Ini sambal goreng jawa style Anim yang simple. Orang utara ramai tak pandai makan tempe. Tapi kami ni famili Jawa sesat kat SP....sebulan sekali mesti cari tempe tambahan pula Encik Suami peminat tempe no.1. Tapi jangan tak tau....kelibat tempe ada kat sini. Bungkusannya saja berbeza berbanding di Johor. Kat SP ni, nak cari tempe sedap kat Pasar Malam Taman Ria.
Nilah rupa tempe SP....RM1 satu
SAMBAL GORENG JAWA SIMPLE
2 bungkus tempe ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
3 biji kentang ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
3 keping tauhu (takua) ~ hiris dan goreng sebentar. Ketepikan
sebungkus kecil suhun ~ direndam lembut dan tos
2 keping fucuk (tauhu kering) ~ direndam lembut dan digunting kecil. Toskan
Bahan tumis:
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 atau lebih batang cili hijau dihiris ~ nak pedas tambah cili padi
ikan bilis
Boleh guna pedal @ hati ayam dihiris ~ kena tambah sedikit halia
gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
kicap
Cara Membuatnya:
Tumis bahan tumisan dalam kuali, bawang, bilis dan last sekali cili hijau.
Masukkan tahu kering (fucuk). Masak hingga lembut . Tambahkan garam dan sedikit gula
Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang sudah digoreng
Perisakan dengan sedikit air asam jawa dan kicap. Sesetengah orang...suka sambal goreng hitam. Terpulang pada selera masing-masing
Last sekali...masukkan suhun yang telah ditoskan airnya.
P/S Kat Johor, banyak versi sambal goreng. Ada yang guna lada kisar (lada boh) menggantikan lada hijau. Ada yang tambahkan kubis dan kacang panjang.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Sambal Goreng Jawa Simple"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai