Cerita pakcik ni ada
di sini. (
Bumbung merah tu my school....dipisahkan dengan pagar sahaja)
Anim sambung cerita pakcik ni hari ini. Alkisah.....bila Anim bercerita dengan kawan-kawan setugas, ada yang berkata "dia dapat upahlah tu"....so, Minah Reporter ni tertarik nak tanya lebih lanjut.
---------------------------------------------------------
Menyapa pakcik yang sedang ligat mengacau bubur lambuk ni (75 tahun rupanya) , teringat abah dan bapak mertua di kampung. Lebih kurang saja usia mereka. Orang Kedah ni memang peramah...kita tanya 1 , dia jawab 10.
"Siap dah bubur pakcik?"
"Belum lagi ni. 2 jam lagi siap lah"
"Satu lagi masak apa ni?"
Terpandang bungkusan tepung, tauhu, timun dan kacang tanah siap dikisar berhampiran.
"Hari ni buat cucur udang" Cucur udang orang Kedah ni ada timun, tauhu goreng bersama kuah kacang.
"Tauhu 100 keping dah goreng, kacang 6 kilo dah kisar nak buat kuah kacang. Sat lagi bancuh la dengan tepung. Hari ni buat 12 kampit"
"Masak untuk berapa orang ni pakcik?"
"300 orang ada. Tapi ramai tak dan ambik aah. Satu keluarga patut dapat 2 (satu bumbur lambuk, satu lagi menu tambahan)..tapi depa pakat hantaq 5 anak sekali berbaris. Takkan kita nak halang."
"Pakcik dapat upah?"
"Macam ni. Sehari masjid bagi RM350. Ikutlah ...pandai-pandai la ambil upah di situ. Semua barang kena beli, tong gas pun beli sendiri. Masak bubur lambuk satu kawah ni.....kejap je habis tong gas"
RM350 sehari untuk 2 menu, untuk 300+ orang....rasa macam tak percaya. Tenaga dan kudrat yang dikeluarkan lagi....rasa macam nak singsing lengan tolong dia. Apakan daya....tugas wajib menanti di sekolah!
Pakcik ni memang lebih amal dari upah......
P/S Tugas tambahan pakcik ni....selain menyediakan 2 menu berbuka, mengagihkan kepada penduduk kampung....kena hantar makanan ini ke rumah 6 penduduk yang sakit tak boleh bangun!!!
Belum ada komen untuk "Lebih Amal dari Upah...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai