Tip ini diperolehi Jumaat lepas sewaktu mendengar ceramah agama di radio Kedah FM 97.5Mhz. Lupalah nak catat nama Ustaz yang bersiaran di udara. 3 Abdul bersiap nak ke masjid....Anim pulak terpaku di meja dengan buku nota.
Maklumlah....dapur berehat waktu tengahari.
Bagaimana nak minta Allah SWT "kejutkan" kita di waktu ijabah (2/3 malam)?
- Masuk tidur dengan keadaan berwudhuk
- Sebelum tidur, baca surah Al-Kahf , Ayat 107- Ayat110 (4 ayat terakhir)
- Setiap ayat Al-Quran yang mulia ini, ada khadamnya (penjaga). Sebutlah..."Wahai Khadam ayat yang mulia ini, kejutkanlah aku pada sekian..sekian masa waktu ijabah"
- Insya-Allah pada waktu-waktu ijabah itulah, kita akan "dikejutkan". Masya-Allah..Allah Maha Berkuasa.
- Apa nak buat bila terjaga?
a) Solat Sunat Wuduk
b) Solat Sunat Tahajjud (paling minima 2 rakaat)
Semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan satu MALAM di bulan Ramadhan...yang lebih baik dari seribu bulan iaitu
MALAM LAILATUL QADAR
UPDATE : TIPS TERKINI
P/S Rebutlah peluang ini dan banyakkan berdoa. Semoga Ramadan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan.
Belum ada komen untuk "Tip bertemu malam Lailatul Qadar"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai