Candid ~ Seminggu sebelum puasa
Masuk 16 hari berpuasa....badan dah mula letih. Kesabaran semakin hari semakin menipis. Suara dah mula meninggi berbanding masa di awal Ramadan. Allah SWT Maha Mengetahui..DIA memahami makhluk ciptaanNya, iaitu manusia tidak mampu puasa berterusan. Tu sebab puasa cuma sebulan. Kalau berpuasa dikenakan 3 bulan berturut-turut....tak boleh berfikir dengan normal kita gamaknya
---------------------------------------------------------
Bila badan letih, cuaca panas....tewas dengan mata pulak. PANTANG duduk menanda buku...alamat terlelaplah. Almaklumlah.....cikgu pun dah lebih 4 abad. Tambah-tambah mengajar kelas LINUS (bermasalah mengira, menulis dan membaca)..bila hujung-hujung waktu...masing-masing dah ingat nak balik. Bagilah input macamanapun hujung waktu nak balik......hati dan fikiran mereka sudah tinggal 20%. Mereka akan gelisah, pusing kot sana..pusing kot sini, capai barang...bermain dengan alat tulis dan sebagainya.
----------------------------------------------------------------
Semalam...setelah menyiapkan tugasan bertulis, masih ada berbaki 15 minit untuk pulang.
Mulut Anim pun dah letih nak bercakap. Riuh rendah kelas...mereka ke sana ke mari, kaki berjalan, mulut pun berjalan.
"Ok. kemas buku kamu. Duduk di tempat masing-masing. Ada 15 minit lagi ni. Kamu nak sambung belajar ke nak rehat?"
"Penatlah Madam. Tak moh tulis lagi lah"
"Kalau penat, duduk diam-diam. Kamu puasa, Madam pun puasa. Bulan puasa ni...buat perkara baik, Allah gandakan pahala. Kalau ayah bagi duit sekolah RM2 pada hari tak puasa, bulan puasa ayah gandakan RM4, seronok tak?"
"Seronokkkkkkkkkkkk"
"Haah tau pun. Bulan posa ni kalau kamu tido pun dapat pahala. Ada masa 15 minit lagi ni...sempat tido sebelum loceng berbunyi." Ramai yang meletakkan muka mereka ke meja dan pura-pura tutup mata....nak pahala le tu!
Madam???? Nak buat lagu mana....mai lah Nazir sekolah ke, PPD ke, JPN ke...kalau mata tak boleh buka, nak kata apa? Bukan kita mengantuk sebab main muzik kat night club macam Cikgu Shaari (P.Ramlee) dalam filem Masam Manis tu. Kita tido lewat sebab berterawih, kita bangun awal pulak, masak sahur. Mata ni automatik tertutup bila menjelang tengahari dan cuaca panas!
--------------------------------------------------------------------------
Hari ni, masa bersama anak-anak Linus ini sebelum rehat. Waktu beginilah waktu paling seronok mengajar. Baik cikgu atau murid, semua masih fresh.Elok sahaja memberi salam dan menuju ke meja guru, terdengar suara seorang murid,
"Hari ni, kena tido lagi ke Madam?"
Hmmmm...sabar ajalah.
P/S Lurus bendul....camtulah gaya murid-murid Tahun 1
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Kena tido lagi ke Madam?"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai