Hari ni..8 Ogos 2011 genap 2 tahun Anim menetap di Sg.Petani. Teringat pada tarikh sama pada tahun 2009, Anim bertolak dari Klang bersama 2 Abdul sahaja kerana Encik Suami yang telah berpindah awal 6 bulan berada di Terengganu kerana urusan kerajaan dan tidak dapat mengambil kami.
Ndak ke tak ndak, Anim kena bertolak ke Utara kerana Anim perlu lapor diri ke sekolah baru 9 Ogos setelah seminggu membuat penangguhan. Serentak kami menuju ke SP...Anim bertolak dengan 2 Abdul dari Klang dan Encik Suami bertolak dari Terengganu. Jarak perjalanan lebihkurang sama (5 jam) Siapa sampai dulu????
Dengan membawa hanya sedikit pakaian, buku-buku serta dokumen penting, kereta Anim yang sarat dengan barangan (sampai tak nampak orang!!!!) menuju ke Utara selepas Zuhur. Barangan lain, pinggan mangkuk, perabot dan sebagainya hanya akan diangkut selepas Hari Raya. Tak taulah reaksi pengguna jalanraya waktu itu bila melihat penuhnya barang dalam kenderaan MPV kami...hihihi.
Dugaan melanda apabila melepasi terowong di Jelapang. Kesesakan teruk...kenderaan langsung tak bergerak (ada kemalangan di hadapan). Tau ajalah...dahlah 2 lorong, tak ada lorong kecemasan...kiri kanan gaung pulak...betul-betul mencabar.
Hampir 2 jam kami bergerak seumpama semut. 2 Abdul dah kehausan dan kelaparan. Anim dah kepenatan memandu...4 jam tak berhenti (sepatutnya 2 jam). Ya Allah.....selamatkanlah kami 3 beranak. 2 Abdul yang berusia 7 dan 8 tahun waktu itu merengek nak kencing. Adooooiiii...mana nak berhenti ni. Hentian terdekat ialah Sg.Perak tapi dalam tersenggut-senggut begini...1 jam lagi kot tiba.
Alhamdulillah....tiba di satu tempat yang kebetulan ada tanah lapang...dan banyak pengguna jalanraya yang mengambil kesempatan merehatkan diri...Anim memberhentikan kenderaan dan menyuruh 2 Abdul menunaikan hajatnya di situ. Perasan juga melihat pengguna kenderaan lain memerhatikan gelagat kami 3 beranak. Hihihi...sib baik budak belum baligh..kalau bapak budak, mau pengsan!!!
Kami tiba 3 jam lewat dari jangkaan. Dan tepat sangkaan kami, Encik Suami yang telah lama tiba di SP tak berhenti-henti call bertanyakan perkembangan perjalanan kami. 2 Abdul, kalau abah "memanjakan" Ummi macam yang selalu hangpa bisingkan....tak salah tu. Kan abah selalu kata kat hangpa ber2....Ummi tak pernah menyusahkan abah....hihihi...jangan jeles kat Ummi..:D
P/S Sentiasa ingat, Allah sentiasa bersama kita....
Belum ada komen untuk "Genap 2 tahun dah...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai