Assalamualaikum wbt...
Isteri kepada sorang lelaki yang paling baik hati pada zamannya berkata kepada suaminya:-
"Aku tidak pernah melihat manusia yang paling keji akhlaknya selain daripada saudara maramu dan sahabat-sahabatmu."
Lelaki itu bertanya isterinya tentang alasan kenapa dia berkata begitu. Maka isterinya menjelaskan:
"Sebab aku lihat, ketika engkau kaya mereka selalu mendampingimu. Dan ketika engkau papa mereka tinggalkanmu"
Dengan tenang si suami berkata kepada isterinya:
"Demi Allah, itulah tanda kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang kepada kita di kala kita mampu memuliakan mereka. Dan mereka tinggalkan kita di kala kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka."
Kata seorang hukamak (orang bijak pandai) ketika mengulas kisah ini:
“Llihatlah betapa tinggi pekertinya! Dengan ketinggian pekertinya itu dia mentakwilkan perbuatan yang buruk menjadi baik, tindakan yang zahirnya mungkir menjadi setia. Inilah yang dikatakan salamatus-sadr. "
Salamatus-sadr adalah kerehatan di dunia, keberuntungan di akhirat. Ia juga merupakan antara sebab seseorang itu masuk syurga.
P/S Perkongsian whatsapp
Lain-Lain Artikel:
hebat kak.... darjah dia bersangka baik, dan melihat sesuatu dari aspek yang cukup halus, dalam dan positif. dan sesungguhnya nak dapat pemikiran yang macam tu, kena jaga 'hubungan kita dengan Allah', tul kan kak?
BalasPadamSentiasa bersangka baik dan positif dalam setiap perkara...pasti terserlah hikmah disebalik setiap kejadian.
BalasPadamKini saya perlulah berusaha utk mendapat salamatus-sadr...
susahnya melakukan berbanding dgn membacanya saja.. semoga kita semua tergolong dlm golongan salamatus-sadr ini..amin..
BalasPadamSemoga kita bersama bermuhasabah diri dan sentiasa berbaik sangka...
BalasPadamasalam Anim..baik untuk muhasabah diri..cuma ada masa tergelincir jugak..he..he
BalasPadamnice post kak anim..sentiasa bersangka baik ngan orang kan..:)
BalasPadamlama tak menjengah ke sini..rindu..:)
subhanallah.. tingginya pekerti beliau.. sentiasa berlapang dada menerima qadak dan qadar dari Allah..
BalasPadamBenda yang susah adalah bersangka baik...moga2 kita tergolong dalam golongan org yg akan bersangka baik.
BalasPadamsubhanallah..sedang belajar untuk sentiasa bersangka baik...
BalasPadamLama tak singgah rindu n alhamdulillah dpt ilmu
BalasPadamTapi kalau kita biasa akan kata "masa kita senang ramailah yg suka, bila susah tak ada pulak yg membantu" .Tak ada perasaan salamatussadr inilah jadi begini Anim... susahnya nak mendidik hati menjadi sepertinya..
BalasPadamSubhanAllah.. ade maksud tersirat rupenya..
BalasPadamgd sharing ni tq yer
BalasPadamBetul tu kalau kita sentissa berlapang dada....hidup pun tenteramkan Nim....ini tidak asyik nak negatif je hehe
BalasPadamberbaik sangka + berlapang dada
BalasPadamMoga dapat memberi teladan kepada kita.
BalasPadam