Assalamualaikum wbt..
E-mel ini diterima hari ini. Perasaan bercampur baur ketika membacanya. Terharu dan tak sangka. Tergelak pun ada juga bila memikirkan..Anim kah yang dikenali atau Si Abdul kecil yang mudah dicam orang kalau ke mana-mana?
Assalamualaikum kak anim,
Salam perkenalan.
Saya *******, silent reader blog kak semenjak hujung tahun lepas.
Rasa sedih pulak bila dengar kak anim akan berpindah nanti.. pada hal tak pernah kenal dan jumpa pun..
Jadi saya gagahkan diri tulis email ni kat akak.
Agaknya bila akak akan berpindah tu? Dalam masa terdekat atau bermula tahun depan?
Kak, kalau tak keberatan nak minta no phone kak anim la, boleh tak? No. saya0***********boleh whatsapps ke mana tau kan.
Dari mula saya baca blog kak, saya dok tertanya-tanya lah kat mana la kak anim ni dok kat SP ni, last2 baru jumpa.
Nak dijadikan cerita, satu hari semasa nak ke Bandar Utama saya lalu kat depan surau Bandar ****** tu, saya terserempak dengan anak akak yang kedua tu tengah berbasikal,
Lepas tu ada hati nak pergi cari rumah kak kat mana tapi tak ada kesempatan lagi.
Ok, tak tau apa dah nak tulis. Berhenti kat sini saja lah. Saya minta maaflah kalau email saya ni mengganggu kak pulak.
Yang benar,
*******
P/S Buat pengirim e-mel, maafkan kak Anim kerana siar e-mel ini untuk tatapan umum. Insya Allah, kak Anim akan hubungi *******nanti. Teringin juga nak bersua dengan silent reader Inilah Ceritaku (mesti orang SPkan) sebelum kak melangkah keluar dari SP..:D))
wah .... silent reader mcm secret admirer jugak la :-)
BalasPadamhaha...secret admirer tu lagi hebat mala, jadi idola. silent reader ni suka baca je bebelan kita, haha..
Padamanim..nanti bole date ngan silent reader sebelum posting..
BalasPadamcadangan bagus yang akan dilaksanakan...heee
PadamSangat mulia persahabatan itu.
BalasPadambetul TM..tak sangka saya dapat mengumpul ramai kawan maya...
PadamIm tak reti jadi silent reader. Tak tahu blog IM ada ke silent reader atau memang silent..
BalasPadamhehehe...saya selalu tukar "Muted" time ke blog IM sebab sempat buka waktu tengah malam. dalam bilik pulak tu...takut orang sebelah melompat terkjut, haha
PadamEceceh........glemer u, hehe...dahsyat tu penangan Bicaraaneem sampai ada secret admirerer, mengalahkan Ben Ashaari dah ni ....
BalasPadamperasanle anim ni kan? haha..
Padamalahai...
BalasPadamsaya pun berbunga-bunga hati...=)
Indahnya persahabtan walaupun dialam maya..
Mudahan ada rezeki kita bertemu, walaupun tanpa dirancang...
Kak, saya rasa kalo saya jumpa kak,
saya tak cam akak...tapi kalo tengok si abdul kedua, mungkin saya cam....=)
AA...kak pun teringin nak jumpa AA dan of course, anaknda Irfan..
PadamSaya tidak hairan jika Kak Anim mempunyai silent reader spt ini kerana Blog ini tarikannya amat istimewa. Hanya jauhari mengenal manikam...
BalasPadamp/s: Akak ke yg hantar bungkusan? belum ambil lagi di pejabat pos...esok saya ambil!
blog rojak pasembor ni BM..kejap lompat situ,kejap lompat sini. tak spesifik cam BM..
Padamhehe kak, kita pun silent reader sekejap sekejap haha eh? lepas SP kak anim lum cita kan nak pi mana? ke dah?
BalasPadamaaah..mana hilang faiz. tenggelam timbul..heee... tau dah, ni salah sorangnya.
Padamp.s kak belum announcelah...malu lah sebab baru hantar borang. jawapan belum dapat..huhu
hebatnya kak.. semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan..
BalasPadammudah2an...biar ramai kawankan..
PadamAssalamualaikum wbt....
BalasPadamhehehehe.... comel betul...
kak anim jom lah jumpa lak.. kita makan durian kuala kangso.... hehehe
bila nak jumpa nhhas ni...asyik menyebut fasal durian aja..
Padamjumpa karang, kalau setakat makan sebiji je, siappppppp...haha
Assalamualaikum Anim.. dah gambo pun dia orang berdua yang banyak kat sini, tentulah orang kenal dia.. harap-harap hanya orang yang baik-baik sahaja tengok blog kita dan nak berkenalan dengan kita ya Nim. Ya Allah, jauhkanlah kami dari orang yang berhati busuk dan berniat jahat dari alam siber ini. Amin Ya Robb!
BalasPadamMudah2an Allah lindungi kita dari kejahatan manusia.InsyaAllah..apa yang kita niatkan, itu yang kita dapatkan che mid?
Padamamboi glemer juga tu dah ala2 retis gitu
BalasPadamperasanlah anim ni kan? hee...
Padamglamer dah akak ade peminat misteri..hehehe
BalasPadamperasan le kejap kak anim ni, huhu
Padamhttp://www.cahayacinta.com
BalasPadammereka baik2 sahaja..skrg macam2 orang.jaga diri selalu..hati2 di mana kita berada
hopefully..insyaAllah, dia baik orangnya. kami dah berwassap pun..hee
PadamYe la kak... selalu dok baca senyap2..masih juga tak tau akak dok kat mana lagi di sungai petani ni.... saya pun sama jugak dok di sini
BalasPadamnanti kita bolehlah jumpa kat erani..sebelum kak melangkah keluar dari SP
Padamkak, saya setiap minggu pergi ke bandar akak tu hantar anak tuisyen di lorong surau.. tapi tak tau lak rumah akak kat mana. Nanti leh balas2 email or add FB saya ye kak
Padamdalam diam..ade peminat kak anim kita ni..
BalasPadamsaya pon teringin nak jumpa ngan insan istimewa ni..:)
kak pun teringin nak jumpa mamaka0ri sebelum melangkah keluar dari SP :-
PadamJangan lupa update selepas bertemu nanti yerrr...
BalasPadamdia mahu identitinya dirahsiakan lah nea..huhu
Padamwah.. ade peminat setie.. jangan lupe bertemu.. nanti kalau rindu SP.. nak dtg jenguk.. boleh jumpe SR ni sekali.. inshaAllah..pasti ade ganjaran dari Allah bile ukhwahh terjalinkan.. :)
BalasPadamalamak..kak ni dok heboh camlah artis bagai, huhu... menghargainya sebagai pembaca blog kita je..
Padamamboiiiii mcm VVIP la akk kite ni ;-)
BalasPadamiyalah tu..perasan je kak anim nih:-
Padambukan nak mendabik dada (perasan) cuma terharu kerana ada yg sudi mengaku silent reader...
BalasPadamp.s kak dah try, menjadi!!
wah!... ada peminat ye... tapi munna pun teringin jumpa kak anim kalau dekat je
BalasPadamwahhhh.. ada pembaca setia tuu.. bestnyeee.. heee
BalasPadampeminat kak ANIM..
BalasPadamtapi si abdul yg dijumpa dulu..:)..mesti dia teringin sangat nak jumpa akak sampai nak p cari rumah akak