Dalam bulan Ramadhan, 2,3 kali seminggu tazkirah dengan ustaz berlainan diadakan di Masjid Taman Keladi, Sg.Petani. Rasanya keadaan serupa di mana-mana masjid di SP. Tu seronok dok SP ni....banyak majlis ilmu diadakan di masjid...mahu ke tak mahu sahaja.
Malam tadi, tazkirah oleh Ustaz Shahul Hamid . Ustaz ni terkenal di sebelah utara. Cuba layan kuliah dia di You Tube. Suaranya nyaring..dan tegas orangnya. Jemaah memenuhi ruang masjid. Anim bersolat di tingkat atas (di bawah ruang solat muslimahnya kecil).Selepas 8 rakaat berterawih dan witir, tazkirah bermula dengan sunnah dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menjelang 10 malam terakhir. Ustaz Shahul juga mengatakan malam 21 Ramadan merupakan malam Lailatul Qadar jika puasa jatuh pada hari Isnin mengikut pandangan para ulamak.Isi tazkirah ni tak payahlah Anim sentuh di sini.
Menjelang 11 malam....lampu di dalam masjid dimatikan. Suasana di dalam masjid gelap gelita. Beginilah keadaan kita nanti di alam barzakh. "Tiada siapa yang menemani kita. Hanya amal yang dibawa" ujarnya. Aduhhh...suasana gelap gelita sunyi sepi menjadi medan tangisan kami, para jemaah wanita di tingkat atas. Bunyi latar dan getaran suara Ustaz menyentuh hal-hal dosa-dosa kita...meninggalkan kesan di jiwa. Persis siri Sentuhan Qalbu di Halaqah TV9. Istimewanya kami...di dalam masjid, tanpa sebarang cahaya....kesannya lagi syahdu.
Tangisan jemaah wanita dikeliling Anim makin kuat. Untungnya...kami tak nampak wajah masing-masing. Kami diminta supaya tidak "ambil peduli" kawan di sebelah kiri kanan,di depan dibelakang kerana itulah nanti gambaran di Padang Masyhar. Masing-masing hanya risaukan diri masing-masing. Memandangkan malam 21 Ramadan ini berkemungkinan malam Lailatul Qadar, Ustaz meminta para jemaah mengikut doa yang dibacanya di dalam hati dulu dan barulah kami berdoa sendiri nanti. "Bukan semua orang memperoleh Lailatul Qadar. Mungkin ada dikalangan jemaah di dalam masjid ini yang doanya diterima Allah."
Rata-rata semua jemaah memberikan jawapan yang sama "BELUM BERSEDIA" tika ditanya tentang kematian dan persediaan menghadap Allah. Anim juga tidak terkecuali andai ditanya. Adakah kita mampu mengelaknya jika ianya berlaku begitu cepat tanpa kita duga?
WAHAI TUHAN, AKU TIDAK LAYAK KE SYURGAMU..NAMUN TAK PULA, AKU SANGGUP KE NERAKAMU
TERIMALAH TAUBATKU, YA ALLAH, TERIMALAH TAUBATKU..
Marilah kita menghadap Allah tanpa dosa yang kita bawa bersama.....
Pengembaraan berakhir hampir 12 malam. Telekung masing-masing sudah lecun dek airmata.
Alhamdulillah....kesan yang Anim perolehi malam ini, Anim anggap rezeki dari Allah. Mudah-mudahan hari esok lebih baik dari malam ini.
P/S Malam Lailatul Qadar adalah anugerah istimewa Allah SWT untuk insan terpilih ~ yang membaiki diri dengan puasanya hingga bersih rohnya. Itulah antara hikmah Lailatul Qadar yang diletakkan di 10 akhir Ramadhan. Allah SWT melihat kepada perubahan hamba-hamba-Nya untuk layak dapat anugerah itu. Siapalah yang tidak mengimpikan malam Lailatul Qadar....Kita yang menjalani ibadah puasa, apabila ditemukan dengan Lailatul Qadar yang pahalanya ialah PAHALA 1000 TAHUN BERIBADAH.
Belum ada komen untuk "Pengembaraan Di Alam Barzakh di Masjid Taman Keladi"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai