Assalamualaikum wbt...
Sekolah sebelah kubur. Bila ada kematian dan kerja- kerja menggali kubur dilakukan, bukan budak saja ralit, kita pun tumpang pandang. Riuh rendah kelas bila mereka mengadu ternampak asap di salah satu kubur yang ada. Kita kata, ada orang bersih kubur atau orang merokok kot sambil menggali kubur.. Depa bermati-matian kata depa nampak asap betul-betul. Ish....tak boleh layan sangat.
Kalau difikir, banyak impian dan azam (angan-angan) yang dipasang untuk penghijrahan tahun depan. Tertanya-tanya juga, sempatkah aku?
Allah menjelaskan menerusi surah Luqman ayat 34, "Dan tiada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang dilakukannya esok, dan tiada seorang pun yang mengetahui di mana dia mati"
Anas berkata, "Nabi Muhammad melukiskan beberapa garisan. Kemudian beliau berkata, "Ini adalah angan-angan manusia. Ini adalah ajalnya. Pada waktu orang ini sedang berangan-angan, tiba-tiba datang ajalnya." Direkodkan oleh Bukhari.
Nabi Muhammad SAW menerangkan, "Garisan ini adalah manusia. Garisan ini adalah ajalnya.Garisan yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garisan-garisan pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Sekiranya dia terhindar dari bencana ini, dia ditimpa pula bencana yang ini pula.Sekiranya dia terlepas dari bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas dari bencana yang ini pula." Direkodkan oleh Bukhari.
~Sumber : Riyadus Solihin (Edisi terjemahan oleh Imam Nawawi)~
P/S KEMATIAN ~ melenyapkan seluruh kenikmatan.
very gd sharing ni tq yer
BalasPadamshare :-))
PadamSebelah kubur jer sekolah... :)
BalasPadamHidup tidak akan terlepas dari dugaan...semoga kita di beri kekuatan dan kesabaran.
Terima kasih kak anim.
haah BM..sebelah kubur dan sebelah masjid. tu yg kalau suara over limit, cepat2 turunkan, hee
Padamselalu bertanya pada diri , dlm keadaan apakah nyawaku akan diambil ?
BalasPadammoga2 kita mati dalam husnul khatimah:-))
PadamSelalu terfikir, makin hari makin dekat kita dengan kematian walaupun kita tak tau bila...
BalasPadamiyalah mak chaq, la ni orang sihat pun Allah panggil tiba-tiba..
Padamkadangkala kita alpa tentang Bekalan untuk Mati...
BalasPadambetul tu angah...
Padamtetiba rasa sayu baca post akak ni..cukupkah bekalan dibawa dan untuk semua yg ditinggalkan...Ya Allah..
BalasPadammudaha2an dosa kita terampun ita..
PadamIngat mati adalah motivasi untuk jadi lebih baik... tunaikan amanah dengan segera...
BalasPadambetul, kadang2 bila beribadat (ambik solat 5 waktu lah cth.), takut jer, ne Allah terima ke tak.
tapi dalam masa yang sama Harap sesangat agar Allah terima.
takut2 rasa cam dah banyak dah beribadah, tapi bila "balik" esok, dapat "report card", hah kosong???? merah??? negative???
huhuhuhuhu....
p/s: kak, sekolah betul sebelah kubur ke?
haah..tu yang kita kena berbaik sangka dengan Allah. kena tambah dgn solat sunat untuk cover solat fardhu. hari2 kena fikir balik, apa kebaikan yg telah aku buat hari ini. kalau rasa2 tak ada, esok kena top up. cuma tulah..kita berangan2 nak buat esok hari, tapi rupa2nya ajal menjemput..takutnya
Padamp/s haah..sebelah kubur, sebelah masjid lagi:-))
Patut lah ralit budak2 tgk. Mesti tertanya2 sapa yang meninggal tu.
BalasPadammacam2 kita nampak nea bila part gali kubur. adakala ada yang berbaldi2 air dikeluarkan..ada kayu2 dikeluarkan..ada yang mendung saja, ada yang cepat betul siap kuburnya..masyaAllah..pengalaman
PadamBila dah 5 series ni..sakit sikit pun mcm mcm terbayang..doa nekcik dipanjang umur..diberi kesihatan yang baik..di tambahkan ketaqwaan..aamiin..
BalasPadamrisau akan bekalan yang tak cukup!!
yang muda, yang tua pun sama gak nekcik. yang tua cam saya ni banyak dosa..kalau muda, rasa tak cukup bekalan di bawa..
Padamsalam cikgu...dpt bertukar ke sek. mana?
BalasPadambelum tau lagi. tunggu surat transfer dapat dulu :-))
Padamtingat sekolah sy dulu sblh kubur jg...kalu ada org meninggal, bdk2 akn trn utk solat jenazah sekali
BalasPadameee..bestnya. kami tak pernah join lagi. cikgu2 lelaki biasalah p solat jenazah:-))
PadamSeram jugakkan Aneem kelas tepi kubur ni....walaupun mati itu pasti...
BalasPadamBiasalah zaman budak budak org bakar sampah pun dia ingatnya keluar dari dalam kubur hehe