Gambar kandid yang sempat Anim rakam
Sekolah Anim berhampiran betul dengan Masjid Bt Lintang.Pendekata....bila azan Zuhor berkumandang, guru-guru yang free akan bergegas ke masjid untuk solat berjemaah (sekolah kami tak ada surau)
------------------------------------------------------------
.Hari ini Anim bergerak awal ke masjid. Belum azan lagi. Belum ada jemaah lelaki yang tiba. Anim terdengar suara kanak-kanak lelaki disebalik tabir.
Terpegun melihat keletah mereka melalui tabir nipis putih yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita. Mereka berbaris melakukan solat 2 rakaat. Kemudian Anim terlihat kelibat mereka bergerak ke suatu tempat . Pada mulanya Anim sangkakan mereka hendak bermain di kawasan mimbar.
Tak lama kemudian mereka duduk berkumpul.
Hati tertanya-tanya apa yang dilakukan mereka....
---------------------------------------------------------------
Anim selak tabir perlahan.....tu dia mereka sedang duduk beriktikaf. Ada yang membaca Al-Quran dan ada yang membaca surah Yassin.
Anim kenal semua mereka ini. Keempat-empat mereka ialah anak-anak guru. Dua darinya ialah murid Tahun 2 dan dua lagi murid Tahun 3.
Waktu persekolahan mereka (Tahap 1) tamat pada 12.45 tengahari. Namun dalam menunggu ibu bapa mereka yang hanya pulang jam 1.45 petang.....ada aktiviti luarbiasa yang mereka lakukan.
Bravo...bravo untuk Cikgu Nariza, Cikgu Amalina, Cikgu Syamsul Rizal dan Madam Hanim sekali...sebab...si Salahuddin le salah seorang darinya!!!
P/S Mudah-mudahan mereka semua akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.........
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Sejuk Perut Ibu Mengandung"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai