3 hari dapur tak berasap. Bukan kerana penyakit M melanda tetapi memenuhi jemputan majlis berbuka.puasa di 2 buah hotel dan sebuah restoran di SP 3 hari berturut-turut.
------------------------------------------------------------
Usai berbuka, bila mengajak sesetengah teman ke surau hotel/restoran ......jawapan SAMA ditemui di ketiga-tiga majlis....
"Tak apalah....saya nak solat di rumah"
Benar....itu hak teman-teman. Namun nasihat dari adik/kakak/makcik ni, jangan bertangguh solat. Waktu Maghrib tu pendek. Belum tentu perjalanan pulang kita berjalan lancar. Kita tidak mengetahui aral yang mendatang. Jangan dianggap remeh tuntutan Allah ni...
Alasan-alasan diberi:
~ Surau kecil tak selesa
Asalkan ada tempat bersih untuk meletakkan dahi untuk bersujud oklah. Tu belum lagi bersolat di Raudhah dan kawasan Hijr Ismail. Sesak pun orang boleh solat...
~ Susahlah nak buka tudung, pakai balik tudung, pakai pin, pakai brooch
Kena pakai tudung yang sesuai untuk majlis . La ni banyak tudung yang semudah ABC. Yang murah...yang mahal pun ada...Ariani, Ariyana, Arroyo (eh..ni nama Presiden Filipina dulu). Tak payah berpin, berpintal...tak tengok cermin pun ok je.
~ Tak bawa telekung
Kalau nak tahu...orang MalaySIA, IndoneSIA je solat bertelekung. Baju kurung kita pakai...tudung melepasi dada, berstokin dah boleh bersolat. Nak senang...kita pakai jubah siap-siap. La ni, jubah bukan untuk orang balik haji dah aaaah....sapa-sapa boleh pakai. Cantik-cantik, lip lap..lip lap. Dah nama majlis berbuka puasa, kawan-kawan tak usik "Mak Aji" lah.
NOTE : Kat surau hotel, ada telekung disediakan.
~ Orang perempuan ni payah...kena tukar "seluar kecik"
Hmmm...panty liner macam jenis ada. Bukan mahal pun....satu bungkus kecil tu tak sampai RM5. Isi lebih sedozen. Biasakan pakai...bila nak solat, buang dan ganti baru. Setakat letak dalam handbag 2,3 keping wat spare berat manalah..Berat lagi lipstick dan bedak kita...
~ Sekadar nasihat ~
P/S Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih. Mudah-mudahan jangan sampai terlepas Maghrib.
Belum ada komen untuk "Jangan Tangguh Solat Wahai Adik, Kakak dan Makcik..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai