Sempat mendengar dan menyalin isi ceramah agama di Radio Kedah FM jam12 tengahari tadi. Tak perlulah Anim huraikan tentang puasa..sedekah yang dihuraikan Ustaz tadi. Rasanya para readers lebih arif dan banyak maklumat serupa di blog lain.
Namun yang membuat Anim ingin berkongsi dengan readers yang tak berkesempatan mendengarnya tadi bila Ustaz membuat statement seperti tajuk entry di atas.
Menurutnya; mengikut pandangan ulamak, oleh kerana puasa tahun ini jatuh pada hari Isnin (1 Ramadhan)..maka malam Lailatul Qadar dijangkakan pada malam 21 Ramadan.
Tanda-tanda Lailatul Qadar dari risalah Ramadan 1432H, Unit Dakwah & Surau SKS
1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk
2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik
3. Tidak terasa kepanasan di siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang
SEMOGA ALLAH MEMPERTEMUKAN KITA DENGAN MALAM LAILATUL QADAR ~ KEISTIMEWAAN YANG TIADA TANDINGNYA
P/S Bagi orang perempuan yang uzur syarie....pertemuan tidak semestinya atas tikar sejadah. Lakukanlah ibadat lain yang dibolehkan...wallahua'lam
Belum ada komen untuk "Nak tahu bila malam Lailatul Qadar?"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai