Assalamualaikum wbt..
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
"Hasbi Rabbi Jalallah..Maafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Salallah.. Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
P/S Perkongsian dari whatsapp
Lain-Lain Artikel:
Sgt2 setuju!
BalasPadamAssalamualaikum wbt....
BalasPadamsetuju kak...
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Cantik sungguh nukilan ni kak.
BalasPadamAlhamdulillah...bersyukur atas nikmatNya dengan apa yang ada.. =)
BalasPadamBetul kak Anim. Rezeki allah bg dlm bentuk yg berbeza. Yakin yg rezeki yang dikurniakan itu terbaik utk kita. Rahsia Allah..
BalasPadamKalau sudah depan mata, tapi bukan rezeki kita...xkan dapat juga.
BalasPadamNamun, pasti ada hikmah disebaliknya...sentiasa positif dan terus berusaha, berdoa, bersabar, tawakal dan bersyukur :)
rezeki tu tetap ada utk kita , cumanya ia menjadi rahsia Allah ...
BalasPadamrezeki ALLAH dalam berbagai bentuk...bkn hanya kebendaan saja...bg akak..salah satu rezeki paling bernilai adalah kesihatan yg baik...
BalasPadamBetui sangat....Allah maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita....
BalasPadamSegalanya adalah rahsia Allah...
BalasPadamAina selalu berpegang 'dalam rezeki kita ada rezeki org lain' bila ada yang meminta pertolongan dari Aina terutama kaum keluarga. Insyaallah bagi 1 akan di balas 100...
BalasPadamhanya Allah yg mengetahui segala2nya...
BalasPadambetul tuh kak..setiap manusia rezeki yg Allah berikan berbeza kan..so kite kne la bersyukur dengan apa adanya..
BalasPadamsesungguhnyer Allah swt lebih mengetahui & sentiasala bersyukur dgn apa yng kita ada skrang ni !
BalasPadamSetuju....=)
BalasPadamsetiap org ada bahgian masing2