Dia mengekori ketika Anim masuk ke kelas Tahun 1. Sambil tersengih dan membetul-betulkan songkoknya...dia memulakan bicara.
"Madam tau tak, petang kemarin saya kena tibai dengan ibu saya"
(Ish budak ni,mestilah tak tau...kita bukan tinggal serumah...sekampung!)
Anim taklah terkejut. Anak Ustaz ni memang tak reti duduk diam. Rajin juga menyakat kawan-kawan sekelas namun bukan dalam kategori murid nakal. Dia ni memang lincah macam "ayam kampung".
Dipendekkan cerita, dia ditibai (dipukul) kerana mencari ikan keli@haruan@puyu di sawah. dibelakang rumahnya balik sekolah (3 petang). 2 adik perempuannya yang masih belum bersekolah ikut serta tanpa pengetahuan si ibu. Bahaya ada di mana-mana..Mana si ibu tak naik angin....
----------------------------------------------------------------
Pokok cerita Anim bukan fasal menyauk ikan.La ni...memang itulah aktiviti anak2 murid Anim sekarang. Maklumlah musim ikan keli, haruan dan puyu melompat-lompat dalam bendang.
Bukan juga tentang tindakan si ibu menibai si anak dengan batang kayu. Secara jujur, jika tidak membawa mudarat, berniat untuk mengajar anak...tak mengapa, kalau tak....andai berlaku sesuatu di kemudian hari, kita juga kaum ibu yang dipersalahkan. Tapi...bila ditanyakan sama ada si ayah tahu tak akan hal ini....ini jawapannya...
"Abah tak tau. Ibu tak bagitau abah. Ibu kata kesian sebab saya posa"
Andaian Anim ialah :
1. Si ibu tak nak ayah pening kepala@susah hati bila tau anak buat hal balik kerja.
2. Dapat ayah yang garang....lagi teruk kena tibai.
Jiwa ibu ni lain.....tak boleh tengok anak kena marah, kena pukul walau dengan suami sendiri
3.
Takut suami kata si ibu tak pandai jaga anak. Kalau keadaan ok je , takde masalah....hebatlah si isteri di mata seorang suami.
Kesan pada anak:
1. Tak serik-serik buat hal sebab si ibu pandai sorok rahsia dari abah.
2. Tiada siapa yang boleh ditakuti di dalam rumah. Anak dan ibu pandai berlakon.
3. Anak hebat di mata seorang ayah. Tu sebab jika si anak timbulkan masalah di sekolah...si ayah bermati-matian membela anaknya.
P/S Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kumpulan ibu yang menyembunyikan salah anak daripada si ayah. Biarlah si anak menangis sekarang....dari kita yang menangis akan datang!!!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Kitakah itu para ibu?"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai