tak pernah beli..
BalasPadamTu ka?
Padam