Sebak dan menitik airmata bila antara isi doa khatam Quran yang dibaca :
"Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa kami hidup di dunia sebagai sahabat , dan di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, dan pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat, dan di atas sirat (jalan) sebagai cahaya penyuluh dan semasa menuju je Syurga sebagai teman pengiring, dan sebagai pelindung dan pendinding dari api neraka........"
Kenapa nak hebohkan fasal khatam Quran walhal oranglain khatam berkali-kali pun tak heboh? Niat kerana Allah Taala. Anim ingin berkongsi pengalaman Anim menggunakan Al Quran Pintar ini (bagi individu yang kurang fasih, kurang lancar dan terkial-kial macam Anim....).
Sebaik Mushaf Tajwid Al-Tasneem berada di tangan pada malam Nisfu Syaaban, 17 Julai lalu, Anim memulakan bacaan pertama, Alfatihah dengan "bergurukan" qari kegemaran iaitu Sheikh Abdul Baset Abdul Samad (Allahyarham). Anim melalui pengalaman menyeronokkan.Tak terasa ingin berhenti. Lepas satu surah ke satu surah. Nak baca...nak baca...nak baca hingga timbul "ketagihan".
Selepas selesai setiap surah...Anim akan mendengar terjemahan BM yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Mahamud Abdul. Terjemahan beliau amat menarik. Anim tak sabar-sabar nak habis setiap satu surah yang dibaca kerana teruja nak tahu "ceritanya".
Oleh kerana pen ini boleh di bawa ke mana-mana,Anim dapat menjimatkan masa mendengar terjemahannya melalui speaker (ear phone) sewaktu memandu, sewaktu rehat sebentar di kerusi mahupun waktu rehat mengajar. Pen reader ini menggunakan bateri AAA, so Anim menyimpan stok bateri dan tidak menghadapi masalah untuk mengecas pen sepertimana pen reader syarikat lain.
Subhanallah....mendengar terjemahan ayat/surah dari pen reader ini mampu membuatkan kita sebak dan menitiskan airmata. Perasaan gerun menyelubungi ketika terjemahan surat An-Naziat diperdengarkan petang tadi. Perasaan ini tidak muncul waktu MEMBACA terjemahan dari Digital Furqan tapi rasa takjub, gerun, takut dan insaf hadir ketika MENDENGAR terjemahan surah..
Ya Allah...bimbinglah kami ke arah kebenaran dan jalan yang lurus dengan keberkatan Al-Quran...
Buat sahabat dan silent readers yang berhajat untuk memilikinya,jangan tangguh-tangguh lagi. Ketepikan soal harga (Anim beli RM550), ketepikan soal malu (dah tua-tua pun tak reti baca lagi). Syukurlah ajal belum menjemput kita lagi.
Niatkan kerana Allah....insya-Allah Allah permudahkan hajat kita...percayalah nilainya jauh besar dari sangkaan kita.
P/S Berazam untuk menghadiahkan harijadi sendiri hujung tahun nanti dengan mengkhatamkan Al-Quran, insya-Allah.
Tahniah nim... nikmat Allah tu...
BalasPadamtq meha...nikmat yg baru kuperolehi setelah hidup lebih 4 dekad.
BalasPadamsyukurlah, Allah masih memberi kesempatan buatku..
salam anim. pen tu blh dengar tafsiran anytime ke atau kena tunjuk pen ke quran baru kuar tafsiran?
BalasPadamada menu kad diberikan yg tetulis semua surah dlm al quran. so, kita nak dengar satu2 ayat pun boleh, nak dgr keseluruhan ayat pun boleh. contoh kita tekan tafsiran surah as sajadah, dia perdengarkan dari awal sampai akhir. kalau nak dgr satu2 ayat, just sentuh kat ayat as sajadah:12 contohnya. tafsiran ayat tu sajalah. semoga dapat membantu
BalasPadam