Carian google
5 hari lagi hari raya. Checklist panjang dah dibuat. Maklumlah...bukan dekat nak balik. Nun di Selatan. Checklist ole-ole nak dibawa, checklist beg pakaian anak-anak (jenuh nanti nak membeli baru), checklist baju-baju raya....aduhhhh....itu semua tugas Cik Bini.
--------------------------------------------------------
Cerita tol untuk musim raya kali ni, PLUS kata sistem REBAT....bukannya DISKAUN. Hanya pengguna kad Touch n Go, PLUSMiles dan kad Zing BSN sahaja yang layak terima rebat tol ini.
Tarikh dan rebat tol PLUS
- 25 dan 26 Ogos 2011 ~ 20%
- 30 dan 31 Ogos 2011 ~ 10%
- 1 & 2 September 2011 ~ 20%
Rebat tol dikira selama 24 jam dari 12 pagi hingga 12 malam
---------------------------------------------------------------
INFO SPEED TRAP UNTUK BALIK SELATAN
(Pengguna handphone yang canggih tu....ada reminder....kira selamatlah ya)
- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
- Ada 3 kamera antara km 255- km 249 (Persimpangan Seremban-Senawang)
- Km 253 selepas exit Senawang
- Km213.9 selepas exit Alor Gajah
- Betul-betul di exit Jasin
- Selepas hentian sebelah Tangkak (km tak pasti)
- Jambatan pertama selepas exit Yong Peng Utara (km tak pasti)
- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
- Betul-betul di exit Sedenak
-----------------------------------------------------------------------
NASIHAT UNTUK ENCIK SUAMI
Ada peluang jimat duit tol...kita gunalah. Hari Jumaat (26/8) , kita bertolak lepas Asar. Berbuka di highway. Musim raya hentian rehat penuh....beli juadah berbuka siap-siap, kita berbuka dalam kereta.
Ada info kawasan trap....slow2 le memandu di kawasan yang dinyatakan..Jimatlah duit nak bayar saman kat abang polis lah..
P/S Bergilir-gilir memandu...
Belum ada komen untuk "Misi Syawal 2 : Misi jimat duit"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai