Pengunjung dewasa (bawah 60 tahun) membayar RM10 untuk mendapatkan tag kebenaran masuk ke Pameran Aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Kanak-kanak dan golongan OKU masuk percuma. Tentunya ini pengalaman manis buat si Abdul yang berpeluang "mengemudikan" pesawat.
Eurofighter Typhoon ni menjadi tumpuan utama. Jet pejuang tempur dengan laser guided bomb ni telah diorder oleh 7 negara. Antaranya Germany, Italy, Britain, Austria, Saudia Arabia, Oman dan bendera yang ada 3 lapis, merah , oren dan merah tu..bendera negara mana ya? Harganya?? Mencecah 3 billion ringgit.
Di sinilah seorang lelaki berpakaian kemas dalam usia 50an yang berkenan dengan cap submarine (S630) yang dipakai si Abdul kecil. Mula-mula dia bertanya di mana kami membelinya. Bila kami kata kami membelinya di Jeti Star Cruise (Awana Porto Malai) dan jaraknya 10 km dari Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri ini, dia memujuk si Abdul untuk menjual cap itu kepadanya. Dari pertuturannya (berbahasa Inggeris), kami rasa dia ni dari Indonesia.
Bila kami kata kami beli cap itu RM25, dia sanggup bayar 2x ganda. Dia tetap mengekori si Abdul sambil mengeluarkan dompet. RM 60 pun sanggup dibayar. Bila ditanya kenapa, ditunjukkan jarinya ke arah submarine itu. Haha..untungle kalau kami beli 2 tadi. Si Abdul tetap menggelengkan kepala. Bukan kata dia, kami sendiri tak sanggup nak ke Awana Porto Malai semula. Silap2 sampai sana..sudah habis. Limited edition mai dari Sabah nu...huhu..
Masuk ke ruang pameran di dalam. Cari ilmu baru di ruang Sukhoi Technical Centre, Institut Sains Angkasa dan banyak lagi.
Berkenaan si Abdul dengan heli merah menyala tu. Macamlah abah dia millionaire pulak suruh beli satu. Harga dari RM 10 juta nak oooiii...setakat sign bolehlah. Tak cukup duit dalam acc lah.. kurang 000000 di belakang 1...huhu..
1st time merasa The Loaf yang turut dijual di sini, satu-satunya kiosk makanan dan minuman yang ada.
Pertunjukan udara bermula. Yang ini persembahan dari Tentera Udara Russia. Cukup mendebarkan.
Gambar atas tu ialah bakal pemandu jet pejuang Malaysia.Yang bawah tu lupa nama. Berat dan besar. Yang ingat, pesawat ni boleh angkut kereta kebal di dalamnya! Menakjubkan bila demonstrasi pesawat ni boleh reverse ( berundur) dengan laju sewaktu landing. Hoho...hebat..hebat
Ini pula pertunjukan udara dari Jupiter milik Tentera Nasional Indonesia. Ada juga pertunjukan Sukhoi dari negara kita secara solo. Pertunjukan udara secara solo oleh tentera US memang hebat. Lupa nama jet yang turut dibawa bertempur di Iraq, Libya, dll (tak boleh recalled). Jet pejuang tu boleh terbang menegak 90 degree. Kalau jet pejuang ni lebih laju dari kelajuan bunyi, tak mustahil satu hari nanti ada jet lebih laju dari cahaya..
P/S Lega rasa dapat siap entry ni walaupun penuh dengan gambar. Maklumlah, zaman digital ni gambar yang dicaptured tak print out, tak hantar kedai cuci. So, blog ni dah macam diary. 2 Abduls dah pandai cari blog Ummi untuk recalled apa yang telah dialami. Kalau tak jenuh nak bercerita balik.
huiii...bestnya kak... tapi raaaammaaaiiinya orang... teringin nak pergi LIMA jugak..
BalasPadamdulu kak pun fikir begitu. pengalaman pertama not bad, pokok pangkalnya kena cari strategi. ramai orang tapi puas hati dan berbaloi
Padamwah menariknyer kat sini yer
BalasPadamamazing KA. boleh plan next 2 years
PadamRamai betul org yer.. mmg menarik n3 akak ni, suka sy baca. heeee
BalasPadamcomel2 Abdul akak tu.
ramai tu dah satu hal..strategi kena betul..huhu. insya-Allah, nea boleh plan utk LIMA 2015 nnti. best sangat..
PadamTak pernah sampai lagi kat Lima ni Anim....
BalasPadamsaya ni pun 1st time walhal duduk SP je (tapi ramai Kedahan pun tak p tau...heee)
Padamsampai sini memang best kalau ada LIMA ni kan... anak2 la paling seronok... tapi sekarang cuaca panas...
BalasPadambetul..sedia payung dan topi. nak buat macamana...semua tempat panas
Padamkesian uncle tu kan..minat bebeno dgn topi tuh
BalasPadamkalau baca memang kesian, tapi kesian lagi pada si abdul. bayangkanlah orang dewasa minta barang kat anak kecil belum baligh itulah perumpamaannya...heee...tak pasal2 menangis melolong di situ, sapa nak pujuk? huhu
Padammembayangkan kalau saya boleh berada di sana ... huhuhuuu
BalasPadambayangkan dan kemudian plan untuk berada di LIMA 2015, amacam?
PadamSlmm kenal cikgu hanim. Dari cikgu nina ♥♥
BalasPadamterima kasih sudi singgah dan follow. eeeh...camna nak buat tanda love tu..hahaha
Padamramainya org.... tak pernah lagi smpi LIMA ni... teringin nak gi...
BalasPadamnora..depa menjanjikan LIMA 2015 lebih menarik. kena pasang plan..hihi
Padam