Terima kasih Panitia Agama Islam
Dapat duit raya, dapat cenderahati dari sekolah.....dapat pahala berlipat ganda lagi dari Allah SWT. Membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan 10 kali gandanya. Alif Lam Mim bukan satu huruf...tetapi Alif, satu huruf...Lam, satu huruf..Mim, satu huruf
Kita ni tergolong dalam tingkatan mana agaknya?
1. GOLONGAN YANG LALAI DARI MEMBACA AL-QUR'AN
AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 0-9 ayat. (0- 1 m.s) suatu malam
2. GOLONGAN YANG MENGINGATI AL-QUR'AN
AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat. (1 - 4 m.s) suatu malam
3. GOLONGAN YANG MEMELIHARA AL-QUR'AN
AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat. (4 - 10 m.s) suatu malam
4. GOLONGAN YANG SETIA DENGAN AL-QUR'AN
AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat. (10 - 20 m.s) suatu malam
5. GOLONGAN YANG BERJAYA MENJADIKAN AL-QUR'AN SEBAGAI AMALAN
AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat. (20-30 m.s) suatu malam
6. GOLONGAN YANG KAYA DENGAN PAHALA DARI BACAAN AL-QUR'AN
AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat. (30-70 m.s) suatu malam
Maksud Hadis
P/S "Ada 2 golongan manusia yang sentiasa didengki oleh oranglain; iaitu orang yang diberi Allah SWT kitab suci Al-Quran, kemudian dibacanya siang dan malam; dan orang yang dikurniakan oleh Allah harta benda, siang dan malam beliau menggunakan kekayaan itu untuk jalan kebaikan yang diredhai Allah" (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Majlis Khatam Al-Quran SKS"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai